Jom makan buah anggur merah, banyak khasiatnya.

By Cikla Shahril - August 15, 2017

Buah anggur memang sedap. Ia ada macam-macam jenis. Merah, hitam dan hijau. Anggur juga ada berbiji dan tak berbiji. 

Bagi cikla, yang tak berbiji lebih sedap. Anak-anak cikla pun suka. Semuanya 'hantu' anggur.

Buah anggur sememangnya buah yang banyak khasiatnya. Di dalamnya terkandung pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti vitamin A, C, B, B6, magnesium, kalsium, zat besi, kalium, natrium, karbohidrat, serat, gula dan lain-lain. 

Kesemua nutrien ni sangat baik untuk kesihatan kita. Jom baca apakah manfaat dan kebaikan memakan buah anggur untuk diri kita.

Jom makan buah anggur merah, banyak khasiatnya.

Dengan memakan buah anggur, dikatakan dapat mengatasi masalah susah tidur (insomnia). Ini kerana buah anggur merah mengandungi zat melatonin yang boleh merangsang 'pengatur otak' yang ada di otak kembali bekerja. 

So, kalau korang rasa susah nak tidur (insomnia) korang makan ajelah buah anggur merah ye.

Buah anggur yang mengandungi fenomenal dan sifat antioksidan yang baik untuk melindungi jantung. 

Untuk pengetahuan korang, kajian di US dan JEPUN telah membuktikan kandungan dari buah anggur ini boleh mencegah pembuluh darah dari tersumbat dan  penyakit kardiovaskular.

Buah anggur merah khasnya dikatakan boleh mencegah kanser kerana adanya antioksidan, asam elagik, acutimissin, restavarol dan petrostilbene. 

Ia dipercayai boleh menyingkirkan sel-sel yang tak normal yang ada dalam badan.  

Kandungan melatonin dan kalium yang ada pada buah anggur ni boleh mengatasi masalah tekanan darah. Selain itu, kandungan serat yang ada di dalamnya jugak boleh membersihkan pembuluh darah dari lemak dan kolesterol sekaligus melancarkan peredaran darah.

Kemanisan yang ada pada buah anggur adalah dari kandungan gula semulajadi yang ada di dalamnya. Dengan memakan buah anggur ia jugak boleh menjana tenaga segera kepada kita. 

Buah anggur yang mengandungi mangan dikatakan mampu menjaga kestabilan gula dalam darah. Untuk pesakit diabetes, boleh memakan buah anggur ini. Walaupun ia buah yang manis, tapi kandungan manisnya adalah semulajadi. 

Memakan buah anggur merah jugak dikatakan dapat mencegah osteoporosis, kerana adanya kandungan boron dalam buah ini. Ia sangat baik untuk menguatkan tulang.

Kandungan asalm folat yang ada pada buah anggur sangat baik untuk memutihkan gigi dan mengatasi masalah  perubahan warna yang telah terjadi pada  gigi korang.

Buah anggur juga sangat bagus dijadikan skrub iaitu skrub untuk kuku. Hasilnya,  kuku korang akan jadi lebih cantik, bersih dan boleh menghilangkan bintil dalam kuku. 

Caranya, ambil 10 biji buah anggur dan tumbuk bersama 2 sudu gula, kemudian sapukan pada tangan korang. Biarkan sekejap kira-kira 10 minit sebelum di cuci. 

Buah anggur juga dikatakan mempunyai sifat afrodisiak yang boleh meningkatkan ghairah seksual. Ini untuk pasangan yang sudah berkahwin ye.

Semoga bermanfaat.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Wah banyak khasiat anggur..SA suka makan anggur tp x leh makan banyak sebab nanti panas badan

    ReplyDelete
  2. Feveret ni . Buah anggur simpan dalam peti ais nampak segar bila nak makan tu

    ReplyDelete
  3. Wkmsalam.
    Banyak khasiat anggur merah ni
    Harganya sekarang pun mampu milik.

    ReplyDelete