Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

By Cikla Shahril - August 10, 2017

Alhamdullillah, sudah tiga bulan lebih cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy. Syukurlah, selepas pembedahan semuanya ok dan cikla bertambah sihat. Kalau korang nak tau 'perjalanan' cikla bersama tiroid ni dari awal sampailah cikla menjalani rawatan radioiodin, korang klik di SINI. Mungkin ada yang tak tau pasal pembedahan ni.

Macam cikla pun sama, sebelum cikla menjalani pembedahan memang tak tau apa-apa jugak. Time tu tercari-cari jugak info pasal ni, iyelah nak jugak tau kan apa dia thyroidectomy ni, apa nak buat sebelum pembedahan, apa yang berlaku semasa pembedahan, dan yang paling penting kesan selepas pembedahan. 

So, cikla nak share beberapa info penting mengenai thyroidectomy ni. Manalah tau ada tercari-cari info mengenai ini. Sekurang-kurangnya dapat gambaran jugak kan apa yang berlaku nanti...

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Secara umumnya, pembedahan tiroid (thyroidectomy) terbahagi kepada pembedahan separuh kelenjar tiroid (hemithyroidectomy) dan pembedahan keseluruhan kelenjar tiroid (total thyroidectomy). Prosedur ini boleh dilakukan di mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan pakar bedahPembedahan ini akan dilakukan apabila ;

  1. Pesakit menghidap kanser tiroid. 
  2. Pesakit disuspek kanser tiroid. 
  3. Pesakit mempunyai bengkak tiroid tau goiter yang besar. 
  4. Pesakit hyperaktif tiroid dan grave's  disease yang gagal dengan rawatan ubat.

Sebelum pembedahan dijalankan, pesakit akan;

  1. dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose, Throat) untuk penilaian peti suara. 
  2. dirujuk ke klinik bius untuk memastikan kesihatan pesakit berada pada tahap optimum dan mampu menjalani bius penuh sebelum pembedahan dilakukan. 
  3. berpuasa mulai 12 tengah malam.
  4. dikehendaki memastikan tahap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah terkawal.

Pembedahan akan dibatalkan jika pesakit mengalami demam, selsema, batuk atau lain penyakit yang boleh menyebabkan bahaya jika pembedahan diteruskan. Ubat cair darah seperti Aspirin perlu dihentikan 7 hari sebelum pembedahan.

Untuk pengetahuan korang, pembedahan akan dilakukan di bawah bius penuh. Biasanya, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad. Tapi, pembedahan hemithyroidectomy mungkin boleh dibuat secara rawatan harian di mana pesakit akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan. Pembedahan akan mengambil masa sehingga 2 jam atau lebih

Insist melintang (kolar) akan dibuat di pangkal leher sepanjang 5 cm hingga 7 cm. Tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang terkumpul.

Selepas pembedahan, bila kembali semua ke dalam wad, pesakit akan dinilai oleh doktor yang bertugas sebelum dibenarkan makan atau minum. Ubat tahan sakit akan diberi secara berkala, dan tiub cecair akan dikeluarkan bila cecair berkurangan (biasanya pada hari ke-2). Kebanyakan pesakit akan dibenarkan keluar hospital selepas 2 hari pembedahan. 

Pesakit hendaklah mendapatkan rawatan di klinik SOPD atau klinik lain yang terdekat sekiranya luka pembedahan menjadi merah, panas, bengkak atau sakit. Jika pesakit menjalani pembedahan total thyroidectomy macam cikla ni, pesakit akan dibekalkn dengan ubat L-Thyroxine dan kalsiumUbat L-Thyroxine ini perlu dimakan seumur hidup untuk mengelakkan pesakit menjadi letih dan lesu akibat dari kekurangan hormon tiroid.

Untuk rawatan susulan selepas pembedahan, tarikh temujanji akan diberikan sebelum pesakit keluar dari hospital. Semasa rawatan susulan, luka pembedahan akan diperiksa dan pesakit akan diberitahu mengenai keputusan histopatologi (HPE) dan jika pesakit perlu jalani rawatan selanjutnya. Semua pembedahan pasti ada risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku. Begitu jugak dengan pembedahan tiroid ni. Antara risiko dan komplikasinya adalah seperti berikut;

  1. Perubahan pada suara mungkin berlaku jika kecederaan pada RECURRENT LARYNGEAL NERVE (risiko ialah 1%) iaitu kecederaan kekal kepada salah satu saraf  boleh menyebabkan suara serak dan lemah atau kecederaan kekal kepada kedua-dua saraf boleh menyebabkan pemasangan Tracheostomy (tiub pernafasan) kekal. Selain itu, kecederaan kepada SUPERIOR LARYNGEAL NERVE (risiko 5%) menyebabkan suara menjadi lemah. Alhamdullillah, suara cikla ok je selepas pembedahan. Cuma masa awal-awal selepas pembedahan tu macam serak sikit. Tapi, dah ok dah. 
  2. Paras kalsium yang rendah. Pesakit  mungkin perlu mengambil ubat kalsium dan vitamin D untuk tempoh yang lama. Cikla lepas pembedahan memang tak diberi ubat kalsium, sebab kalsium cikla ok. Hopefully, lepas ni pun ok jugak. Amin. 
  3. Pendarahan (<1%). Jika terdapat pendarahan, pesakit mungkin memerlukan pembedahan semula. Cikla tak mengalaminya. Syukurlah. 
  4. Parut luka yang tebal dan tidak cantik. Parut kesan pembedahan di leher cikla ok je. Cantik dan tak merah. Tapi, lepas ni cikla nak cari jugak ubat hilangkan parut ni. Baru comey... Hihi. 
  5. Jangkitan kuman pada luka (0.5%). Alhamdullillah, cikla tak mengalaminya. 

