05 August 2017

# infotips cantik

Jom lakukan 10 langkah mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.

Jom lakukan 10 langkah mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat. | Assalamualaikum wbt. Rasanya cikla selalu up entri pasal kepentingan dan petua menjaga kulit wajah kan. Bukan apa, cikla rasa ia amat penting sebab bagi cikla ia merupakan 'first impression' orang terhadap diri kita lebih-lebih bila pertama kali berjumpa. Bila kita tengok orang yang mempunyai kulit wajah yang cantik, gebu, flawless, tanpa cela kita pun teringin jugak nak jadi macam tu kan. Betul tak? Mesti kita tertanya-tanya, apalah produk yang diaorang pakai. Mulalah kita mencari produk yang dirasakan boleh merawat dan mencantikkan wajah kita ni.

Sebenarnya, nak mendapatkan wajah yang cantik tak perlu nak keluarkan belanja yang banyak pun lebih-lebih lagi kalau kita menggunakan cara semulajadi menggunakan bahan-bahan alami. Apa yang penting, semuanya dipraktikkan secara konsisten dan jangan buat sambil lewa je. Iyelah, nakkan hasil yang bagus tapi buatnya macam nak tak nak je. Manalah nak dapat yang terbaik. Betul tak? Disiplinkan diri dan buat dengan teratur, Insha Allah hasilnya nanti pasti tak mengecewakan.

Penjagaan wajah sepatutnya dilakukan seawal usia remaja lagi. Paling tak pun kita mencuci dan melembap wajah kita. So, ada 10 langkah mudah yang boleh korang lakukan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat... Check it out!

Jom lakukan 10 langkah mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.

Jom lakukan 10 langkah mudah untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik dan sihat.


  1. Apa yang paling penting adalah memilih produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita. Pastikan korang tau kulit wajah korang tu jenis apa sama ada jenis berminyak atau kering.
  2. Jangan skrub muka selalu paling tak pun dua kali seminggu. Skrub penting jugak sebab ia boleh menyingkirkan sel kulit mati pada wajah korang. 
  3. Masa cuci muka, cuci dengan air suam sebab ia lebih menyegarkan sekaligus boleh menyingkirkan kotoran di muka. Tapi korang kena ingat, jangan guna air yang terlalu sejuk atau terlalu panas sebab ia boleh menyebabkan saluran kapilari darah iaitu salur darah yang paling halus pecah. Kesannya, kulit di sekeliling hidung dan pipi akan kemerahan. 
  4. Pastikan mekap dibersihkan terlebih dahulu mencuci muka. Ada orang menganggap cuci muka je dah ok dah kalau nak tanggalkan mekap. Sebenarnya, tak ye. Kalau nak menanggalkan mekap kena pakai makeup remover yang memang khas untuk menanggalkan mekap. Gunakan kapas muka dan urut muka korang perlahan-lahan. Lepas dah confirm semua mekap ditanggalkan, baru cuci muka tu. Ok! 
  5. Sebelum menyentuh muka, pastikan korang basuh tangan bersih-bersih sebab manalah tau tangan korang tu ada bakteria atau kotoran yang mungkin boleh menjangkiti muka korang. Sebaiknya, korang kurangkanlah menyentuh muka korang tu lebih-lebih lagi kalau korang mengalami masalah jerawat. Bukan apa, takut nanti bakteria pada tangan korang akan berpindah pulak ke muka. Nanti bertambah pulak masalah kan. So, watch out! 
  6. Semasa mencuci muka, fokuskan pada 'zon T' yang mana ia merangkumi bahagian dagu, pipi dan dahi korang. Kalau korang nak tau, zon T merupakan kawasan yang paling berminyak dan berisiko ditumbuhi jerawat dengan jayanya. So, lepas ni korang lebihkan 'kasih sayang' korang tu pada zon ni masa korang mencuci muka supaya minyak berlebihan dapat disingkirkan. Paling bagus, cuci muka dua kali (pagi dan malam) sehari pun dah cukup sebab kalau kerap mencuci muka tu, kelembapan semulajadi muka korang tu akan hilang pulak... So, tak cantik dah... 
  7. Mungkin ramai yang tak mempraktikkan ini, iaitu melakukan urutan wajah. Untuk pengetahuan korang, kalau kita selalu melakukan urutan wajah dengan cara yang betul, ia boleh menolong meningkatkan aliran darah dan oksigen pada kulit wajah. Caranya pun senang je, iaitu dengan mengurut muka secara  membulat dari bawah je atas atau boleh juga mulakan urutan pada bahagian leher. Selain melancarkan aliran darah, ia juga dikatakan boleh melambatkan proses kedutan. 
  8. Elakkan mengelap muka dengan tuala. Kalau boleh biar je kulit wajah tu kering sendiri. Kalau korang mengeringkan muka korang menggunakan kain atau tuala secara  terus, dikatakan kain tersebut akan menyerap 'khasiat' dan lembapan dari pencuci muka yang korang guna tu. So, kulit wajah tak dan nak sedap semua kebaikan yang ada pada pencuci muka tu. 
  9. Kalau korang ada masa lebih, gunakan masker selepas korang mencuci muka kerana ia boleh memberi kebaikan pada kulit wajah. Gunakan masker yang mengandungi kolagen, vitamin C dan E kerana ia akan mengekalkan keremajaan kulit wajah korang. 
  10. Gunakan ais untuk mengecutkan jerawat sebab bila ais diletakkan pada jerawat, pembuluh darah pada permukaan bawah kulit wajah korang akan mengecut dan mengurangkan kesan kemerahan akibat dari iritasi.

Selamat mencantikkan wajah ye. Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

4 comments:

  1. Banyak juga langkah-langkah kalau nak cantik ni kan.. Dulu saya selalu tukar2 pencuci muka sebab nak try la nak cuba la.. last2 muka tambah kusam..

    Kena cari pencuci muka yang sesuai dan tak perlu tukar2. bila dah ngam, pakai je hari2.. baru la..

    Ini orang pakai Qu Puteh, nak juga pakai Qu Puteh.. hahai meow

    ReplyDelete
  2. CCL dapat tips baru dari entri ini . Jangan lap muka dgn tuala . Sebaliknya tunggu sampai ia kering sendiri .. CCL selalu lepas cuci muka terus lap . Lepas ni kena elakkan

    ReplyDelete
  3. jom amalkan 10 tips penjagaan muka atau wajah

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.