Macam mana nak merawat dan mencegah ruam lampin?

By Cikla Shahril - August 21, 2017

Cikla rasa baby dan ruam lampin memang tak boleh dipisahkan. Kenapa cikla cakap macam tu? Sebab, kebanyakan baby kita dengar  mesti mengalami ruam lampin kan. Ada yang mengalami ruam lampin yang teruk sehingga perlu mendapatkan rawatan doktor. Kesian kan. Macam anak-anak cikla pulak, mereka pernah jugak kena ruam lampin  tapi takdelah teruk sangat.

Macam adik Zara, sebelum ni pernah jugak kena ruam kat punggung dan 'tut'nya. Tapi, alhamdullillah cikla guna gel Aloe Gamat D'HERBS memang serasi. Baik dah ruam dia. Sekarang ni pun kalau ada ruam sikit-sikit memang cikla oleskan aje. Cepat baik. Nak baca review pasal ni, korang klik SINI. Sebenarnya, ada cara macam mana nak merawat dan mencegah baby kita dari ruam lampin. Caranya senang je, apa kata korang baca yang seterusnya.

Macam mana nak merawat dan mencegah ruam lampin?
Gambar diubahsuai dari carian Google.

Berikut adalah tips macam mana nak merawat baby yang terkena ruam lampin, iaitu;

  • Kalau baby kencing atau berak, jangan biar lama-lama. Cepat-cepat tukar lampin baby. Kesian, sebab kalau biar lama-lama bukan saja ruam tapi melecet dan kemerahan punggung baby. Kalau macam itulah kejadiannya, alamatnya memang menangis sokmolah dia. Sakit ooo.
  • Sebaiknya, cuci bahagian yang beruam (bahagian kelamin) dengan air kemudian bilas dan lap menggunakan tuala lembut. Lepas tu, pastikan semua bahagian tersebut kering. Ada yang mencadangkan lebih baik menggunakan bebola kapas dengan air berbanding menggunakan wipes sebab biasanya wipes mengandungi bahan kimia  berbanding air suam biasa yang lebih selamat. 
  • Sebelum memakaikan lampin kepada baby, pastikan kulit bahu betul-betul kering. Apa yang paling penting, setiap kali baby berak, bersihkan bahagian kelamin dan punggung baby sebersih-bersihnya. 
  • Kalau korang nak sapu krim pada bahagian kulit baby yang bermasalah, pastikan krim itu sesuai dengan kulit  baby. Cari krim yang bagus untuk melegakan radang atau ruam yang dialami, kerana krim ini boleh digunakan sebagai pelindung kepada kuman-kuman yang terhasil daripada air kencing dan najis baby, sekaligus mengelakkan ruam. Korang boleh jugak guna gel Aloe Gamat D'HERBS tu jugak. Bagus tau. 
  • Tak kira apa jugak krim atau gel yang korang gunakan, gunakannya secara konsisten supaya jangkitan kuman yang menyebabkan ruam  dapat dicegah. 
  • Kalau baby sudah dijangkiti ruam, biarkan je baby tanpa memakai lampin sebab proses penyembuhan kulit lebih cepat. Kalau anak cikla, cikla tak pakaian lampin pakai buang (pampers) tapi cikla pakaian baby lampin kain tu. So, kalau dia kencing atau berak boleh cepat tukar kan. Sebab dah basah lencun. So, takdelah lampin tu terbiar lama kan. Terus tukar. 
  • Cikla rasa yang ni paling penting, pilih jenis lampin pakai buang yang sesuai dengan kulit baby korang. Untuk pengetahuan korang, lampin pakai buang yang mempunyai daya serapan yang tinggi dan mengurangkan kelembapan adalah lampin pakai buang yang terbaik. 
  • Kalau ruam lampin adalah berpunca daripada alahan produk tertentu, tuam akan hilang kalau ibu berhenti menggunakan produk tersebut.

Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. Betul tak? So, ada beberapa tips yang ibu-ibu boleh praktikkan untuk mecegah baby korang dari terkena ruam lampin, iaitu;

  • Selalu lah tukar lampin baby setiap kali baby membuang kencing atau berak. Sebenarnya, adalah normal kalau baby newborn selalu berak. So, ibu kena selalu periksa lampin baby dan jangan biarkan lama-lama untuk mengelakkan ruam. Kesian kan.
  • Kalau boleh, setiap kali ibu menukar lampin, sapukan sedikit krim ruam atau gel Aloe Gamat D'HERBS di punggung baby. Kalau ibu nak guna krim, pastikan  krim tu sesuai dengan kulit baby dan kalau kulit baby menggelupas atau merah disebabkan oleh krim itu, stop kan penggunaan krim tersebut. Kalau korang nak tau, krim atau gel yang sesuai dengan kulit baby adalah bila ia tak menampakkan apa-apa kesan 'mudarat' pada kulit baby sekaligus ia boleh menyembuhkan ruam.
  • Alamak, kalau yang cikla ada jugak buat dulu. Sekarang ni dah tak de dah. So, ibu-ibu kena elakkan dari menggunakan bedak talkum pada kulit baby yang bermasalah sebab ia boleh menyebabkan geseran dan berlaku iritasi/radang pada kulit. Kesannya, kulit akan jadi merah dan menggelupas. 
  • Sebaiknya, lampin dipakai longgar supaya terdapat ruang pengudaraan pada punggung baby dan kawasan sekitarnya.

So, sebagai ibu yang sayangkan anak sepatutnya janganlah kita pandang ringan dengan masalah ruam ni. Bila lampin terlalu basah, dengan keadaan kulit yang beruam dan melecet, nak bergerak pun mesti rasa sakit. Macam adik Zara hari tu, cikla hairan bila cikla dukung dia mesti dia menangis.

Lepas tu, kepit-kepit kaki. Rupanya, melecet celah kelangkangnya. Budak, kalau sakit bukan tau cakap. Yang dia tau, nangis je. Betul tak?

Sumber  SINI.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. kadang tu pemilihan pampers tu penting. ada baby tak tahan dengan certain brand.

    ReplyDelete