Apakah zat yang diperlukan oleh bayi berusia 6 bulan?

By Cikla Shahril - August 07, 2017

Bila anak kita sudah masuk umur 6 bulan, semua ibu mesti tercari-cari apakah makanan pertama nak bagi anak makan kan. Betul tak? Macam cikla dulu, since kakak Batriysia sampailah adik Zara memang memula tu bagi makan nestum je. Kalau rajin buat puri. Lepas diaorang dah berumur 7-8 bulan macam tu, cikla dah start bagi diaorang makan nasi lembik. Cuma sekarang ni, cikla macam semangat sikit nak masakkan adik Zara bubur hari-hari. Hehe.

Memang tak dinafikan kadang-kadang cikla sendiri pun macam blur nak bagi adik Zara ni makan apa. Lagipun adik Zara ni jenis kalau makan mudah tercekik. Gigi dah penuh pun, tapi kalau makan tak tau nak kunyah. Terus telan gamaknya. Huhu. Sebenarnya, di usia 6 bulan inilah anak kita memerlukan banyak zat dan nutrien yang penting untuk tumbesaran dia. So, ada 4 jenis zat yang penting untuk mereka. Apakah ia? Jom baca ni.

Apakah zat yang diperlukan oleh bayi berusia 6 bulan?

Kandungan protein dalam makanan yang nak diberi kepada anak mestilah diambil kira. Untuk pengetahuan korang, protein penting kerana dapat membantu memilih arahan dan memperbaiki jaringan tubuh bayi serta mengawal fungsi tubuh oleh enzim. Makanan yang kaya dengan protein adalah ikan salmon, ayam dan daging. Lemak juga penting sebagai pembekal tenaga kepada anak. Ia biasanya didapati dari ikan dan sangat bagus untuk perkembangan mereka. 

Di samping lemak yang memberi sumber tengah, karbohidrat pun penting jugak. Ia merupakan sumber pembekal tenaga yang utama yang mana ia diperolehi dari susu ibu. Selain itu, sumber karbohidrat adalah dari beras putih dan merah. Kalau korang nak tau, hampir semua vitamin dan mineral sangat penting untuk tumbesaran anak. Vitamin A, B, E, K dan D boleh diperolehi dari sayuran seperti tomato, brokoli, labu, bayam dan lain-lain. Selain itu, vitamin dan mineral jugak boleh didapati dari buah seperti mangga, pisang, oren, betik, epal dan sebagainya.

So, sebagai ibu seharusnya kita mestilah bijak dan peka dalam memilih makanan yang berkhasiat untuk anak. Pemilihan yang betul akan menjadikan anak membesar dengan sihat dan bagi cikla apa yang penting kita sudah mula membiasakan mereka dengan makanan yang bagus untuk tumbesaran mereka. Takdelah lepas ni, nak bagi anak makan pun macam nak berperang. Bagi itu taknak, bagi ini pun taknak. Pening kepala mak nak!

Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. my baby tgh sembelit and she is 8months!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sembelit mungkin kurang Minum air. Mcm my baby, selain dari susu Kdg2 saya bg minum air kosong jugak dan jus.

      Delete
  2. Hahaha...saya ibu yg rajin....so sy bg bf je...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada baby mmg xnk mkn sgt. Asyik minum susu je. Tak kiralah bf or susu Botol.

      Delete
  3. btoi btoi. nutrisi perlu cukup untuk perkembangan minda anak. kalau tak cukup nnt ank pun jadik kuruihh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kan Kdg2 ada budak minum susu pun dah gendut tau. Hihi

      Delete
  4. Perkongsian yang bagus CikLa...

    ReplyDelete