30 August 2017

# cinta dan rumahtangga

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya... | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, menjadi seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Bukanlah cikla nak cakap jadi suami ni mudah, tapi di satu sudut lain ada beberapa peranan penting yang mesti dimainkan oleh si isteri demi mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia. Tak keterlaluan kalau cikla katakan, kebanyakan isteri mempunyai sifat yang suka 'membebel'. Walaupun bukan semua isteri begitu, tapi sifat membebel ni seakan sudah sinonim dengan mereka.

Cikla pulak macam mana? Suka membebel jugak ke? Jawapan cikla, ye. Cikla memang suka membebel. Tapi, bukanlah membebel tak tentu arah pulak. Memang ada masanya cikla suka membebel lebih-lebih lagi kalau ada perkara yang tak kena di hati ini. Cewah...  Kalau rumah bersepah, mainan tak kemas, anak-anak tak dengar cakap memang siaplah diaorang. Sampai berasap kot telinga diaorang dengar bebelan cikla. Hehe...

Sebenarnya, ada sebabnya mengapa perempuan, khasnya para isteri ni membebel. Kadang-kadang, mereka ni membebel bersebab. Bukan saja-saja bebel. Korang nak tau sebab apa? Jom baca ni...

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...


Ada 9 sebab mengapa isteri suka membebel, iaitu ;

  1. Untuk pengetahuan korang, dalam rumahtangga isteri lebih banyak jadi pengurus. Sebab tu ada yang memanggil mereka 'pengurus rumahtangga' jugak. So, segala peraturan di dalam rumah ditetapkan oleh dia. Contohnya, lepas makan basuh pinggan, lepas mandi sidai towel, kalau mandi baju masuk dalam bakul pakaian kotor, dan sebagainya. So, kalau ada di antara ahli rumah melanggar apa yang diaturnya, maka siap sedialah telinga menadah bebelannya jap lagi... 
  2. Isteri membebel sebab meluahkan perasaannya? Ya, mungkin jugak. Sebab, kebanyakan isteri lebih suka meluahkan apa yang terbuku di hati dengan bebelan daripada melakukan 'kekerasan' fizikal. So, inilah kelebihan mereka mempunyai 'kekuatan' mulut daripada kekuatan fizikal. 
  3. Bebelan jugak kadangkala menunjukkan tanda protes. So, daripada diaorang melakukan 'demonstrasi' di jalan, lebih baik diaorang bebel je. Kadangkala, ia lebih berkesan tau. Hehe... 
  4. Orang perempuan ni kalau dah sayang, memang sayang betul-betul. So, kadang-kadang, mereka membebel sebab terlalu risaukan keselamatan orang yang dia sayang. Contohnya, seorang ibu yang membebel sebab risau anaknya balik lambat. Bukan apa, dia takut apa-apa pun boleh jadi pada anaknya lebih-lebih lagi kalau anaknya seorang perempuan. Pada cikla, ia lebih kepada teguran tegas. 
  5. Membebel tanda amaran. Ada wanita menyembunyikan perasaan marah mereka dengan bebelan. Macam cikla je. Cikla kalau marah memang suka membebel. So, awas ye! 
  6. Haha. Kalau yang ni kelakar. Membebel untuk senaman mulut. So, para suami kalau isteri membebel tu tadah ajelah sebab mereka sedang bersenam. So, lepas ni tak payah susah-susah nak pergi spa bagai. Bebel aje. Settle. Haha.. 
  7. Ada sesetengah isteri tak suka nak suruh-suruh suami tolong dia buat kerja rumah ke apa. Mereka lebih suka membebel, sambil-sambil buat kerja tu. Itu tanda mereka perlukan pertolongan. So, suami yang dengar tu, jangan buat tak faham pulak ye. Ringan-ringankanlah tulang korang tu tolong isteri. 
  8. Dunia sunyi tanpa perempuan? Betul. Sebab, mereka ni golongan yang susah berhenti bercakap. Kebanyakannya lah... Kalau mereka ni dah start membebel, jaga-jaga. Mesti ada benda yang tak kena tu.. 
  9. Membebel itu tanda mereka sihat. Iyelah kan, kalau diaorang senyap je tu, tak sihatlah tu kan. Hehe. Dah sakit kan, manalah ada tenaga nak cakap bebel lama-lama.


So, para suami kena faham bahawa membebel ni adalah salah satu cara isteri korang ni berkomunikasi. Sebaiknya, beri respon pada 'bebelan' isteri korang tu... Insha Allah, harmoni rumah tangga.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Psikologi Perkahwinan.

5 comments:

  1. Senaman mulut... hihi... Patutlah sihat... hihi

    ReplyDelete
  2. Kesian pada para isteri.. kalau dh tahap membebel Tu maka sendiri may ingat la

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum.
    Hi..Saya datang follow dulu..
    Nanti datang balik..
    #AfbDotMy
    #AFBians

    ReplyDelete
  4. hihihi..btul2.tambah2 istri yg manja lg suka berleter3 mcm kite ni.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.