Kebaikan minum teh hijau yang mungkin korang tak tau.

By Cikla Shahril - July 15, 2017

Siapa peminat teh hijau? Dalam keluarga cikla, suami cikla memang peminat setia teh yang sangat berkhasiat ini. 

Cikla dulu memang tak berapa suka dengan teh hijau ni sebab rasanya yang macam kelat-kelat sikit lebih-lebih lagi kalau kita minum yang kurang manis punya. Tapi, lately, macam dah tersuka pulak. 

Lagipun, di pasaran sekarang bukan ada teh hijau yang memang pure, tapi ada jugak yang turut dicampurkan dengan bahan lain seperti lemon, pear, apple dan jasmine sebagai penambah rasa dan aroma. Sedap kan. 

Kebaikan minum teh hijau yang mungkin korang tak tau.
Kebaikan minum teh hijau yang mungkin korang tak tau. Sumber Google. 

Rasanya sebelum ni cikla ada share pasal teh hijau ni. Untuk pengetahuan korang, teh hijau ni berasal dari tanaman Camellia Sinensis yang mana ia sangat dikenali sebagai pengganti kepada kopi dan teh hitam. 

Kandungan yang ada di dalam teh hijau adalah sangat menyihatkan sebab ia mengandungi antioksidan yang dikenali sebagai polifenol dan rendah kandungan kafeinnya.

Kalau korang nak tau jugak, antioksidan ini berfungsi memberi kesihatan tubuh yang baik, membantu membantutkan pertumbuhan sel jahat (kanser). 

Selain itu, teh hijau jugak mengandungi flavonoid yang lebih tinggi dari teh biasa serta bersikap anti karsinogenik. 

Sebenarnya, ada sebab mengapa kita sangat disuruh dan disaran supaya memilih teh hijau, antaranya; 

  1. Teh hijau merupakan sumber yang kaya dengan antioksidan. 
  2. Teh hijau dapat membantu membakar lemak dan membolehkan kita bersenam dengan lebih lama kerana membantu memberi tenaga jugak. 
  3. Teh hijau jugak boleh mengurangkan stress dan boosts brain powers. 
  4. Teh hijau boleh menurunkan tekanan darah tinggi. 
  5. Teh hijau dapat melindungi paru-paru kita dari kesan asap rokok. 
  6. Teh hijau memelihara gigi kita supaya tak mudah rosak dan menyegarkan nafas kita jugak. 
  7. Teh hijau jugak dapat membantu membina tulang. 
  8. Teh hijau jugak boleh meningkatkan imunsasi badan kita menentang penyakit. 
  9. Teh hijau rehydrate badan kita better than water. 

11 kebaikan minum teh hijau yang mungkin korang tak tau.
11 kebaikan minum teh hijau yang mungkin korang tak tau. 

Apa kata lepas ni jom kita jadikan teh hijau ni salah satu dari menu diet kita untuk lebih sihat. Jom kita sihat sama-sama.

Sumber SINI 

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Even sekarang ni coklat pun dah ada perisa green tea. Tapi still cannot go lagi dengan green tea ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah. Cikla pernah makan dulu. Kalau tak silap brand KitKat kan.

      Delete
  2. kc kalau tak period, memang minum green tea ni every night hehehe.

    ReplyDelete
  3. dulu saya pun tak suka teh hijau sebab rasanya yang kelat , pernah beli teh hijau pahit sangat sekali hirup je lepas tu buang , since 2015 saya try teh hijau jenama ahmad tea , sesuai dengan tekak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Green tea mmg rasa mcm tu. Kita kena pandai sesuaikan dgn tekak. Cthnya, tambah lemon ke, jasmine ke. Sedap sikit. Hilangkan sikit kelatnya..

      Delete
  4. Nice sharing cikLa... yang pahit itu ubat...

    ReplyDelete