16 August 2017

# kisah aku dan tiroid

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid.

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid. | Assalamualaikum wbt. Tak kiralah pengidap hypothyroid atau hyperthyroid, mereka tidak boleh skip ubat. Hal ini kerana, kalau mereka skip ubat, kesannya buruk mungkin akan berlaku iaitu serangan thyroid storm lebih-lebih lagi bagi pengidap hyperthyroid sebab golongan ini lebih berisiko tinggi. Apa dia yang dimaksudkan dengan thyroid storm?

THYROID STORM adalah keadaan di mana hormon tiroid dirembeskan terlalu banyak secara tiba-tiba. Ia akan menyebabkan degupan jantung menjadi laju (tachycardia), rasa sesak nafas, loya, suhu badan meningkat, jadi keliru, akhirnya degupan jantung gagal berfungsi dan boleh mengakibatkan KOMA. So, rawatan kecemasan perlu diberi jika simptom ini berlaku.

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid.

Serangan THYROID STORM boleh berlaku pada pesakit tiroid.


Serangan thyroid storm boleh berlaku kepada mana-mana pengidap hyperthyroid yang tak mengambil ubat atau mengambil ubat secara sambil lewa. Ia menjadi amat bahaya kalau  pengidap tak tahu yang mereka mengidap hyperthyroid. Biasanya, bila pengidap kena serangan ini, pengidap akan dimasukkan ke ICU. Justeru, adalah sangat penting untuk mereka yang disyaki atau mempunyai simptom hyperthyroid untuk membuat pemeriksaan oleh pegawai perubatan atau pakar bagi mengelakkan thyroid storm berlaku. Nauzubillah...

Bagi pengidap hypothyroid pulak, mereka tak kena thyroid storm ni tapi ia menjadi lebih bahaya sebab boleh menyebabkan pengidap tak sedarkan diri. Keadaan ini  amat bahaya, terutama kalau korang sedang memandu dan berseorangan. Akan tetapi, pengidap hypothyroid pun masih boleh terkena pra-thyroid storm seperti jantung menjadi laju dengan tiba-tiba, rasa nak pitam, berpeluh walaupun berada di tempat sejuk dan jari-jari tangan shaking. Untuk mengatasi keadaan ini, tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Selepas itu, minumlah air sejuk, Insha Allah cara ini amat membantu korang.

Semoga bermanfaat...


Sumber Facebook page TIROID DAN ANDA (ORI).

2 comments:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.