31 August 2017

KaklongChan.com Merdeka Giveaway!

August 31, 2017 4 Comments
KaklongChan.com Merdeka Giveaway! | Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Nak join, macam biasa klik banner di bawah.

KaklongChan.com Merdeka Giveaway!

KaklongChan.com Merdeka Giveaway!
KaklongChan.com Merdeka Giveaway!

So, giveaway berlangsung sehingga 31 Ogos 2017 dan hanya seorang saja Pemenang dipilih menerima hadiah sebuah beg  ANELLO BANANA BEG berwarna pink. Wow, pink tu. So, apa lagi. Jom join. Mana tau ada rezeki dapat beg.

Good luck korang...

MINI GIVEAWAY BY NADIA.

August 31, 2017 1 Comments
MINI GIVEAWAY BY NADIA. | Assalamualaikum wbt. Korang nak top up free tak? Kalau nak, jom join giveaway ni. Hadiahnya adalah top up. Best kan? So, apa lagi. Nak join kook je banner di bawah.

MINI GIVEAWAY BY NADIA.

MINI GIVEAWAY BY NADIA.
MINI GIVEAWAY BY NADIA.

Syaratnya pun mudahnya. Just follow aje apa yang disuruh oleh penganjur. Tapi, walaupun follow je syaratnya, kena jujur tau. Sebab, penyertaan korang akan disemak. Pemenang akan dipilih menggunakan khidmat random.org. Memang adil dan saksama, kan? 

So, pemenang yang bertuah akan menerima ; 3 pemenang x Topup RM10 dan 4 pemenang x Topup RM5.

Wah, sangat menarik. So, giveaway tamat pada 31 Ogos 2017 dan Pemenang akan diumumkan pada awal bulan September.

Good luck pada yang join.... 

Salam Kemerdekaan yang ke-60.

August 31, 2017 1 Comments
Salam Kemerdekaan yang ke-60. | Assalamualaikum wbt. Tanggal 31 Ogos setiap tahun negara kita Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan negara kita. Sebenarnya, untuk mengecapi nikmat kemerdekaan ini melalui liku-liku dan detik-detik yang sukar. Begitu besar pengorbanan dan usaha orang yang terdahulu untuk mendapatkan negara yang merdeka. Kesusahan mereka, kini menjadi 'nikmat' kepada generasi sekarang.

Masa sekolah dulu, subjek yang paling cikla minat adalah subjek Sejarah. Itu sebab boleh dapat A1 dalam SPM. *hehe bangga sat. Sebenarnya, memang penting kita belajar sejarah ni lebih-lebih lagi sejarah negara kita. Bagi cikla, bila kita belajar Sejarah, secara tak langsung ia akan dapat memupuk semangat cintakan negara. Selain itu, kita juga akan dapat mengetahui susur galur bagaimana kemerdekaan negara kita ini dikecapi. 

Salam Kemerdekaan yang ke-60.
Salam Kemerdekaan yang ke-60. Sumber Google.

Salam Kemerdekaan yang ke-60.

So, cikla nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE-60. Semoga kita akan lebih mengetahui dan menghargai erti kemerdekaan yang sebenarnya. Merdeka bukan hanya pada negara, tapi pada diri kita sendiri jugak. Jangan biarkan orang lain 'menjajah' minda dan diri kita. Tanamkan rasa cinta yang tidak berbelah bagi pada negara. Bersatu mempertahankan kedaulatan negara tak kira warna kulit, bahasa dan bangsa. Kita satu Malaysia!

Negara kita negara berdaulat. Negaraku sehati sejiwa.....

30 August 2017

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...

August 30, 2017 5 Comments
Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya... | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, menjadi seorang isteri bukanlah semudah yang disangka. Bukanlah cikla nak cakap jadi suami ni mudah, tapi di satu sudut lain ada beberapa peranan penting yang mesti dimainkan oleh si isteri demi mewujudkan keluarga yang harmoni dan bahagia. Tak keterlaluan kalau cikla katakan, kebanyakan isteri mempunyai sifat yang suka 'membebel'. Walaupun bukan semua isteri begitu, tapi sifat membebel ni seakan sudah sinonim dengan mereka.

Cikla pulak macam mana? Suka membebel jugak ke? Jawapan cikla, ye. Cikla memang suka membebel. Tapi, bukanlah membebel tak tentu arah pulak. Memang ada masanya cikla suka membebel lebih-lebih lagi kalau ada perkara yang tak kena di hati ini. Cewah...  Kalau rumah bersepah, mainan tak kemas, anak-anak tak dengar cakap memang siaplah diaorang. Sampai berasap kot telinga diaorang dengar bebelan cikla. Hehe...

