Makanan yang bagus untuk diamalkan selepas pembedahan tiroid.

By Cikla Shahril - September 20, 2017

Alhamdullillah, sudah hampir 5 bulan cikla menjalani pembedahan membuang keseluruhan tiroid cikla. Cikla redha kerana Allah hanya meminjamkan tiroid ni kepada cikla 35 tahun je. Semuanya milik DIA. 

Untuk pengetahuan korang, pembedahan untuk membuang  sebahagian atau kesemua kelenjar tiroid dipanggil thyroidectomy (total atau hemi), dan ia adalah dilakukan bila kita disahkan mempunyai nodul tiroid yang bersifat kanser. 

Katakanlah sebelum ni pembedahan hemithyroidectomy (buang sebelah tiroid) dilakukan.

Andainya result pembedahan itu positif ada sel kanser, maka pembedahan untuk tiroid yang sebelah lagi mesti dilakukan secepatnya.

Selain itu, kita jugak mungkin disarankan supaya menjalani pembedahan kalau kita mengalami simptom yang disebabkan oleh nodul tiroid yang jinak (benign), di samping penyebab lain seperti cyst tiroid yang berulang, penyakit Graves atau goiter. 

Untuk pengetahuan korang, proses pemulihan selepas pembedahan biasanya cepat sebab kebanyakan orang yang telah menjalani pembedahan hanya perlu stay kat ward paling lama pun 3-4 hari ini pun kalau takde apa-apa masalah seperti masalah kalsium (bacaan kalsium yang ok adalah atas 2.0) dan sebagainya.

Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu  selepas pembedahan mereka sudah boleh melakukan aktiviti rutin sebab luka luar akan baik dalam tempoh 2 minggu dan luka dalam dalam tempoh 3-6 minggu. 

Biasanya, bila kita selesai menjalani pembedahan, bahagian leher kita akan terasa sakit. 

Ada sesetengah orang akan rasa tak selesa semasa menelan sebab mungkin ada kesan kerengsaan (irritation) pada tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam kerongkong kita semasa pembedahan dijalankan (proses pembiusan sebelum dibedah). 

Selain itu ada jugak yang akan rasa loya selepas pembedahan. So, kita disarankan mengambil makanan dan minuman yang lembut.

Makanan yang bagus untuk diamalkan  selepas pembedahan  tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 
 
Tak kira apa jugak jenis pembedahan, penjagaan selepas pembedahan adalah sangat penting. Ini termasuklah pemilihan makanan yang sesuai untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan. 

Antara makanan yang sangat digalakkan untuk pesakit selepas menjalani pembedahan pembuangan tiroid adalah seperti berikut;

Clear dan Soft Diet (makanan yang lembut).

Biasanya, sebelum pembedahan dijalankan, kita disuruh berpuasa bermula dari jam 12 tengah malam kalau pembedahan kita pada keesokan harinya. Bila kesan bius semakin berkurangan dan habis, kita mungkin akan merasa lapar dan haus. 

So, apa yang disarankan adalah ambil makanan yang lembut dahulu seperti sup dan bubur. Kalau kita masih lagi mengalami sakit tekak, makanlah ais krim, puding dan yogurt untuk melegakan rasa sakit tekak tu.

Makanan yang mengandungi vitamin C.

Tak kira apa pun jenis pembedahan, pengambilan makanan yang berkhasiat penting sebab ia sangat membantu dalam proses penyembuhan. 

So, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C sangat diperlukan kerana ia dikatakan bagus untuk menyembuhkan luka sekaligus membentuk tisu parut. Vitamin C semulajadi yang sangat mudah didapati adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Cikla pun dulu masa lepas operate memang makan banyak buah oren. Memang ternyata luka cepat baik dan parut pun cantik je.

Makanan yang mengandungi zink.

Kalau korang nak tau, zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka dan dalam fungsi sistem imun. Makanan berprotein tinggi adalah sumber zink yang sangat baik. Korang boleh Google je makanan yang kaya dengan sumber zink.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. betul tu...apa pun jenis pembedahan kita kena jaga cara pemakanan kita..

    ReplyDelete
  2. Sy bru mnjlani pmbedahan thyroid.. blh tahu mknan ape je yg tidak boleh makan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullilah. moga awk cepat sembuh je.

      mengenai makanan tu awal-awal opret tu seeloknya makan makanan yg lembut lembut dulu. mmknn yg senang ditelan. pastu elakkan makanan yg boleh sebab kan batuk mcm maknn beminyak atau kekacng.

      yg lain ok je as long as awk ok dengan makanan itu. lebihkan buah oren sbb nanti luka cepat smbh. inshaAllah

      Delete