29 August 2017

# kisah aku dan tiroid

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme. | Assalamualaikum wbt. Hipertiroidisme merupakan salah satu dari penyakit tiroid. Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana hormon tiroid (tiroksin) dirembeskan secara berlebihan oleh kelenjar tiroid sehingga menyebabkan 'gangguan' pada tubuh. Untuk pengetahuan korang, walaupun pada umumnya penyakit tiroid ni nampak sama, tapi ia sebenarnya berlainan sama sekali. Begitu jugak dengan rawatannya. Pendek kata, lain penyakit lain cara perawatannya. 

So, kali ni cikla nak share apakah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit hipertiroidisme.

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.


Secara umumnya, rawatan yang diberi adalah untuk sama ada mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid atau mengurangkan kuantiti hormon tiroid bebas dalam peredaran darah.

Berikut merupakan beberapa cara rawatan untuk penyakit hipertiroidisme, iaitu ;

Ubat carbimazole dan methimazole. 

Carbimazole merupakan ubat anti-tiroid yang biasa digunakan dalam rawatan hipertiroidisme. Manakala, methimazole pula adalah dalam bentuk aktif carbimazole dalam badan. Carbimazole akan bertindak mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Biasanya, doktor akan memulakan pesakit dengan dos yang tinggi yang mana ia akan diambil 2 hingga 3 kali sehari bagi tempoh beberapa minggu sampailah hormon tiroid pesakit kembali ke paras normal. Kemudian, pesakit akan diteruskan pula dengan dos pengekalan yang lebih rendah.


Untuk pengetahuan korang, terdapat kesan sampingan biasa yang dikaitkan dengan carbimazole termasuklah ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Akan tetapi, keadaan ini akan kembali normal selepas ubat berhenti diambil. Penggunaan ubat carbimazole untuk wanita mengandung pulak perlu diberi perhatian lebih, terutamanya jika pesakit perlu mengambil dos yang tinggi. Kalau perlu, ubat akan di berhenti kan pengambilannya dengan arahan doktor pada hujung kehamilan. Selain itu, carbimazole juga didapati boleh masuk ke dalam kelenjar susu. So, pengambilan carbimazole oleh wanita yang menyusukan anak juga perlu lebih berhati-hati.

Ubat propylthiouracil (PTU). 

Ubat PTU ini bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole dengan kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Walau bagaimanapun, disebabkan kesan sampingan ubat ini kepada fungsi hati, penggunaannya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuklah pesakit yang mengandung pada trimester pertama. PTU perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga. Kesan sampingan PTU adalah hampir sama dengan carbimazole.

Iodine radioaktif (Iodine - 131). 

Bahan ini mengandungi iodide, iaitu prekursor untuk penghasilan hormon tiroid. Apabila ia diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid, iodide akan mengeluarkan sinaran beta dan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon akan musnah. Ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit berusia kurang 30 tahun, atau pesakit yang pernah menggunakan ubat anti-tiroid sebelum ini.

Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker). 

Ubat kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ia hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertirodisme seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan rasa gelisah pesakit dengan merencat reseptor beta adrenergik. Contoh ubat ini yang banyak digunakan ialah propranolol.


Semoga bermanfaat.


Sumber  Facebook page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 4 Oktober 2016 melalui group fb TIROID DAN ANDA (ORI).

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.