Sebenarnya, ada sebabnya mengapa perempuan, khasnya para isteri ni membebel. Kadang-kadang, mereka ni membebel bersebab. Bukan saja-saja bebel. Korang nak tau sebab apa? Jom baca ni...

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...

Kenapa isteri suka membebel? Inilah sebabnya...

Ada 9 sebab mengapa isteri suka membebel, iaitu ;

  1. Untuk pengetahuan korang, dalam rumahtangga isteri lebih banyak jadi pengurus. Sebab tu ada yang memanggil mereka 'pengurus rumahtangga' jugak. So, segala peraturan di dalam rumah ditetapkan oleh dia. Contohnya, lepas makan basuh pinggan, lepas mandi sidai towel, kalau mandi baju masuk dalam bakul pakaian kotor, dan sebagainya. So, kalau ada di antara ahli rumah melanggar apa yang diaturnya, maka siap sedialah telinga menadah bebelannya jap lagi... 
  2. Isteri membebel sebab meluahkan perasaannya? Ya, mungkin jugak. Sebab, kebanyakan isteri lebih suka meluahkan apa yang terbuku di hati dengan bebelan daripada melakukan 'kekerasan' fizikal. So, inilah kelebihan mereka mempunyai 'kekuatan' mulut daripada kekuatan fizikal. 
  3. Bebelan jugak kadangkala menunjukkan tanda protes. So, daripada diaorang melakukan 'demonstrasi' di jalan, lebih baik diaorang bebel je. Kadangkala, ia lebih berkesan tau. Hehe... 
  4. Orang perempuan ni kalau dah sayang, memang sayang betul-betul. So, kadang-kadang, mereka membebel sebab terlalu risaukan keselamatan orang yang dia sayang. Contohnya, seorang ibu yang membebel sebab risau anaknya balik lambat. Bukan apa, dia takut apa-apa pun boleh jadi pada anaknya lebih-lebih lagi kalau anaknya seorang perempuan. Pada cikla, ia lebih kepada teguran tegas. 
  5. Membebel tanda amaran. Ada wanita menyembunyikan perasaan marah mereka dengan bebelan. Macam cikla je. Cikla kalau marah memang suka membebel. So, awas ye! 
  6. Haha. Kalau yang ni kelakar. Membebel untuk senaman mulut. So, para suami kalau isteri membebel tu tadah ajelah sebab mereka sedang bersenam. So, lepas ni tak payah susah-susah nak pergi spa bagai. Bebel aje. Settle. Haha.. 
  7. Ada sesetengah isteri tak suka nak suruh-suruh suami tolong dia buat kerja rumah ke apa. Mereka lebih suka membebel, sambil-sambil buat kerja tu. Itu tanda mereka perlukan pertolongan. So, suami yang dengar tu, jangan buat tak faham pulak ye. Ringan-ringankanlah tulang korang tu tolong isteri. 
  8. Dunia sunyi tanpa perempuan? Betul. Sebab, mereka ni golongan yang susah berhenti bercakap. Kebanyakannya lah... Kalau mereka ni dah start membebel, jaga-jaga. Mesti ada benda yang tak kena tu.. 
  9. Membebel itu tanda mereka sihat. Iyelah kan, kalau diaorang senyap je tu, tak sihatlah tu kan. Hehe. Dah sakit kan, manalah ada tenaga nak cakap bebel lama-lama.

So, para suami kena faham bahawa membebel ni adalah salah satu cara isteri korang ni berkomunikasi. Sebaiknya, beri respon pada 'bebelan' isteri korang tu... Insha Allah, harmoni rumah tangga.

Semoga bermanfaat.

Sumber Ruangan Psikologi Perkahwinan.

29 August 2017

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.

August 29, 2017 0 Comments
Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme. | Assalamualaikum wbt. Hipertiroidisme merupakan salah satu dari penyakit tiroid. Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana hormon tiroid (tiroksin) dirembeskan secara berlebihan oleh kelenjar tiroid sehingga menyebabkan 'gangguan' pada tubuh. Untuk pengetahuan korang, walaupun pada umumnya penyakit tiroid ni nampak sama, tapi ia sebenarnya berlainan sama sekali. Begitu jugak dengan rawatannya. Pendek kata, lain penyakit lain cara perawatannya. 

