10 August 2017

# kisah aku dan tiroid

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY). | Assalamualaikum wbt. Alhamdullillah, sudah tiga bulan lebih cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy. Syukurlah, selepas pembedahan semuanya ok dan cikla bertambah sihat. Kalau korang nak tau 'perjalanan' cikla bersama tiroid ni dari awal sampailah cikla menjalani rawatan radioiodin, korang klik di SINI.  Mungkin ada yang tak tau pasal pembedahan ni. Macam cikla pun sama, sebelum cikla menjalani pembedahan memang tak tau apa-apa jugak. Time tu tercari-cari jugak info pasal ni, iyelah nak jugak tau kan apa dia thyroidectomy ni, apa nak buat sebelum pembedahan, apa yang berlaku semasa pembedahan, dan yang paling penting kesan selepas pembedahan.

So, cikla nak share beberapa info penting mengenai thyroidectomy ni. Manalah tau ada tercari-cari info mengenai ini. Sekurang-kurangnya dapat gambaran jugak kan apa yang berlaku nanti...

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).

Fakta info mengenai pembedahan tiroid (THYROIDECTOMY).


Secara umumnya, pembedahan tiroid (thyroidectomy) terbahagi kepada pembedahan separuh kelenjar tiroid (hemithyroidectomy) dan pembedahan keseluruhan kelenjar tiroid (total thyroidectomy). Prosedur ini boleh dilakukan di mana-mana hospital kerajaan yang mempunyai perkhidmatan pakar bedah. Pembedahan ini akan dilakukan apabila ;

  1. Pesakit menghidap kanser tiroid. 
  2. Pesakit disuspek kanser tiroid. 
  3. Pesakit mempunyai bengkak tiroid tau goiter yang besar. 
  4. Pesakit hyperaktif tiroid dan grave's  disease yang gagal dengan rawatan ubat.

Sebelum pembedahan dijalankan, pesakit akan;

  1. dirujuk kepada pakar ENT (Ear, Nose, Throat) untuk penilaian peti suara. 
  2. dirujuk ke klinik bius untuk memastikan kesihatan pesakit berada pada tahap optimum dan mampu menjalani bius penuh sebelum pembedahan dilakukan. 
  3. berpuasa mulai 12 tengah malam.
  4. dikehendaki memastikan tahap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi adalah terkawal.

Pembedahan akan dibatalkan jika pesakit mengalami demam, selsema, batuk atau lain penyakit yang boleh menyebabkan bahaya jika pembedahan diteruskan. Ubat cair darah seperti Aspirin perlu dihentikan 7 hari sebelum pembedahan. Untuk pengetahuan korang, pembedahan akan dilakukan di bawah bius penuh. Biasanya, pesakit akan dimasukkan ke dalam wad. 

Tapi, pembedahan hemithyroidectomy mungkin boleh dibuat secara rawatan harian di mana pesakit akan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas pembedahan. Pembedahan akan mengambil masa sehingga 2 jam atau lebih. Insist melintang (kolar) akan dibuat di pangkal leher sepanjang 5 cm hingga 7 cm. Tiub akan dimasukkan untuk mengeluarkan darah yang terkumpul.

Selepas pembedahan, bila kembali semua ke dalam wad, pesakit akan dinilai oleh doktor yang bertugas sebelum dibenarkan makan atau minum. Ubat tahan sakit akan diberi secara berkala, dan tiub cecair akan dikeluarkan bila cecair berkurangan (biasanya pada hari ke-2). Kebanyakan pesakit akan dibenarkan keluar hospital selepas 2 hari pembedahan. 

Pesakit hendaklah mendapatkan rawatan di klinik SOPD atau klinik lain yang terdekat sekiranya luka pembedahan menjadi merah, panas, bengkak atau sakit. Jika pesakit menjalani pembedahan total thyroidectomy macam cikla ni, pesakit akan dibekalkn dengan ubat L-Thyroxine dan kalsium. Ubat L-Thyroxine ini perlu dimakan seumur hidup untuk mengelakkan pesakit menjadi letih dan lesu akibat dari kekurangan hormon tiroid.

Untuk rawatan susulan selepas pembedahan, tarikh temujanji akan diberikan sebelum pesakit keluar dari hospital. Semasa rawatan susulan, luka pembedahan akan diperiksa dan pesakit akan diberitahu mengenai keputusan histopatologi (HPE) dan jika pesakit perlu jalani rawatan selanjutnya.

Semua pembedahan pasti ada risiko dan komplikasi yang mungkin berlaku. Begitu jugak dengan pembedahan tiroid ni. Antara risiko dan komplikasinya adalah seperti berikut;

  1. Perubahan pada suara mungkin berlaku jika kecederaan pada RECURRENT LARYNGEAL NERVE (risiko ialah 1%) iaitu kecederaan kekal kepada salah satu saraf  boleh menyebabkan suara serak dan lemah atau kecederaan kekal kepada kedua-dua saraf boleh menyebabkan pemasangan Tracheostomy (tiub pernafasan) kekal. Selain itu, kecederaan kepada SUPERIOR LARYNGEAL NERVE (risiko 5%) menyebabkan suara menjadi lemah. Alhamdullillah, suara cikla ok je selepas pembedahan. Cuma masa awal-awal selepas pembedahan tu macam serak sikit. Tapi, dah ok dah. 
  2. Paras kalsium yang rendah. Pesakit  mungkin perlu mengambil ubat kalsium dan vitamin D untuk tempoh yang lama. Cikla lepas pembedahan memang tak diberi ubat kalsium, sebab kalsium cikla ok. Hopefully, lepas ni pun ok jugak. Amin. 
  3. Pendarahan (<1%). Jika terdapat pendarahan, pesakit mungkin memerlukan pembedahan semula. Cikla tak mengalaminya. Syukurlah. 
  4. Parut luka yang tebal dan tidak cantik. Parut kesan pembedahan di leher cikla ok je. Cantik dan tak merah. Tapi, lepas ni cikla nak cari jugak ubat hilangkan parut ni. Baru comey... Hihi. 
  5. Jangkitan kuman pada luka (0.5%). Alhamdullillah, cikla tak mengalaminya. 

Semoga bermanfaat...


Sumber Risalah hospital (from group FB TIROID DAN ANDA (ORI).

2 comments:

  1. Nice sharing cik la... Anis xpena tahu pun tentang ni semua... Cuma tahu kena puasa sebelum pembedahan. Huhu

    ReplyDelete
  2. wahhh... ngerinya kalau baca artikel pembedahan ni.. moga cikla semakin cepat sembuh...

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.