31 July 2017

Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri.

July 31, 2017 1 Comments
Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik manis, Siti Saleha ni kan. Cikla pun minat jugak dengan lakonan dia ni since dia berlakon dalam drama popular, '7 hari mencintaiku' tu. Kepada mereka yang selalu mengikuti perkembangan aktress cantik ni, mesti dah tau yang dia telah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada November tahun lepas. 

Orang cakap bertunang lama-lama pun tak elok kan. Banyak dugaan kata orang. Darah manislah katakan. So, pada Jumaat lepas dia telah selamat bergelar isteri kepada Ahmad Lutfi Azhar. Syukur alhamdullillah, semuanya berjalan lancar. Dah ramai dah kan artis yang mendirikan tangga. Baguslah macam tu. Orang cakap jodoh dah sampai. Lagipun, perkara baik dan urusan 'membina masjid' ni tak elok dilengah-lengahkan. Lagi cepat, lagi bagus. Betul tak? 

Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri. 


Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri.
Pelakon cantik, Siti Saleha telah selamat bergelar isteri. Sumber ASTRO Gempak. 

Akad nikah telah berlangsung di TPC Kuala Lumpur, Bukit Kiara dengan sekali lafaz dan telah dihadiri oleh keluarga kedua mempelai dan sahabat rapat. Siti Saleha menerima mas kahwin RM500 dan 7 diulang hantaran dari pihak lelaki dan dibalas 9 dulang hantaran dari pihaknya. Kalau korang nak tau, Siti Saleha dan pasangan memilih untuk tak menerima penajaan kecuali ada beberapa barangan hantaran dari kenalan terdekat sahaja.

Cikla doakan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua pengantin. Semoga tabah dan sabar  menjalani bahtera perkahwinan. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin...


Sumber Harian Metro.

30 July 2017

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).

July 30, 2017 5 Comments
Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI). | Assalamualaikum wbt. Walaupun cikla sudah pun habis kuarantin untuk rawatan radioiodin (RAI) pada hari Isnin lepas, tapi cikla still nak berkongsi sikit mengenai pengalaman cikla minum iodin-131 ni untuk kali pertama sebab ramai yang tanya cikla apa kesan pada diri cikla selepas minum 'air mahal' ni. Sekarang ni baru berkesempatan nak menulis pasal ni. Al-maklumlah, supermom lah katakan. Busy sokmo. Haha... Oklah, jom kita mulakan...

Sebelum tu, pada yang tak mengikut kisah cikla si pesakit tiroid ni sebelum ni, korang boleh je klik label KISAH AKU DAN BLOG, then klik kisah aku dan tiroid. Kalau situ semua kisah cikla since kena sakit ni sampailah cikla menjalani rawatan radioiodin (RAI) ni. Oh ye, cikla buat rawatan ni di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya. Bayaran untuk rawatan ni adalah Rm300 sekali rawatan.

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).


Cikla percaya, mungkin orang yang pertama kali menjalani rawatan radioiodin (RAI)  macam cikla ni sudah tentu rasa takut dan gementar, lebih-lebih lagi bila cikla membaca dan mendengar orang 'bercerita' tentang kesan yang sangat dashyat dan menakutkan pasal rawatan ni. Mana taknya, minum benda yang beradioaktif dan kesannya nanti akan menjadikan badan kita beradiasi, siapa aje yang tak takut kan. Betul tak? Memang bohonglah kalau cikla cakap tak risau dan 'kecut perut'... Takut jugak wehhhh... Pertama kali kot. Tapi, itulah. Nak tak tak kita kena hadapinya jugak. Kena kuatkan semangat, semuanya demi kesihatan kita jugak kan dan semuanya demi yang tersayang.

Sejujurnya, apa yang cikla nak share ni adalah kesan pada diri cikla sendiri tau, sebab mungkin kesan pada orang lain tak sama. Di samping itu, cikla ada jugak bertanya pada kawan-kawan yang buat whole body scan (wbs) dengan cikla masa di hospital hari tu. Kebanyakan dari mereka, rata-rata cakap mereka mengalami kesan yang sama dengan cikla. 

Untuk pengetahuan korang, cikla minum iodin-131 untuk kanser tiroid, dan untuk pertama kali ni cikla  sendiri minum iodin-131 ni untuk dos 100 mci. Yang lain, cikla tanya ada yang minum 120 mci, 150 mci pun ada. Doktor cakap, biasanya untuk kanser tiroid, bagi  yang pertama kali minum akan diberi dos yang tinggi. Untuk rawatan iaitu penentuan dos yang seterusnya (jika perlu), adalah bergantung kepada keputusan whole body scan (wbs) sebelumnya.