So, kali ni cikla nak share apakah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit hipertiroidisme.

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.

Rawatan untuk penyakit hipertiroidisme.

Secara umumnya, rawatan yang diberi adalah untuk sama ada mengurangkan penghasilan hormon tiroid daripada kelenjar tiroid atau mengurangkan kuantiti hormon tiroid bebas dalam peredaran darah.

Berikut merupakan beberapa cara rawatan untuk penyakit hipertiroidisme, iaitu ;

Ubat carbimazole dan methimazole. 

Carbimazole merupakan ubat anti-tiroid yang biasa digunakan dalam rawatan hipertiroidisme. Manakala, methimazole pula adalah dalam bentuk aktif carbimazole dalam badan. Carbimazole akan bertindak mengurangkan penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid. Biasanya, doktor akan memulakan pesakit dengan dos yang tinggi yang mana ia akan diambil 2 hingga 3 kali sehari bagi tempoh beberapa minggu sampailah hormon tiroid pesakit kembali ke paras normal. Kemudian, pesakit akan diteruskan pula dengan dos pengekalan yang lebih rendah.

Untuk pengetahuan korang, terdapat kesan sampingan biasa yang dikaitkan dengan carbimazole termasuklah ruam kulit, rasa loya, sakit kepala, perubahan sistem gastrousus dan sesetengah pesakit akan mengalami pengurangan sel darah putih. Akan tetapi, keadaan ini akan kembali normal selepas ubat berhenti diambil. Penggunaan ubat carbimazole untuk wanita mengandung pulak perlu diberi perhatian lebih, terutamanya jika pesakit perlu mengambil dos yang tinggi. Kalau perlu, ubat akan di berhenti kan pengambilannya dengan arahan doktor pada hujung kehamilan. Selain itu, carbimazole juga didapati boleh masuk ke dalam kelenjar susu. So, pengambilan carbimazole oleh wanita yang menyusukan anak juga perlu lebih berhati-hati.

Ubat propylthiouracil (PTU). 

Ubat PTU ini bertindak dengan cara yang sama seperti carbimazole dengan kesan tambahan kepada hormon tiroid yang terdapat di bahagian periferi badan. Walau bagaimanapun, disebabkan kesan sampingan ubat ini kepada fungsi hati, penggunaannya dihadkan untuk pesakit yang tidak boleh mengambil carbimazole atau iodin radioaktif sahaja, termasuklah pesakit yang mengandung pada trimester pertama. PTU perlu ditukar kepada carbimazole selepas kandungan memasuki trimester kedua dan ketiga. Kesan sampingan PTU adalah hampir sama dengan carbimazole.

Iodine radioaktif (Iodine - 131). 

Bahan ini mengandungi iodide, iaitu prekursor untuk penghasilan hormon tiroid. Apabila ia diserap masuk ke dalam kelenjar tiroid, iodide akan mengeluarkan sinaran beta dan menyebabkan sel tiroid yang menghasilkan hormon akan musnah. Ia tidak sesuai digunakan untuk pesakit berusia kurang 30 tahun, atau pesakit yang pernah menggunakan ubat anti-tiroid sebelum ini.

Ubat perencat reseptor beta adrenergik (beta blocker). 

Ubat kumpulan ini tidak memberi kesan kepada paras hormon tiroid. Ia hanya membantu dalam mengurangkan simptom hipertirodisme seperti memperlahankan degupan jantung, mengurangkan getaran dan rasa gelisah pesakit dengan merencat reseptor beta adrenergik. Contoh ubat ini yang banyak digunakan ialah propranolol.

Semoga bermanfaat.

Sumber  Facebook page KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, 4 Oktober 2016 melalui group fb TIROID DAN ANDA (ORI).

Jom tarbiah diri kita sebelum tidur.

August 29, 2017 2 Comments
Jom tarbiah diri kita sebelum tidur. | Assalamualaikum wbt. Jom baca perkongsian yang sangat menarik ni. Semoga ia dapat mengetuk sedikit hati kita untuk terus melakukan perubahan yang lebih baik... Insha Allah.

Jom tarbiah diri kita sebelum tidur

Jom tarbiah diri kita sebelum tidur.

Mencaci maki orang lain dengan kata-kata yang kotor tidak akan membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya perbuatan itu ternyata mengotori diri kita sendiri. Ini kerana, kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita. Hanya hati dan fikiran yang kotor akan  mengeluarkan kata-kata yang kotor.

