11 August 2017

# infotips cantik

Tips merawat kesan sunburn secara semulajadi.

Tips merawat kesan sunburn secara semulajadi. | Assalamualaikum wbt. Orang yang selalu terdedah kepada sinaran matahari pasti tak kan terlepas dari masalah sunburn. Betul tak? Begitu jugak kalau korang yang bercuti di pantai jugak. Balik bercuti, habis kulit muka semua burn. Ini kerana, kulit muka yang terdedah kepada sinaran matahari terik akan cepat jadi gelap lebih-lebih lagi kalau korang tak pakai sunblock. Lagilah cepat burn nya.

Tapi, korang tak payah pening-pening nak cari cara untuk mengatasi masalah ni. Korang tak perlu nak beli produk yang mahal-mahal sebab korang boleh menggunakan bahan semulajadi je untuk merawatnya. Tapi, korang kena ingat. Penggunaan bahan semulajadi ni akan mengambil masa untuk memulihkannya. Apa yang penting  korang kena konsisten dan rajin serta jangan mudah give up kalau tak mendapat hasil yang diingini secepatnya.

So, jom baca apakah tips yang boleh membantu merawat kesan sunburn secara semulajadi. Check it out!

Tips merawat kesan sunburn secara semulajadi.

Tips merawat kesan sunburn secara semulajadi.


  • Gunakan jus buah tomato dengan mengolesnya pada bahagian yang bermasalah sambil diurut perlahan. Biarlah selama 10-15 minit sebelum di bilas bersih. Untuk hasil yang memuaskan, lakukan secara konsisten dan teratur. 
  • Sapukan yogurt secara merata pada bahagian belakang yang 'berbelang', kemudian biaqkan kira-kira 15 minit hingga 20 minit sebelum dibilas bersih. 
  • Oleskan jus lemon pada bahagian kulit yang burn dan biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air sejuk. 
  • Ambil gel lidah buaya atau Aloe Vera dan sapukan pada bahagian yang bermasalah, kemudian biar selama 15-20 minit sebelum dibilas dengan air sejuk. 
  • Lenyek buah betik yang telah masak dan campurkan dengan satu sudu makan madu. Kalau korang nak tau, ciri yang ada pada madu iaitu melembap dan betik pula mencerahkan boleh membantu mengatasi masalah kulit gelap akibat sinaran matahari. 
  • Ambil putih telur pada bahagian yang bermasalah dan biarkan kering. Selepas itu, cuci dengan air sejuk. Untuk pengetahuan korang, putih telur dikatakan mampu membantu membersihkan pori-pori kulit dan menyingkirkan 'racun' yang ada pada kulit sekaligus menjadikan kulit lebih tegang dan cerah. 
  • Kupas beberapa biji kentang dan cuci bersih-bersih. Selepas itu, hiris kentang nipis-nipis dan gosokkan pada bahagian kulit yang gelap dan buat dua hari sekali. Insha Allah, hasilnya pasti tak mengecewakan korang. 
  • Tak dinafikan madu memang sangat berkhasiat untuk mencerahkan kulit kerana ia dikatakan dapat menyingkirkan sel-sel kulit yang telah mati. Just campurkan madu bersama perahan lemon dan oleskan kulit yang gelap. Ia juga merupakan salah satu cara pantas untuk mencerahkan kulit. Cubalah! 
  • Parut kulit buah oren dan campurkan dengan susu, kemudian gaul rata sehingga campuran menjadi agak kental. Selepas itu, oles serta gosok campuran tersebut pada kulit yang bermasalah sebelum dicuci bersih. Untuk pengetahuan korang, kulit buah oren mengandungi vitamin C yang dikatakan mampu  menghalang radikal bebas merosakkan sel kulit. Susu pula mampu menghilangkan kotoran dan sebagai bahan pencerah yang baik. 
  • Campurkan 1-2 sudu makan tepung beras dengan 1 sudu teh serbuk kunyit atau kunyit hidup yang diparut dan sedikit susu. Gaul bahan tadi sampai jadi macam pes. Kemudian, lumurkan campuran tersebut pada kulit yang gelap itu dan biarkan kira-kira 15 minit sebelum dicuci bersih.


Apa lagi. Kalau nak tau menjadi ke tak, kenalah cuba sendiri kan. Yang penting rajin mencuba dan jangan cepat putus asa kalau hasilnya lambat sebab menggunakan bahan semulajadi ni hasilnya kita tak kan dapat cepat. Sabar, konsisten dan istiqomah. Cewah... Lainlah kalau kebanyakan produk di pasaran, sudah tentulah di dalamnya ada bahan yang boleh mempercepatkan proses 'pemutihan' kulit tu, betul tak?

Selamat mencuba!


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro (Ogos 2017).

1 comment:

  1. Terima kasih atas tips ni.. kulit saya memang sensitif.. Nak mandi laut pun kejap je dah sunburn

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.