So, selepas minum iodin-131 ni, since hari pertama cikla minum;

Rasa iodin-131 tu memang takde rasa, takde bau. Tasteless bak kata orang putih. Masa minum memang sekali sedut je, lepas habis sedutan pertama, nanti tukang yang bagi minum tu akan tambah air kosong dalam bekas yang kita minum tu, dan kita sedut  sampai habis. Tapi, kena ingat masa minum tu, jangan sentuh pun bekas tu. Just, tunduk dan minum guna straw yang disediakan. Selepas minum, masuk terus dalam bilik dan tempoh kuarantin pun bermula. Cikla disuruh berpuasa sejam selepas minum iodin-131 tu dan selepas sejam baru boleh makan dan minum macam biasa. 

Alhamdullillah, selepas minum iodin-131 tu, cikla tak rasa panas, bahang atau mengalami kesan yang teruk. Cuma, kadang-kadang dikawasan leher/tempat operate dan kawasan kelenjar air liur ada  rasa berdenyut. Tapi, takdelah berdenyut sampai kita rasa tak tahan sangat. Still boleh tahan, dan rasa denyut-denyut tu pun bukannya berterusan. Denyut-denyut manja gitu. Kalau korang dah tak tahan sangat, korang boleh mintak panadol dengan nurse. Nurse dekat IKN ni ok dan friendly. Lepas tu, cikla tak mengalami bengkak, sebab doktor cakap sesetengah orang mungkin mengalami bengkak selepas minum. Kalau ada yang bengkak pun, doktor cakap itu normal je, dan selepas 2-3 hari dia akan ok balik. Tapi, biasanya memang takde bengkak pun. 

Deria rasa ok je dan makan minum ok. Cuma kadang-kadang rasa loya mual, itu pun normal. Tapi, takdelah sampai muntah. Pening pun takde. Masa kat dalam ward boleh buat senaman ringan sikit-sikit, buat stretching... Cuma, selepas kuarantin pulak bahagian lidah dengan lelangit cikla rasa macam kebas. Macam orang baru lepas makan sup panas tu. Memula tu risau juga. Takkan dah lama baru nak timbul kesannya kan. So, cikla ada jugak tanya kawan-kawan yang dah minum. Kata mereka, itu pun normal jugak, dan diaorang cakap a few weeks jugaklah baru ok. Bertabahlah... Patutlah cikla masak asyik rasa tawar je. Padahal dah letak banyak garam. Mujur pak mertua tak complaint. Huhu.

Apa yang penting lepas minum iodin-131 tu, kita kena banyak minum air sebab kita akan selalu buang air kecil, so that radiasi akan cepat turun. Kita jugak sangat disarankan untuk buang air besar  sekerap yang boleh, mandi sekerap yang boleh, dan masa mandi basahkan rambut. Selain tu, korang kena makan yang masam-masam untuk aktifkan kelenjar air liur dan minum jus yg masam-masam. Makanan tu semua korang boleh bawak dari rumah.

Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI).
Pengalaman kali pertama minum radioiodin (RAI). Whole body scan (wbs)  procedures. Sumber Google. 

Selepas 5 hari minum iodin-131 tu, masa hari ke-5, cikla disuruh buat whole body scan (wbs) untuk mengesan sama ada masih ada lagi sel-sel jahat yang tertinggal dan nak lihat sejauh mana iodin-131 yang kita minum tu bertindak membanteras sel-sel jahat tu semua. Mesin scan untuk whole body scan (wbs) tu lebih kurang macam kat dalam gambar di atas tu.  Masa kita buat whole body scan (wbs) tu pun, kita just baring masuk dalam scan machine tu. Pejam mata, tenangkan hati. Tak sakit pun. Kalau khusyuk, silap-silap haribulan boleh terlena kat dalam tu.

Pendek kata, semuanya oklah. So, pada yang belum buat rawatan radioiodin (RAI) dan yang nak buat rawatan ni, jangan takut. Walaupun kesannya tak sama pada setiap orang, tapi tak salah kalau  kita ambil yang positif supaya kita lebih bersedia dan apa yang penting rasa gementar serta takut boleh di atasi.  Be positive to be a positive!