Menghina orang tidak akan membuat orang terhina melainkan perbuatan itu seperti menghina diri sendiri. Ini kerana, hanya hati dan fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan perilaku menghina.

Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri kita dihormati dan hati kita penuh kasih sayang. Ini kerana, hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.

Menguatkan orang dengan kata-kata bijak akan membuat diri kita menjadi kuat dan fikiran kita bijak sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.

Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri kita bahagia dan jiwa kita penuh dengan harapan. Ini kerana, hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.

Sebenarnya, kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan akan membentuk siapa diri kita. Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki dan selanjutnya itu pula  yang akan kita terima. Dosa boleh diampunkan dengan taubat. Dan, pendosa boleh berubah dengan amal kebaikan kerana itulah yang diajar oleh agama kita, Islam iaitu  membenci dosa, bukan pendosa. Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta. Tapi, bila dahi bertemu sejadah akan kita temui kebesaranNya.

Semoga bermanfaat.

Sumber WhatsApp group.

28 August 2017

Alhamdullillah, I'm officially 35th.

August 28, 2017 8 Comments
Alhamdullillah, I'm officially 35th. | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam lambatlah cikla up entry ni kan. Sepatutnya, siang tadi. Haha. Takpelah. Kalau korang nak tau, hari ni merupakan hari yang paling istimewa bagi diri cikla. Hari apa? Today is my bornday. Yeayyy....

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Alhamdullillah kerana cikla masih diberi peluang menikmati hidup ini. Allah masih mengurniakan rezeki sihat pada cikla. Walaupun cikla telah diuji sakit olehNya, cikla percaya mesti ada hikmah disebaliknya. Ujian tanda Allah sayang. Dan Allah tak akan memberikan ujian itu melebihi dari apa yang kita mampu hadapi. Allah lebih mengetahui, apa yang penting bersangka baik...

Alhamdullillah, I'm officially 35th.

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Sepanjang 35 tahun ni, secara  peribadi rasanya macam-macam dah kot cikla lalui. Zaman kanak-kanak yang sangat menyeronokkan, lepas tu zaman remaja yang gila-gila, then zaman belajar sampailah cikla mendirikan rumahtangga dan dah ada anak empat dah pun. Suka duka, semua memori tu memang cikla tak akan lupa. Sentiasa terpahat dalam hati, lebih-lebih kenangan masa bercinta. Hehe...

Pada ahli keluarga dan sahabat yang mengirimkan ucapan dan doa, TERIMA KASIH. Semoga kita semua sentiasa diberi rahmat dan hidayahNya. Amin...

Antara ucapan yang cikla terima.

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Alhamdullillah, I'm officially 35th.
Alhamdullillah, I'm officially 35th. 

Syukur dan terima kasih semua! ❤️❤️❤️

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.

August 28, 2017 12 Comments
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. | Assalamualaikum wbt. Semalam, lepas balik dari kenduri bertunang anak saudara di Semenyih, cikla sekeluarga singgah di EcoForest yang terletak di Broga Hills Semenyih. Memang sebelum ni ada jugak dengar pasal beruang ni. Tapi, belum berkesempatan nak pergi sana tengok. So, kebetulan kiraorang dah memang berada di kawasan tu, rezeki kami sekeluargalah nak tengok beruang comel. Hehe.

Mungkin ada di antara korang yang dah pergi kan, terutamanya yang tinggal di kawasan Broga, Semenyih, Kajang dan sewaktu dengannya. Pendapat cikla, kawasan Kajang, Bangi, Semenyih dah semakin membangun. Dulu, masa cikla belajar di UKM, tak banyak lagi bangunan tinggi-tinggi ni. Sekarang dah bersepah. Merata-rata ada... 

Oklah, jom kita tengok 'kecomelan' beruang yang ada di EcoForest ni.. Jom kita... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Sumber SINI 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. 

Sebenarnya, beruang comel yang banyak ni ada di 1001 Expo We Bare Bears. Ekspo ni bermula dari 12/8 hingga 3/9 ni, tapi Hanya dibuka kepada pengunjung setiap hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Sebelum masuk, kena beratur untuk dapatkan gelang. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Geleng masuk ke kawasan ekspo. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Pintu masuk. Pintu masuk pun dah comel kan. Ehh... 

