Filem Hindustan apa yang menjadi kegemaran?

By Cikla Shahril - August 14, 2017

Cikla bukanlah peminat tegar filem Hindustan. Tapi, kalau cerita Hindustan lama-lama tu cikla minat jugak tengok. Bukan apa, cikla rasa cerita Hindustan dulu dengan sekarang dah tak sama dah. 

Lepas tu, kalau lagu Hindustan dulu-dulu, lagu dia best best, sampai kita boleh terhafal dan siap ikut menyanyi sekali. Betul tak? 

Itu sebab kebanyakan lagu Hindustan dulu-dulu menjadi siulan. Walaupun kita tak faham apa maksudnya, tapi lagu dan lirik tu macam dekat je kat hati kita kan. 

Tapi, lagu dan cerita Hindustan sekarang ni, lagunya dah lah macam tak best je kat telinga ni, lepas tu pelakon dia pulak memang tak kenal dengan jalan ceritanya macam susah nak difahami. 

Lepas tu, ramai pelakon baru. So, apa pulak filem Hindustan yang menjadi kegemaran cikla? Hehe. Korang nak tau tak? Meh, cikla nak share ni.

Sebenarnya, ada beberapa filem Hindustan yang cikla suka. Tapi, yang paling cikla suka adalah dari filem Kuch Kuch Hota Hai.  

Filem Hindustan apa yang menjadi kegemaran?

Filem ni diterbitkan pada tahun 1998. Tengok, berapa lama dah, tapi still orang minat kan. Dah 19 tahun dah usia filem ni. Dalam filem ni Shah Rukh Khan, Kajol, Rani Mukerji semua muda remaja gitu. Jalan ceritanya best, iaitu ia mengenai cinta dan persahabatan. 

Cikla rasa semua lagu dalam filem ni best best. Start dari awal filem, sampailah nak habis. Pendek kata the whole film memang best lah. Sebab tu kalau tengok berjuta kali pun tak jemu. 

Macam cerita P. Ramlee jugak. Orang tengok banyak kali pun takpe. Padahal dah tau jalan ceritanya macam mana. Rasanya semua tau cerita ni kot, berjuta-juta peminat cerita ni.

Sinopsis filem Kuch Kuch Hota Hai. (Sumber SINI).

Pelakon : Shah Rukh Khan sebagai Rahul Khanna, Kajol sebagai Anjali Sharma, Rani Mukerji sebagai Tina Malhotra, Sana Saeed sebagai Anjali Khanna, Farida Jalal sebagai Mrs. Khanna (ibu Rahul), Anupam Kher sebagai Principal Malhotra (ayah Tina), Archana Puran Singh sebagai Ms. Briganza. 

Sinopsis : 
Rahul Khanna (Shah Rukh Khan) dan Anjali Sharma (Kajol) adalah sahabat karib di St. Xavier. Pengetua di St. Xavier iaitu Mr Malhotra (Anupam Kher) mempunyai seorang anak perempuan yang cantik bernama Tina (Rani Mukerji). 

Tina datang ke St. Xavier dari London untuk menghabiskan  pelajarannya. Dia menjadi sahabat kepada Rahul dan Anjali.

Ketika Anjali sedar  yang dia sudah jatuh cinta dengan Rahul, dan dia nak bagitau Rahul tentang perasaanya. Dan langkah nya itu turut disokong oleh penjaganya, Rifat Bi (Himani Shivpuri). 

Akan tetapi, belum sempat dia memberitahu Rahul, Rahul terlebih dahulu memberitahu yang dia mencintai Tina. 

Anjali yang mendengar patah hati dan melupuskan pergi dari kehidupan Rahul dan Tina selamanya. Dia telah pulang ke kampung halamannya. Bagi Tina, dia sedar yang dia telah menjadi 'penghalang' kepada dua sahabat karib itu.

Selepas habis belajar, Rahul berkahwin dengan Tina. Setelah setahun berkahwin, Tina telah melahirkan seorang bayi perempuan. Semasa mengandung, Tina mengalami komplikasi pada kandungannya. 

Di saat-saat akhir hayatnya, dia telah menulis lapan surat untuk anak perempuannya iaitu bermula dari umur setahun hinggalah lapan tahun. 

Sebelum meninggal, Tina meminta Rahul berjanji dia memberi anak perempuan mereka nama, Anjali.

Setelah lapan tahun berlalu, pada ulang tahunnya ke lapan anaknya, Anjali Khanna (Sana Saeed) membaca surat yang terakhir dan dalam surat itu ibunya  bercerita mengenai Anjali Sharma dan merupakan cinta sejati Rahul. 

Tina menjelaskan dalam suratnya bahawa Rahul selalu mengatakan bahawa cinta adalah persahabatan, tapi tanpa persahabatan tidak ada cinta. Tina memberikan anak perempuannya 'misi'  untuk menyatukan kembali dengan Rahul Sharma dengan Anjali.

So, berjaya ke anak si Rahul ni menyatukan kembali bapanya dengan Anjali Sharma ni? Kalau korang nak tengok lagi, nah tengok kat bawah ni cikla share sekali.

(Sumber Youtube) 

Jalan ceritanya memang sedih, nak-nak pulak time yang si Anjali tu dan nak kawin lepas tu si Rahul tu datang. Huish, memang touching habislah. Sedih ooo. Tapi, lastly memang happy ending je cerita ni. Diaorang bersatu jugak, dan live happily ever after...

Bagi cikla ada jugak pengajaran yang kita boleh dapat dari cerita ni, iaitu kalau lelaki dan perempuan bersahabat baik, pasti ada terselit jugak rasa cinta, suka dan sayang tu kan. 

Pendek kata, perempuan dengan lelaki tu tak boleh jadi best friend. Hehe. Betul ke tak betul? Tapi, apa yang penting lagu-lagunya semua best...

Korang suka filem Hindustan apa ye? Meh share... 

  • Share:

You Might Also Like

13 Comments

  1. Saya suka Kal Ho Na Ho... Hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni pelakonnya Preity Zinta ye. Saya mcm pernah dgr tapi tak pernah tgk.

      Delete
  2. tak suka KKHH sebab Rahul dapat dua2 awek padahal mesej dia tekankan, kita bercinta sekali, kahwin sekali, mati sekali. Tapi dia bercinta 2x, kahwin pun 2x. Kesian Aman :(

    Suka Aashiqui 2, Hamari Adhuri Kahani, Gabbar Is Back dengan Rustom

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kesian aman. Tapi cinta sejati Rahul dgn Anjali kan.

      Delete
  3. Always be Kuch Kuch Hota Hai. Never failed to make me and my whole families cry, haha.

    http://panphila.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Right..part yg sedih tu time si Anjali tu nk kawin dgn si Aman..

      Delete
  4. Filem Hindustan tak pernah tak siok. I am a big fan of Kajol & SRK... Mana-mana yang ada Kajol atau SRK, mesti siok. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SRK is the best. Cerita yang dia berlakon semua best. Tak kisahlah siapa pun heroinnya.

      Delete
  5. Kuch Kuch Hota Hai,
    Dil To Pagal Hai,
    Kabhi Kushi Kabi Gham..

    eh sume la suke..hahaha

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Ulang tayang byk kali pun xpe. Tak jemu pun kan.

    ReplyDelete