Aduh, sakitnya ulser mulut ni. Ada petua macam mana nak merawatnya tak?

By Cikla Shahril - August 14, 2017

Cikla rasa dah hampir dua minggu dah cikla kena ulser mulut ni. Aduh, memang pedih menusuk ke kalbu. Entah kenapa boleh kena ulser ni. Mungkin kesan selepas Cikla minum iodin dua minggu lepas kot, ataupun cikla kurang minum air kosong ke. Mungkin. 

Masalahnya, ulser tu betul-betul timbul dekat depan bibir. Korang bayangkanlah macam mana nak makan. Memang kalau makan masam, panas, pedas rasanya. Wow, pedih. Ngilu semua ada. Itu belum lagi 'tergigit' time makan. Lagilah. Silap-silap boleh menitis air mata.

Ada kawan cikla bagi tau kumur air garam. Dah buat dah hari tu, kurang jugak rasa pedih tu. Cikla ada jugak Google petua macam mana nak merawat ulser ni. Paling tak pun, boleh kurangkan pedih dan denyut-denyut pun dah ok. Lena sikit tidurku. Huhu.

Ada beberapa petua yang boleh dipraktikkan untuk merawat dan mengurangkan rasa sakit akibat ulser mulut. Apa yang penting, petua ni selamat, tak melibatkan bahan berbahaya dan semulajadi. Nak tau? Jom baca ni.

Aduh, sakitnya ulser mulut ni. Ada petua macam mana nak merawatnya tak?
Aduh, sakitnya ulser mulut ni. Ada petua macam mana nak merawatnya tak? Sumber Google. 

  • Berkumur dengan air garam 2 atau 3 kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan rasa tak selesa akibat rasa luka di mulut. Walaupun masa kita berkumur tu kita akan rasa pedih, tapi cara ni dikatakan dapat menyembuhkan ulser mulut dengan cepat. Ini kerana, air garam diakui dapat mengelakkan jangkitan pada mulut. Yang ni memang cikla dah cuba, memang berkesan jugaklah hilangkan rasa pedih tu. Cuma kena rajin buatlah. Baru cepat baik.
  • Letakkan campuran air dan baking soda di tempat yang terkena ulser. Cara ni dikatakan dapat mengurangkan 'diameter' luka akibat ulser tersebut.
  • Kelebihan yang ada pada air kelapa dikatakan dapat menurunkan suhu badan menjadi lebih sejuk. Air kelapa bukan sahaja dapat menstabilkan suhu dan menyembuhkan ulser, malah ia bagus untuk kesihatan jugak. 
  • Kalau yang ni memang cikla pernah try masa kecik-kecik dulu. Ni petua mak cikla jugak. Letak marjerin pada ulser tersebut dan marjerin itu akan cair. Lakukan sekerapnya sampai baik. Cara ni bagus untuk budak-budak sebab tak pedih. 
  • Letakkan madu pada ulser. Ia akan menjadikan ulser semakin mengecut.

Salah satu dari petua di atas memang ada yang cikla cuba sendiri. Alhamdullillah, semakin kurang pedih. Tapi, cikla ingat lagi masa cikla kecik-kecik dulu kalau cikla kena ulser mak cikla ada jugak cakap makan yang pedas-pedas. Nanti ulser cepat hilang.

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. saya sebulan sekali wajib kena. dua atau tiga hari sebelum kena, memang akan pastikan minum air kaw-kaw supaya at least supaya ulser tu tak terbuka luas. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, lepas ni kena amik langkah berjaga-jaga. Hehe

      Delete
  2. Memang pedih kalau ada ulser ni... Boleh2 buat takda mood.. tak selesa dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau xpe. Boleh hilang mood sepanjang hari. Huhu

      Delete
  3. Kalau kena ni, pagi2 nak gosok gigi, pedihnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini lagi satu. Memang time gosok gigi pedih sgt kalau terkena ulser ni. Boleh menangis dibuatnya... Sob Sob..

      Delete
  4. Ulser ni saya telan daun semambu dalam 2 helai

    Alhamdulillah. elok sangat

    ReplyDelete
  5. selalu sangat kena ulcer ni sampai redho dengan kehidupan hahaha

    ReplyDelete
  6. Artikel ni bagus, dapat banyak info. Terima kasih! :D

    - Kabinet Tv
    - Tv Kabinet
    - Cat Bilik Tidur

    ReplyDelete