Tanda bahaya semasa mengandung : Ibu kena alert!

By Cikla Shahril - August 23, 2017

Siap yang tak gembira kan kalau doktor sahkan mengandung, lebih-lebih lagi ibu yang pertama kali berbadan dua. Tapi, mungkin ada sesetengahnya tak tau tanda-tanda yang mungkin akan membahayakan kandungannya. 

Cikla dulu pun masa mengandung kali pertama memang zero jugak pasal ni. Bak kata orang, sentiasa berhati-hati dan bertanya. Alhamdullillah, empat kali cikla mengandung semuanya dipermudahkan.

Bagi cikla, kita kena jugak amik tau pasal ni. Andai kata, perkara  ni berlaku pada diri kita, sekurang-kurangnya kita lebih bersedia. 

Jom kita semak apakah tanda bahaya yang ibu mengandung kena alert supaya perkara-perkara yang tak diigini dapat dielakkan. 

Tanda bahaya semasa mengandung : Ibu kena alert!

-1- Walaupun mual dan muntah merupakan simptom biasa yang dialami oleh ibu mengandung terutama pada awal trimester pertama, tapi kalau ia berlaku secara berlebihan dan teruk itu adalah bahaya. 

Bukan apa, kalau ibu muntah berterusan sehingga menjadi letih dan  dehidrasi, jangan ambil ringan. Kalau korang akan tau, situasi ibu yang muntah terlalu kerap (hiperemesis gravidarum)  adalah masalah yang mesti diatasi dengan berjumpa doktor. 

Kalau terlalu teruk, ibu biasanya akan ditahan di ward sehingga ibu kembali ok dan stabil semula.
 
-2- Ibu yang mengalami masalah kurang darah (anemia). Masalah kurang darah ini akan menyebabkan ibu mengandung menjadi letih, pucat dan pening. 

So, ibu mengandung perlu memberi perhatian kepada penjagaan makanan supaya keadaan kesihatan yang dapat diketahui. 

Apa yang menakutkan adalah, si ibu yang mengalami kehilangan darah yang banyak semasa bersalin mungkin boleh membahayakan nyawanya jika dia mengalami anemia.

-3- Untuk pengetahuan korang, sepanjang tempoh kehamilan, si ibu perlu bertambah beratnya sekurang-kurangnya  sebanyak 6kg. 

Ini kerana, pertambahan berat ini adalah disebabkan pertumbuhan janin di dalam kandungan. 

Kalau ibu tak bertambah beratnya, ini bermakna si ibu kekurangan zat dalama diet harian nya atau mungkin janin mengalami pertumbuhan yang bermasalah. 

-4- Si ibu mengalami pendarahan. Sebenarnya, jika berlaku pendarahan pada usia kandungan tak kira berapa bulan sekali pun, ia adalah tanda bahaya dan jangan dipandang ringan. 

Kalau pendarahan berlaku pada awal kandungan, keadaan ini mungkin tanda keguguran. 

Kalau pendarahan berlaku pada trimester kedua atau ketiga, kadang-kadang ia adalah tanda yang mana uri atau plasenta berada di bawah  dan ini akan menghalang laluan untuk baby lahir dan kalau ia berlaku berterusan walaupun selepas bersalin, ia bahaya untuk si ibu. 

So, ibu mesti alert dengan tanda-tanda berikut. Lagipun, apa-apa perubahan yang berlaku pada diri kita, hanya kita yang merasainya. Betul kan?

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Memang kena alert dengan tanda2 tu untuk pastikan kandungan selamat... nice sharing CikLa...

    ReplyDelete
  2. Bagus cil la kongsi tanda tanda amaran ni

    berguna untuk ibu yang baru mengandung dan baru kahwin

    ReplyDelete
  3. Ibu yang mengandung kena dibagi kasih sayang yang lebih.. Sebab bukan untuk ibu je, untuk yang dalam kandungan juga ;)

    ReplyDelete
  4. Kadang2 ibu muda x aware perkara no. Tq for sharing

    ReplyDelete
  5. Ibu mengandung kena peka ni hal sebegini. Semoga semuanya selamat melahirkan anak dengan keadaan yang baik.

    ReplyDelete
  6. betullah tu. kalau mengandung ni tak boleh pandang ringan
    segala tanda yang nampak lain tu, harus segera jumpa doctor
    anyway, nice sharing

    ReplyDelete