Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau?

By Cikla Shahril - August 08, 2017

Orang Malaysia memang suka makan. Betul tak? Tak kiralah restoran mamak, seafood, fastfood (makanan segera) memang melambak-lambak di sana sini. Tepuk dada, tanya selera. 

Cikla bukanlah peminat tegar makanan segera, tapi sesekali kalau teringin tu cikla makan jugaklah. Lebih-lebih lagi kalau orang belanja. Hehe. So, peminat-peminat makanan segera, meh baca apa yang cikla nak kongsikan ni.

Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau?
Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Sebelum ni apa yang kita tau, memakan makanan segera boleh menggemukkan dan menyumbang kolesterol dalam badan. 

Tapi, apa yang korang mungkin tak tau adalah ada kajian mengatakan dengan memakan makanan segera juga boleh menyebabkan masalah mulut berbau.

Eh eh, biar betul! 

Cikla pun terkejut jugak bila baca statement ni. Ceritanya begini, satu kajian dilakukan di Korea yang mana dengan mengambil makanan segera paling kurang 3 kali seminggu mempunyai risiko (sehingga 15%) mengalami masalah nafas berbau atau halitosis

Ini kerana semua makanan segera mengandungi minyak yang berlebihan dan ini menjadi penyebab kepada masalah nafas berbau.

Ada penyelidik jugak mengatakan, minyak yang terlekat pada mulut dan gigi. So, ia akan menyebabkan chain reaction dalam badan seterusnya aroma kurang enak akan keluar melalui mulut. 

Untuk pengetahuan korang, minyak dalam makanan akan bertindak balas dengan enzim pencernaan yang mana ia akan menyebabkan bau mulut. 

Selain itu, ia turut menyebabkan tahap keasidan dalam usus meningkat dan menjadi punca kepada penyakit gastrik.

Di samping itu, kalau kita mengambil makanan manis dan tinggi gula juga berisiko menghadapi halitosis. So, lepas ni kenalah kurangkan makan makanan segera ye. 

Bukan setakat nak jaga 'penampilan diri' semata-mata, tapi semuanya demi kesihatan kita jugak! 

Sumber Ruangan Jurnal Kesihatan, KOSMO!
 

  • Share:

You Might Also Like

4 Comments

  1. Terpaksa la kurang makan maggi ni.. rasanya macam tiap2 minggu memang makan maggi.. aduh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi rabu & apa khabar Cik La

    Pendek kata lepas makan elok gosok gigi dan pakai mouth wash

    Sebab kalau ikut sunnah nabi kita pun

    Setiap kali sebelum solat di sunatkan untuk bersugi

    Sampai macam tu sekali

    ReplyDelete
  3. Alamak yer ke...mungkin la kot..sebab makanan segera kan process food...

    ReplyDelete
  4. kena kurangkan makan makanan segera.

    ReplyDelete