Nak masuk dalam ni bukan main masuk je. Korang kena dapatkan gelang macam kat dalam gambar tu. Tak payah bayar pun. Totally free of charge. Korang just beratur je kat kaunter yang disediakan. Kalau korang datang satu family, sorang je yang queue untuk dapatkan gelang untuk semua. Tak payah 'satu kampung' nak beratur. Dah dapat gelang, pakailah apa lagi. Hehe... Lepas tu, masuk dalam ikut pintu yang disediakan. Tengok gambar tu... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Selfie dengan giant duck yang comel. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Abang Ammar dah penat tunggu. Kesian budak demam pun nak jalan jugak. 

Sambil-sambil tunggu cik abang beratur untuk dapatkan gelang tu, cikla selfie sat dengan giant duck. Comel kan giant duck tu. Memang sangat besar. Tu anak bujang cikla. Kesian, abang ammar tak berapa sihat sebenarnya. Dia demam. Masa kat sini pun dia macam penat dan letih je. Kalau tak, memang excited tengok bintang yang ada di sini. 

Biarlah gambar yang berbicara...

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Selfie dengan Chirpy Tree. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Join selfie dengan geng beruang yang comel. Panda is the cute one... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.  Adik Zara still payah nak bergambar. Huhu. 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. Tenang yang sangat menarik dengan air pancut di tengah tasik. *time ni adik Zara tido. Hihi. 

Meriahnyalah kan. Kalau korang nak tau, kebanyakan beruang disini adalah daripada belon. Ya.. Belon. Korang tak percaya? Datang sini tengok dan rasainya sendiri. 

Sebenarnya, kawasan ni agak luas jugaklah. Tapi, kami just jalan separuh je sebab abang Ammar dah penat. Bagi cikla, tempat ni sesuai jugak kalau dijadikan tempat untuk berjogging sebab memang ada track untuk orang nak berjogging. Di tengahnya pulak ada tasik dengan pancuran air pancuran yang sangat cantik. Memang tenang dan mendamaikan tempat ni. Itu pun kalau tak crowded dengan oranglah. 

Masa ni kakak Batriysia dengan kakak Damia tak ikut, sebab diaorang tinggal di kampung. Cuti sekolah kan. Ni kalau diaorang tengok, merajuklah tu tak bawa diaorang sama. Hehe... 

Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih.
Banyaknya beruang comel di EcoForest, Broga Hills Semenyih. ECOWORLD GALLERY.

Kak sini jugak ada ECOWORLD GALLERY. Cikla tak pasti apa yang ada di dalamnya sebab cikla tak masuk dalam pun. Just snap dari luar je. Kalau korang nak tau apa yang ada di dalamnya, korang kenalah pergi tau. Minggu ni dah last dah. Sabtu dan Ahad. Bawak anak-anak dan keluarga. Sure, diaorang seronok kat sini. Semalam cikla pergi pun, memang sangat ramai. Parking memang full. Tapi, kalau korang parking kat bawah, nanti ada kenderaan disediakan untuk naik ke atas. So, korang tak payah nak berjalan. Mengah ooo, sebab naik bukit. 

Apa lagi, luangkanlah masa bersama yang tersayang di sini. Apa yang penting, it's FREE

Have fun ya! 

Punca payudara membengkak semasa mengandung.

August 28, 2017 3 Comments
Punca payudara membengkak semasa mengandung. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, kebanyakan ibu mengandung mesti mengalami sakit di bahagian payudara lebih-lebih lagi semua di awal trimester pertama. Ibu mungkin akan mengalami 'kesakitan' itu sehingga 3-4 minggu dalam tempoh mengandung. Payudara akan menjadi lebih sensitif, berdenyut-denyut dan semestinya sakit. Ada sesetengahnya kalau bergesel dengan baju pun dah rasa sangat sakit, apatah lagi kalau disentuh. Tapi jangan risau. Rasa sakit itu akan semakin hilang selepas trimester pertama kerana perubahan tahap hormon akan mula stabil.

Sebenarnya, semasa mengandung kelenjar susu akan bersiap sedia untuk menghasilkan air susu. So, keadaan ini ada kalanya akan menyebabkan kelenjar susu tersumbat, sekaligus membengkak. Ia juga akan mengakibatkan timbulnya benjolan keras, merah dan sakit terutama kalau dipegang. Ibu jangan risau sebab benjolan ini tak bahaya sebab ia akan hilang selepas beberapa hari atau semasa ibu menyusukan anak nanti. Ini merupakan simptom biasa sebab kelenjar susu sedang get ready nak susukan baby nanti.

Punca payudara membengkak semasa mengandung.

Punca payudara membengkak semasa mengandung.

