04 August 2017

# himpunan ilmu dan doa

Rahsia sujud semasa solat.

Rahsia sujud semasa solat. | Assalamualaikum wbt. Solat merupakan tiang agama. Manakala, sujud pulak adalah salah satu rukun solat yang wajib dipatuhi. Mengikut rukun solat, sujud adalah dua kali dengan tama’ninah. Untuk pengetahuan korang, ada tujuh anggota sujud iaitu dahi, kedua-dua tapak tangan, kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki. Sujud mestilah dalam keadaan punggung lebih tinggi daripada kepala. (Sumber SINI). Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT  dan meminta semua permintaan yang dihajati kepada Allah swt. Ia sekali guys dapat mengikis sifat tercela seperti sombong, riya', ujub, takabur dan lain-lain. 

Rahsia sujud semasa solat.

Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University, telah menjadi mu'allaf, kerana mendapati fakta tentang kebaikan sujud untuk kesihatan. Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa ada beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud. Tetapi urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja. Iaitu pada waktu-waktu solat yang telah ditetapkan (subuh, zuhur, asar, maghrib dan Isya').

Subhanallah...

Jadi, siapa yang tidak solat maka urat ini tidak menerima darah sehingga otaknya tidak berfungsi secara normal. Salah satu penyebabnya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yang tidak solat masa ini. Oleh kerana kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu membekalkan 20% darah ke otak manusia, maka dengan bersujud lebih lama akan menambah kekuatan aliran darah ke otak. Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW yang menggalakkan kita supaya sujud lama-lama pada rakaat terakhir.

Rahsia sujud semasa solat.


Sebenarnya, kelebihan bersujud lama-lama ini adalah untuk:

  1. Mengelakkan pening. 
  2. Menjauhi migrain. 
  3. Menyegarkan otak. 
  4. Menajamkan akal fikiran (peka). 
  5. Melegakan sistem pernafasan. 
  6. Memperbetulkan peranakan yang jatuh. 
  7. Memperbetulkan dan mengukuhkan kedudukan bayi dalam kandungan. 
  8. Mengelakkan kandungan songsang dan lain-lain.


Dan yang menakjubkan, jika kita memperhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud.

Subhanallah....


Sumber WhatsApp group.

1 comment:


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.