Roti keju Gardenia baru... Say cheese!

By Cikla Shahril - August 04, 2017

Semalam masa cikla nak pergi hantar kakak Damia pergi sekolah petang, singgah sekejap dekat kedai runcit berhampiran rumah. Sambil-sambil tunggu kakak Damia membeli, terpandang pulak rak roti dekat kedai tu. Emmm, roti keju. Tengok bungkusan macam tak pernah nampak sebelum ni.

'Roti baru kot ni.' Cikla berkata sendirian. Hehe. Disebabkan cikla ni hantu cheese jugak, itu yang tergoda jugaklah nak merasa. Cikla beli dua ketul. Sekali tengok macam sedap je kan.

Roti keju Gardenia baru... Say cheese!
Roti keju Gardenia baru... Say cheese! 

Siapa yang tak kenal dengan pengeluar roti terkenal di Malaysia ni kan. So, paling terbaru (kalau tak silap cikla), Gardenia telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu 'Say Cheese, Roti keju'. Apa rasa roti ni ye? Sudah tentulah rasa cheese dan cikla rasa macam letak tomato jugak. Sesuai dengan tagline nya 'keenakan yang mengukir senyuman', kiralah kenalah dengan tagline tu. Tapi, mengukir senyuman sebab apa, hanya mereka yang merasainya tau. Hehe.

Tapi, bagi peminat tegar cheese macam cikla ni, bila rasa roti ni cikla rasa biasa-biasa je. Sebab takdelah rasa keju sangat. Lebih kepada rasa puri tomato tu. Macam kita makan pizza tu. Agaknya sebab tu dia tulis 'pizza mania'. Untuk pengetahuan korang, Roti keju ni adalah roti yang diperbuat dari gabungan pes tomato bersama kepadatan parutan keju.

Roti keju Gardenia baru... Say cheese!
Roti keju Gardenia baru... Say cheese! 

Harga seketul roti keju ni adalah RM2.30 dan boleh didapati di semua kedai dan pasaraya berdekatan anda. Kalau korang nak rasa, cepat-cepatlah pergi beli ye. Kalau cikla, sekali-sekala makan pun dah kira oklah tu. Makan pun takdelah melantak banyak-banyak, bak kata orang sekadar merasa je. Selamat membeli dan merasa!

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. Tunggu pergi KL baru dapat beli.... Nampak sedap...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam jumaat dari Maznee & selamat pagi cik la

    Rasanya untuk harga macam ni

    Memang maznee tak pilih untuk jadi makanan harian lah

    Sebab roti ni ringan saaja

    tak kenyang pun makan

    ReplyDelete
  3. mcm sedap ni.. busyra x penah rsa lg. nnti nk try laa

    ReplyDelete
  4. Oh ini yang Ciklah upload kat Instaram tu kan.. hmm macam nak rasa tapi rasanya macam kat Sabah belum ada >.<

    ReplyDelete
  5. Echa suka yg inti sardin punya. Blh tahan jugak pedas roti tu.

    ReplyDelete
  6. kalau tak rasa kita tak tau sedap ke tak kan..kalau sedap repeat beli lagi...tapi tak pernah pun try lagi ni

    ReplyDelete