Sumber Risalah hospital (from group FB TIROID DAN ANDA (ORI)).

  • Share:

You Might Also Like

22 Comments

  1. Nice sharing cik la... Anis xpena tahu pun tentang ni semua... Cuma tahu kena puasa sebelum pembedahan. Huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh... ngerinya kalau baca artikel pembedahan ni.. moga cikla semakin cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Cikla, kalau gitu tak kira if kita buang total or semi, still kene makan ubat tertentu seumur hidup or if our blood hormone results da normal utk jangka masa tertentu, ada kemungkinan doc bagi benti makan ubat ke acane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dhia, kalau kita operate buang semua kelenjar tiroid, nak tak nak memang kena ambil thyroxine seumur hidup sebab thyroxine berfungsi sebagai pengganti kepada kelenjar tiroid yang dibuang untuk hasilkan hormon. Walaupun ia diambil seumur hidup, dia tak kan beri bad effect pada kita berbanding mereka yang hyper yang mengambil carbimazole.

      Delete
    2. Mereka yang operate buang sebelah kelenjar, tak perlu makan ubat sebab mereka masih ada kelenjar sebelah lagi untuk produce t4. Tapi, kalau result operation menunjukkan ada sel kanser kena operate lagi untuk bunga lagi sebelah. Dan, adalah rawatan lain yang perlu dilakukan selepas itu.

      Tapi, kalau result operation sebelah tu clear dan ok, tak perlu makan ubat sebabnya mcm cikla ckp sblm ni. Tapi, kita kena sentiasa alert pada simtpom juga.

      Delete
  4. saya jugak ada sakit ni cikla..tp diebelah kanan shaja...nerves sgt bila nk tiba saat operation nti.cikla operate hospital gov @ swasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya opret di Institut Kanser Negara. InshaAllah semuanya akan baik2 aje Semoga dipermudahkan ye...

      Delete
  5. Nak tanya.. wife saya baru buang dua dua belah tiriod.. boleh ngandung LG ke tak sbnya.. dari bacaan kata risiko anak cacat.. ke guana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah boleh. Kena pastikan hormon ok ada rezeki mengandung. Ramai kawan cikla yg dah melakukan pembedahan buang kedua-dua kelenjar mengandung. Ada yg setahun sorang lg. Apa yg penting jgn skip ubat. Mkn ubat secara teratur. InshaAllah.

      Btw, apa result pembedahan tu?

      Delete
  6. Assalamualaikum..saya dh membuang kedua dua tiroid..dn mengambil thyroxine seumur hidup..namun bacaan tft sentiasa x stabil..kekadang sebiji,kekadang sebiji setengah..bergantung atas arahan doc serta keputusan ujian darah..sekiranya x cukup..letihnya hanya Tuhan yg tahu..sekarang masih dlm pemerhatian doc sepenuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ye begitulah. Selagi tak jumpa dose yang sesuai mmg akan tukar dosenya. Macam cikla sendiri since opret, dah 3 kali tukar dose. Last 100 mg. Tgk mcm serasi jugaklah.

      Delete
  7. Assalamualaikum cikla.. Mcm mana nak setabilkn hormon selepas operation buang ke22 nya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Lepas operation buang kedua dua kelenjar tiroid, saya ambil thyroxine seumur hidup. Thyroxine inilah jadi pengganti kelenjar tiroid yang dibuang tu untuk hasilkan hormon t4. Nak stabilkan hormon, kena makan thyroxine ni ikut masa dia laaa. Jangan skip

      Delete
  8. Tp msh boleh mengandung lh kn cikla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye boleh. As long as hormon awak ok dan stabil. Apa yg penting jgn skip ubat ye

      Delete
  9. Salam cik.La..Maaf bertanya untuk operate nie dihospital kerajaan ada bayaran tak?boleh saya tahu berapa cas dikenakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, masih di kena kan byrn. Dulu saya kena dalam rm500 tapi sbb saya ambil kelas 2 ada subsidi kerajaan, so kena byr dlm rm100 bih. Tp kalau awak ada GL boleh guna, free je

      Delete
  10. Salam... saye pon ade decide nak operate sbb risiko saket jantung sbb heartrate tggi tak boleh nk control dah. Nak tnye..
    1) berat naik ke? berape lame berat kembali normal?
    2) ubat replacement yg after surgery mahal ke?

    ReplyDelete
  11. salam cikla. . blh x nk mntk no fon. .nk tny psl pembedahan tiroid nii..

    ReplyDelete
  12. berapa lama kesan pembedahan boleh pulih sepenuhnyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. luka luar almost 2 minggu dah ok dah. tp luka dalam amik masa sikit nak sembuh.

      Delete