Oh ye lupa pulak. Selepas stay di ward untuk 5 hari, cikla kena sambung kuarantin 3 hari di rumah untuk complete kan 8 hari tempoh kuarantin sepenuhnya. So, semasa menjalani tempoh kuarantin di rumah, langkah keselamatan sama seperti kita kuarantin di ward. Ikut apa yang doktor suruh, jangan terlalu 'mendedahkan' diri kita pada orang lain sebab mungkin saki baki radiasi masih ada pada kita. Iodin-131 ni beri kesan baik pada kita yang sakit, tapi beri kesan buruk pada orang yang sihat. Kesiankan, tak pasal-pasal memudaratkan pulak mereka kan... Kata sayang... Kalau sayang kenalah patuhi arahan. Ye tak? 

Lupa pulak nak cerita, result scan alhamdullillah ok. Walaupun masih ada lagi sisa-sisa sel jahat yang tinggal, tapi saiznya sangat kecil. So, cikla kena buat next rawatan yang sama 6 bulan lagi tapi untuk dos yang lebih rendah iaitu 10 mci. Tapi, masa tu cikla kuarantin di rumah je sebab dos rendah. Tapi, tempoh kuarantin tetap sama 8 hari dan langkah keselamatan selepas minum pun sama seperti sebelum ni. Walau apa pun, syukur alhamdullillah. Semoga cikla bebas dari sel-sel jahat ni. Amin... Doakan cikla ye...

Semoga pengalaman cikla ni menjadi sumber inspirasi dan penguat semangat pada orang lain yang mungkin akan melaluinya. Apa yang penting, 'positif, positif, positif' ...

Keep strong and fighting... Stay positive... ❤️❤️❤️

I'm a survivor! 

29 July 2017

Sama... tapi tak serupa...

July 29, 2017 2 Comments
Sama... tapi tak serupa... | Assalamualaikum wbt. Korang, korang tau tak drama terbaru dekat TV3 tajuknya Miss Kapten Cikgu Waiz tu? Hero drama tu, ala yang melakukan watak cikgu Waiz tu, pelakon Erwin Dawson tu ada iras-iras adik cikla yang ketiga tu. Kenapa? Tak percaya? Cuba korang tengok gambar kat bawah tu...

Sama... tapi tak serupa...


Sama... tapi tak serupa...
Sama... tapi tak serupa...

Macam mana? Sama tak, sama tak? Hehe. Siapa pulak si Erwin Dawson ni? Jom baca sedikit biodata pasal beliau.

Biodata pelakon Erwin Dawson.


Nama Komersial :  Erwin Dawson. 
Nama Sebenar : Mohamed Erwin Shah Evan Dawson. 
Tarikh lahir11 Mei 1989. 
Asal : Singapura. 
Keturunan : Melayu dan New Zealand. 
Pencapaian yang diperolehi :  Pemenang Anugerah Skrin 2010 Anjuran Mediacorp Suria. 
KerjayaPelakon, Model, Penyanyi, Hos. 
Drama : Bencinta, (Tetangga, Maya, Anak Metropolitan, Tuan Haji, Bukalah Pintu Hatimu dan Remy & Jin Hee. - Singapura), Isteri Separuh Masa, Pesona Kasih, Sekilas Cinta, Warna Cinta Impian, Di Luar Garisan, 9 Nyawa dan Dunia Generasi Baru
TelefilemAku Tunggu Kau Ni. 
Filem : Warna Cinta Impian, Cinta Kura Kura. 
Media Sosial : Instagram (https://instagram.com/erwin_dawson), Facebook (https://www.facebook.com/erwinshahdawsonofficialfanpage),  Twitter (@Erwin_Dawson).



Sumber SINI

28 July 2017

Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan?

July 28, 2017 10 Comments
Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan? | Assalamualaikum wbt. Dalam akhbar Kosmo hari ni cikla ada terbaca mengenai sebuah lori yang membawa muatan beras tergolek di atas jalan raya di Sungai Burung, Tanjung Karang, Selangor. Berikutan kejadian itu, muatan beras yang dibawa tumpah di atas jalan raya. Apa yang dikesalkan, ia umpama 'pesta' bagi penduduk di sekitar kawasan tersebut mengutip beras yang tumpah tanpa rasa bersalah pun walaupun pihak berkuasa dan pemandu lori berkenaan bertindak menghalang perbuatan tersebut. Paling memalukan, ada yang siap bawak lori lain untuk 'ambil' beras tersebut... Amboi...

Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan?
Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan? Sumber Google. 

Apa sebenarnya 'hukum' berbuat demikian ye? Jom baca apa yang cikla nak share ni sebab bagi cikla ni penting untuk diketahui. Bukan apa, beras yang diambil tanpa kebenaran sudah jelas salah. Tak keterlaluan jugak cikla umpamakan macam mencuri. So, jom baca dan cuba hadamkan ok.

