09 August 2017

# infotips cantik

Kenapa rambut asyik gugur je ni?

Kenapa rambut asyik gugur je ni? | Assalamualaikum wbt. Memang tak dinafikan, sejak cikla melahirkan adik Zarra rambut memang selalu gugur. Mungkin disebabkan perubahan hormon kot. Tapi, kalau korang nak tau simptom pesakit tiroid pun salah satunya rambut gugur jugak. Sebelum pembedahan total thyroidectomy 3 bulan lepas memang rambut gugur je. Lepas pembedahan, alhamdullillah rambut dah kurang gugur dah. Kalau gugur pun sehelai dua je.

Sebenarnya, ada banyak sebab lain mengapa rambut asyik gugur je. Nak tau tak? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Kenapa rambut asyik gugur je ni?

Kenapa rambut asyik gugur je ni?


Untuk pengetahuan korang, ada beberapa punca mengapa rambut  korang asyik gugur je. Antaranya ;

  1. Pada yang suka mewarnakan rambut, korang berisiko mengalami keguguran rambut sebab bahan pewarna yang terkena pada kulit kepala akan merasakan akar rambut. Jadi, rambut akan mudah terputus dan gugur.
  2. Tabiat menyikat rambut dengan kasar serta menggunakan sikat yang tak sesuai dengan jenis rambut. Sebaiknya, mata sikat yang digunakan tak terlalu rapat dan tajam sebab ia boleh mencederakan kulit kepala dan liang akar rambut akan terbuka. Kecederaan pada akar rambut juga boleh menyebabkan jangkitan bakteria dan kulat kesan dari pencemaran. 
  3. Faktor luaran seperti pencemaran kimia iaitu sebatian sintetik, bahan pengawet yang ada dalam produk penjagaan rambut dan sebagainya. Selain itu, faktor pencemaran biologi yang mana ia disebabkan jangkitan kulat, dan kuman dalam udara yang menyebabkan kerosakan akar rambut. 
  4. Jangan tak percaya, tekanan boleh menyebabkan rambut gugur.

So, apa yang penting pastikan akar rambut mendapat nutrien yang secukupnya. Di samping kita mengamalkan diet sihat yang penting untuk tumbesaran rambut tapi nutrien dari luar jugak penting. Elak dari memakai shampoo yang mengandungi bahan kimia seperti ammonium dan silikon sebab sebatian ini boleh mempercepatkan kerosakan pada akar rambut berlaku.  

Selain itu, jangan selalu sangat menyikat rambut dan elak dari mencuci rambut menggunakan sabun sebab ia mengandungi sodium hidroksida. Sebaiknya, urut kulit kepala dengan menggunakan jari supaya aliran darah menjadi lebih lancar.

Semoga bermanfaat...


Sumber Harian Metro.

8 comments:

  1. Kak Sue pun rambut banyak gugur, faktor usia kut.. ehehe..

    ReplyDelete
  2. Ai rasa, ai sebab stress..

    ReplyDelete
  3. rambut memang banyak gugur hari2 kena sapu bilik kalau tak dah boleh bukak kilang rambut palsu :P

    ReplyDelete
  4. mek lepas beranakkan amzar ni memang nazak skit rambut. Allahu, sekali sikat mmg bleh buat rambut palsu. tu skang tak sikat dah rambut

    ReplyDelete
  5. Saya dah potong rambut pendek pendek...ha ha...so tade lagi masalah gugur =)

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.