08 August 2017

# diet dan sihat

Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau?

Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau? | Assalamualaikum wbt. Orang Malaysia memang suka makan. Betul tak? Tak kiralah restoran mamak, seafood, fastfood (makanan segera) memang melambak-lambak di sana sini. Tepuk dada, tanya selera. Cikla bukanlah peminat tegar makanan segera, tapi sesekali kalau teringin tu cikla makan jugaklah. Lebih-lebih lagi kalau orang belanja. Hehe. So, peminat-peminat makanan segera, meh baca apa yang cikla nak kongsikan ni.

Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau


Betul ke makan makanan segera punca nafas berbau?

Sebelum ni apa yang kita tau, memakan makanan segera boleh menggemukkan dan menyumbang kolesterol dalam badan. Tapi, apa yang korang mungkin tak tau adalah ada kajian mengatakan dengan memakan makanan segera juga boleh menyebabkan masalah mulut berbau. Eh eh, biar betul! 

Cikla pun terkejut jugak bila baca statement ni. Ceritanya begini, satu kajian dilakukan di Korea yang mana dengan mengambil makanan segera paling kurang 3 kali seminggu mempunyai risiko (sehingga 15%) mengalami masalah nafas berbau atau halitosis. Ini kerana semua makanan segera mengandungi minyak yang berlebihan dan ini menjadi penyebab kepada masalah nafas berbau.

Ada penyelidik jugak mengatakan, minyak yang terlekat pada mulut dan gigi. So, ia akan menyebabkan chain reaction dalam badan seterusnya aroma kurang enak akan keluar melalui mulut. Untuk pengetahuan korang, minyak dalam makanan akan bertindak balas dengan enzim pencernaan yang mana ia akan menyebabkan bau mulut. Selain itu, ia turut menyebabkan tahap keasidan dalam usus meningkat dan menjadi punca kepada penyakit gastrik. Di samping itu, kalau kita mengambil makanan manis dan tinggi gula juga berisiko menghadapi halitosis.

So, lepas ni kenalah kurangkan makan makanan segera ye. Bukan setakat nak jaga 'penampilan diri' semata-mata, tapi semuanya demi kesihatan kita jugak.

Semoga bermanfaat...


Sumber Ruangan Jurnal Kesihatan, KOSMO!
 

4 comments:

  1. Terpaksa la kurang makan maggi ni.. rasanya macam tiap2 minggu memang makan maggi.. aduh

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi rabu & apa khabar Cik La

    Pendek kata lepas makan elok gosok gigi dan pakai mouth wash

    Sebab kalau ikut sunnah nabi kita pun

    Setiap kali sebelum solat di sunatkan untuk bersugi

    Sampai macam tu sekali

    ReplyDelete
  3. Alamak yer ke...mungkin la kot..sebab makanan segera kan process food...

    ReplyDelete
  4. kena kurangkan makan makanan segera.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.