Berikut merupakan mengapa payudara membengkak semasa mengandung, iaitu ;

  • Untuk pengetahuan korang, bagi menyokong pembesaran bayi di dalam kandungan, ibu akan menghasilkan lebih banyak hormon estrogen dan progesteron. Keadaan ini sama semasa ibu datang period. So, rasa sakit yang dialami mungkin sama dengan apa yang ibu rasa sebelum period, malah lebih lagi. 
  • Lapisan lemak akan menebal dan kelenjar susu serta darah akan bertambah. Ini merupakan persediaan payudara untuk menyusukan baby bila baby lahir kelak.
  • Pada awal mengandung, mungkin payudara ibu akan membesar dengan cepat atau mungkin akan terjadi berperingkat-peringkat bila kehamilan meningkat. Tapi, ada jugak ibu yang takde mengalami apa-apa perbezaaan pads payudarannya sehingga melahirkan. 
  • Kalau ibu mengandung kali pertama, saiz payudara  menjadi lebih 'dramatik' dan mungkin akan naik dalam beberapa saiz sehinggalah sampai masa ibu mahu melahirkan. Payudara akan berubah lagi selepas baby lahir. Sesetengah ibu mungkin rasa payudara mereka berdenyut   bila darah mengalir laju ke payudara atau semua melakukan hubungan intim.

Bagi diri cikla, semasa mengandung keempat-empat anak cikla memang cikla ada jugak merasai rasa sakit pada payudara  jugak. Tapi, takdelah rasa terlalu sakit. Cuma masa cikla terpaksa stop breastfeeding adik Zara, memang time tu bengkak sangat dah. Mujurlah, lepas tu dah ok dah sebab cikla kerap pump.

Semoga info ni memberi manfaat...

Sumber Ruangan Catatan Kehamilan.

27 August 2017

Hujung minggu yang sibuk, attend dua majlis yang sangat meriah.

August 27, 2017 0 Comments
Hujung minggu yang sibuk, attend dua majlis yang sangat meriah. |  Assalamualaikum wbt. Hujung minggu ni (semalam dan hari ni), cikla super duper penat. Semalam majlis penikahan adik sepupu cikla. Hari ni majlis pertunangan anak saudara pulak. Huish, memang penat. Cikla balik kampung Jumaat tu. Then, nikahnya sabtu. So, pergilah untuk meramaikan. Sepatutnya, hari ni majlis sanding. Cikla tak dapat join pun sebab pergi majlis tunang anak saudara pulak. Adil kan. Hihi. Apa yang penting, semuanya dah selamat. Sorang dapat isteri, sorang lagi dapat tunang. 

So, cikla nak share dengan korang 'kemeriahan' majlis-majlis tu. Jom cuci mata... 

Hujung minggu yang sibuk, attend dua majlis yang sangat meriah. Majlis penikahan adik sepupu. 

Hujung minggu yang sibuk, attend dua majlis yang sangat meriah. Majlis pertunangan anak saudara. 

Pada keduanya (adik sepupu cikla dengan anak saudara), cikla ucapkan 'selamat pengantin baru' dan 'selamat bertunang'. Selamat memikul tanggungjawab yang berat ni dengan jujur dan sabar.

Oklah, itu je nak cerita..

25 August 2017

Menariknya hasil kraf daripada tempurung kelapa ni.

August 25, 2017 4 Comments
Menariknya hasil kraf daripada tempurung kelapa ni. | Assalamualaikum wbt.  Memang betullah gelaran 'pokok seribu guna' yang diberikan kepada sebatang pokok kelapa. Boleh dikatakan semua bahagian pokok kelapa ni ada gunanya. Daun kita boleh buat ketupat. Buah kelapa muda, airnya sangat sedap diminum sejuk. Kalau kelapa tua pulak, santannya berguna dalam masakan. Batangnya pulak, boleh buat jambatan. Tempurung kelapa dan sabutnya pulak boleh dijadikan kraftangan. Itu belum lagi, umbutnya. Sangat sedap dimasak gulai lemak dengan udang. Wah.. Sedap tu kan...

So, cikla nak cerita pasal tempurung kelapa. Setahu cikla, kalau tempurung kelapa ni orang buat kraftangan je. Tak pernah pulak cikla dengar orang buat benda lain selain dari itu. Korang nak tengok tak hasil kraftangan dari tempurung kelapa yang cantik? Jom tengok ni...

Cantik kan?

Sumber Art and Craft Ideas.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.