Tips mudah menyimpan makanan dalam peti sejuk.

By Cikla Shahril - July 14, 2017

Kemunculan peti sejuk dipercayai sudah bermula sebelum dari tahun 1915 lagi, malah ia sudah mengalami inovasi (dibina lengkap oleh Alfred Mellowes) dari pencipta sebelum ni. 

Penggunaan peti sejuk ini telah digunakan dengan meluas secara domestik sebagai salah satu cara untuk menyimpan makanan sekaligus menjaga makanan supaya tak mudah rosak

Sebenarnya, penyimpanan makanan dalam peti sejuk dapat membantu mengurangkan risiko makanan cepat basi, rosak dan tercemar.

Untuk pengetahuan korang, peti sejuk di terbahagi kepada dua bahagia utama iaitu ruang pendingin dan ruang sejuk beku.

Ada beza tau kedua-dua ruangan tersebut sebagai ia mempunyai fungsinya yang tersendiri. Tapi, tak dinafikan ada orang yang suka mencampuradukkan makanan di kedua-dua ruangan tersebut, bak kata orang 'sumbat selagi muat'. Huhu. 

Salah sebenarnya cara camtu. Kalau korang nak tau, suhu sejuk yang dipunyai oleh peti sejuk tu tak akan dapat membunuh bakteria tapi dia hanya dapat menghalang bakteria tersebut dari membiak dengan cepat. 

So, risiko makanan rosak tetap akan ads walaupun makanan tersebut kita letak diruangan beku sekalipun.

Tips mudah menyimpan makanan dalam peti sejuk.
Tips mudah menyimpan makanan dalam peti sejuk. Sumber Google. 

Ada lapan tips mudah bagaimana nak menyimpan makanan di dalam ruangan pendingin dalam peti sejuk. 

Tips pertama,  pastikan korang menyimpan yang korang nak simpan dalam peti sejuk tu korang letak dulu di dalam bekas atau beg plastik bertutup, kemudian korang bungkus lagi bekas tersebut dengan plastik nipis atau kertas aluminium supaya makanan tersebut tak mudah kering, tersenarainya, mengalami perubahan bau atau tumpah.

Tips kedua, pastikan korang menyimpan makanan yang sudah siap di masak tu di bahagian atas, manakala makanan mentah di bahagian bawah sebab ia dapat mengelakkan pencemaran dari berlaku. Kalau korang nak tau, bahan mentah selalunya mengandungi kuman atau bakteria boleh mencemari makanan yang sudah di masak.

Tips ketiga, pastikan sayuran di simpan ruangan sayur-sayuran dan ia dibungkus dengan menggunakan beg plastik yang berlubang supaya kehilangan air dapat dielakkan seterusnya memudahkan peredaran udara berlaku. So, sayur tak akan mudah layu dan lembik. Segar fresh gitu.

Tips keempat, sebaiknya korang menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran secara berasingan sebab kedua-dua akan membebaskan gas ethylene di dalam peti sejuk. Gas ini akan meningkatkan risiko makanan yang disimpan bersama rosak.

Tips kelima, pastikan korang menyejukkan makanan yang telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk sebab ia mampu menghalang kelembapan meningkat seterusnya dapat menjadikan suhu peti sejuk kekal.

Tips keenam, elakkan dari menyimpan makanan dalam tin yang sudah dibuka atau digunakan dalam peti sejuk, sebab kalau korang nak tau kandungan di dalam tin tersebut akan berinteraksi dengan logam tin bila terdedah ke udara.

Tips ketujuh, jangan menyimpan daging atau ikan lebih dari tiga hari di dalam peti sejuk sebab semakin lama ia disimpan semakin tinggi kandungan protein dan kelembapan yang tinggi di dalam makanan tersebut akan menjadikan kuman dan bateria galak membuat seterusnya menyebabkan makanan cepat rosak.

Tips kelapan, pastikan makanan yang dimasak tak disimpan lebih dari tiga hari di dalam peti sejuk.

Tips mudah menyimpan makanan dalam peti sejuk.
Tips mudah menyimpan makanan dalam peti sejuk. Sumber Google. 

Selain dari tips untuk menyimpan makanan di ruangan dingin, ada jugak tips mudah untuk menyimpan makanan di ruangan sejuk beku pulak.

Tips pertama, pastikan daging dan ikan disimpan di dalam plastik atau bekas kedap udara terlebih dahulu sebelum disimpan sebab penggunaan bekas tersebut dapat menghalang kelembapan hilang  selain dapat mengelakkan makanan lain tercemar dengan baunya.

Tips kedua, sebaiknya ayam, daging  dan ikan dipotong mengikut saiz hidangan yang korang nak sebelum dibungkus dan dibekukan.

Tips ketiga, makanan yang hendak disimpan itu dibungkus dengan plastik sejuk beku atau bekas plastik.

Tips keempat, daging, ikan dan ayam sebaiknya dibasuh dengan sempurna sebelum ia disimpan dalam ruang ini secepatnya untuk mengelakkan kerosakan.

Tips kelima, korang kena ingat sayur-sayuran dan buah-buahan tak boleh disimpan di ruangan sejuk beku sebab suhu di ruangan ini di set pada tahap beku. Suhu sebegini akan menjadikan tisu sayur-sayuran dan buah-buahan cepat rosak.

Tips keenam, begitu jugak dengan makanan dalam tin TAK BOLEH disimpan di ruangan sejuk beku sebab kandungan makanan di dalam tin ni akan mengembang pada suhu beku  seterusnya ia akan menyebabkan tin tersebut rosak.

Apa yang korang kena ingat, pastikan korang meletakkan peti sejuk korang tu di tempat yang mempunyai aliran udara yang baik serta ia jauh dari sumber haba dan matahari.

Julat suhu jugak sebaiknya dipastikan berada pada julat suhu -4°C untuk ruangan pendingin dan julat suhu -18°C hingga 0°C untuk ruangan sejuk beku.

Selain itu, elakkan dari 'menyumbat'  segala jenis macam makanan di dalam peti sejuk sebab keadaan yang terlalu padat ini akan menyebabkan udara sejuk tak boleh beredar dengan baik di dalamnya. 

Kebersihan peti sejuk jugak penting, so sebaliknya korang cucilah peti sejuk korang tu every week menggunakan bahan kimia khas supaya bau busuk, kotoran dan kulat dapat dinyahkan.

Petua yang sangat penting yang korang kena ingat adalah, JANGAN bukak tutup bukak tutup peti sejuk selalu dan JANGAN korang biarkan pintu peti sejuk korang tu terbukak lama sangat sebab ia akan menyebabkan udara panas dari luar akan masuk ke dalam peti sejuk, manakala udara sejuk pulak keluar. 

So, keadaan  ini akan menjadikan suhu peti sejuk korang meningkat dan peti sejuk korang akan cepat rosak. Sayang kan. 

Semoga bermanfaat.

Sumber Harian Metro.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. terima kasih kongsi tips ini

    ReplyDelete
  2. perlu tau ni.
    very basic.
    utk kesihatan. makanan yg baik penyumbang kpd kesihatan yg cemerlang.

    ReplyDelete