Info kesihatan : Jenis-jenis penyakit tiroid.

By Cikla Shahril - September 03, 2017

Mungkin ada orang fikir penyakit tiroid ni sama je. Maksud cikla, setiap orang yang mengidap penyakit tiroid ni tak semestinya sama jenis penyakitnya.

Info kesihatan : Jenis-jenis penyakit tiroid.
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Pada umumnya, penyakit tiroid dikategorikan kepada 3 jenis yang biasa, iaitu;

  1. Masalah struktur iaitu ia melibatkan bengkak atau goiter atau beguk dan biji atau nodul. 
  2. Masalah fungsi iaitu bacaan hormon tiroid yang terlalu tinggi dipanggil hipertiroidisme atau bacaan hormon tiroid yang terlalu rendah dipanggil hipotiroidisme.  
  3. Kanser tiroid yang mana sesetengah pesakit kadang-kadang akan mengalami salah satu atau lebih daripada masalah yang dinyatakan diatas. Sebagai contoh, seorang pesakit Hashimoto's tiroiditis yang mengalami masalah bengkak kelenjar tiroid dan hipotiroidisma, manakala pesakit multinodular goiter kebanyakannya tidak mempunyai sebarang masalah hormon. 

Untuk pengetahuan korang, kanser tiroid terutamanya jenis kanser tiroid papilari (papillary thyroid cancer) merupakan jenis kanser paling selalu ditemui dan ia adalah kanser yang mudah dirawat. 

Survival rate mencapai 99%, maknanya jenis kanser yang paling tak merbahaya dalam dunia jika dibandingkan dengan  kanser-kanser lain. 

Sesetengah penyakit tiroid adalah penyakit keturunan. Jadi,  sangat  digalakkan ahli keluarga pesakit tiroid untuk membuat pemeriksaan.  

Cikla yang no. 3. Korang doakan cikla untuk terus kuat hadapi ujian ni ye.

Sumber : Dr Arif Shahar (Pakar Perubatan dan Endokrinologi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia66).

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Adik ipar sy hidap hipertiroidisme. Adik bongsu pun sama. Tapi alhamdulillah masih boleh dirawatkan. Semoha cikla cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org yg ada sakit tiroid ni apa yg paling penting jgn skip ubat. InshaAllah boleh dikawal.

      Terima kasih atas ucapannya.

      Delete
  2. Semoga cepat sembuh cikla. saya baru-baru ni suspek tiroid. tapi selepas buat check up alhamdulillah bukan tirod.

    harap cikla tabah dan kuat menghadapi ujian ni ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah syukurlah bkn tiroid. Terima kasih atas ucapannya.

      Delete
  3. sebenarnya orang yang makan banyak tapi kurus je tu pun kena berjaga2..ada kemungkinan kena penyakit tiroid ni, ada kacau bilau hormon kat mana2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Cikla dulu mcm tu la. Mkn mmg byk, tp kurus berat x naik2..

      Delete