Jom kenali karakter seseorang melalui haiwan peliharaannya.

By Cikla Shahril - August 12, 2017

Untuk pengetahuan korang, memang ada macam-macam kajian berkaitan dengan psikologi yang dijalankan untuk mengaitkan karakter seseorang itu dengan haiwan peliharaannya. Kalau bercakap tentang haiwan peliharaannya, haiwan yang biasa kita dengar orang bela adalah kucing. Betul tak? 

Tapi, tak dinafikan ada yang membela haiwan lain seperti arnab, ikan, burung, ular sawa, dan yang paling rare adalah sumpah-sumpah. So, korang ada bela haiwan tak kat rumah? Kalau ada, korang nak tau tak apakah kaitan haiwan yang korang bela tu dengan personaliti korang? Jom baca ni.

Jom kenali karakter seseorang melalui haiwan peliharaannya.

Walaupun kita tau, kucing ni adalah haiwan yang aktif, tapi sesiapa yang menyukai si meow ni dikatakan mempunyai sikap yang suka menyendiri atau introvert

Walaupun begitu, mereka masih bersikap terbuka, kreatif dan bijak dalam berkomunikasi. Selain itu, pencinta kucing ni jugak dikatakan boleh menjadi pendengar yang setia walaupun jauh di lubuk hatinya yang paling dalam ada jugak terselit jugak emosi sensitif. Mereka jugak santai dengan keadaan sekelilingnya dan lebih berjiwa bebas.

Bagi orang yang suka memelihara burung sebagai haiwan peliharaannya pulak, seperti mana sikap burung yang suka 'berbunyi' macam itulah sikap tuannya. Haha. 

Mereka bersikap peramah dan suka bersosial. Selain itu, mereka amat confident dengan apa yang mereka katakan. 

Bila di kalangan ahli keluarga dan rakan, mereka bersikap sopan santun  serta penyayang, dan kadang-kadang bersikap luck tapi dengan cara mereka sendiri. Akan tetapi, mereka lebih bersikap jujur.

Memang tak dinafikan, arnab jugak merupakan salah satu haiwan yang comel. So, kecomelan sang arnab ni boleh disamakan dengan si pemiliknya yang sentiasa berjiwa muda, bertenaga dan fresh

Selain itu, mereka jugak mudah menerima persekitaran yang baru dan sentiasa mempunyai banyak idea dalam apa jugak yang dilakukan. 

Akan tetapi, di sudut lain sikap si pembela arnab ni kurang suka dalam merancang kalau ingin melakukan sesuatu dan lebih suka bergerak sendiri. Walaupun begitu, mereka mempunyai sifat simpati yang tinggi.

Ada pepatah mengatakan, 'sekilas ikan di air, sudah tau jantan betinanya'. Ehh, apa kena mengena pulak pepatah ni ye. Haha. Selingan je tu. 

Biasanya, kalau kita tengok ikan kalau berenang tu kat dalam air tu, tenang je kan. Macam itu jugaklah sikap orang yang suka membela ikan ni. Mereka sentiasa bersikap santai dan tenang dalam menjalani rutin hariannya. 

Selain itu, mereka jugak bersikap ceria dan suka berlagak termasuklah tidak bersikap materialistik. Keistimewaaan mereka adalah mereka sentiasa tenang dan mengawal emosi agar sentiasa stabil jika berhadapan dengan ujian dan cabaran. 

Di samping  itu, mereka lebih selesa hidup bebas dan tak suka pada komitmen yang berat. Santai-santai aje gitu.

Memang tak dinafikan, ada orang suka membela haiwan yang rare dan jarang ditemui. Tapi, untuk membela haiwan sebegini setahu cikla kita kena ada lesen untuk membelanya, lebih-lebih lagi kalau haiwan itu hampir pupus. Contohnya, haiwan reptilia

Bagi mereka yang suka membela haiwan sebegini, dikatakan pandai berdikari dan kurang pandai melawak. Serius je kot, sebab mereka kalau bersembang memang serius je. 

Kalau orang yang suka membela kura-kura, mereka seorang pemalu tapi boleh diharap. Kalau mereka yang suka membela ular pulak, mereka nampak lebih tegas dan suka kepada sesuatu yang baru serta sukar diramal.

Haaa, korang yang mana satu? Hehe. Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan GenY, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Wkmsalam.
    Hanya pandangan seseorang.
    WP memelihara pelbagai jenis haiwan, agaknya mungkin mempunyai pelbagai karaktor.

    ReplyDelete
  2. Arwah ayah saya penggemar ikan..tapi memang betul dia sempoi, kehidupan pun nak simple je..tak kejar apa-apa.

    Saya pula ada bela arnab..kreatif tu tak pasti, tapi suka bergerak sendiri tu agak betul juga..hihihi

    ReplyDelete
  3. kite takdak bela pets tapi kite suka kucing =D

    ReplyDelete