Apa hukum kutip barang atas jalan disebabkan kemalangan?


Ada dua pendapat yang membincangkan pasal isu ni, iaitu ;

  1. Menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata ia adalah haram. Katanya lagi, orang yang mengambilnya (kes beras tumpah) tu mestilah memulangkan semula semua barangan yang diambil, bayar ganti rugi atau meminta maaf kepada tuan empunya barang yang diambil tu. Dalam kejadian tersebut, kemalangan yang berlaku adalah tanpa disengajakan, so ia bukanlah kes pembaziran. Ia adalah haram, malah perbuatan tersebut turut dihalang oleh pemandu lori terbabit. 
  2. Menurut Datuk Mohd Kazim Elias, seorang penceramah bebas pula orang ramai tak patut melakukan perbuatan tersebut lebih-lebih lagi ketika orang lain ditimpa musibah. Sudah tentu pihak pengurusan syarikat tersebut mempunyai lori lain untuk mengambil beras yang tertumpah itu. So, orang ramai sepatutnya bantu 'meringankan' beban pemandu tersebut, bukan sebaliknya.

So, sudah jelas kan. Kesimpulannya, kita tak boleh dan dilarang mengambil 'hak' orang lain lebih-lebih lagi kalau tuan punya sudah terang-terang melarangnya... 

Wallahua'lam...

26 July 2017

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul.

July 26, 2017 12 Comments
Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul. | Assalamualaikum wbt. Peminat coklat jangan lepaskan peluang join giveaway ni. Hadiahnya sudah tentulah coklat kan... Apa lagi, nak join klik je banner kat bawah tu.

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul.
Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul. 

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul. 


Syaratnya pun mudah yang amat... 

  •  Follow Blog Sii Nurul dan Diary Nie's Gallery 
  •  Like FbPage Sii Nurul
  • Buat entry yang bertajuk "Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul"
  • Letak gambar banner kat atas dalam entry post korang dan backlink ke entry post giveaway. 
  • Tinggalkan URL entry post korang kat ruang komen di blog penganjur. 

Giveaway berlangsung dari 25 Julai 2017 hingga 15 Ogos 2017. 3 orang pemenang dipilih menggunakan khidmat random.org dan akan diumumkan pada 20 Ogos 2017. 

So, apa lagi. Jom join.  Mana tau ada rezeki dapat coklat.  Sedap tu... 

All the best pada yang join...  Good luck semua dan untuk diri cikla jugak.. Hihi... 

24 July 2017

Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu!

July 24, 2017 12 Comments
Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu! | Assalamualaikum wbt. Sememangnya, penjagaan bahagian intim tersangatlah penting untuk diberi perhatian. Walaupun, tak ramai yang suka membincangkan hal ni mungkin disebabkan segan dan malu hakikatnya ia amat penting. Lagipun, adalah agak susah untuk mengenal pasti kalau ada masalah yang timbul dek kerana ia lebih 'tersorok'. So, mungkin kadang-kadang kita tak perasan pun yang 'bahagian intim'  kita mengalami perubahan atau masalah. 

Zaman sekarang ni, penyakit macam-macam. Kalau korang memandang hal penjagaan bahagian intim ni terutamanya sebagai hal yang kecik, sememangnya korang salah. Orang cakap, cegah sebelum kena. Betul tak? Kalau diikutkan, langkah penjagaannya bukannya susah sangat. Apa kata korang baca perkongsian yang sangat bermanfaat ni... Jom baca; 

Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu!

Wanita wajib baca ni : Jagalah kebersihan bahagian intimmu!


Ada 7 langkah mudah macam mana nak menjaga kebersihan bahagian intim kita, iaitu;

  1. Kalau korang membuang air kecil atau besar, jangan bersihkan guna tisu basah. (mungkin ada sesetengahnya yang macam tu kot). Gunakan air bersih sebab penggunaan tisu basah ditakuti tak bersih dan boleh menyebabkan jangkitan kuman berlaku. Tapi cikla rasa, kita sebagai orang Islam pun memang tak digalakkan bersugi macam tu kan kecuali kalau betul-betul tak air tu lainlah cerita kan. 
  2. Semasa mencuci bahagian intim, jangan guna sabun mandi sebab penggunaan sabun mandi boleh mengakibatkan kulit di situ mengalami masalah dehidrasi dan kering. Nanti tak pasal-pasal kena iritasi pulak. 
  3. Kalau korang tengah datang bulan, sebaiknya tukar tuala wanita paling kurang 4 jam setelah digunakan sebab ia boleh mengelakkan jangkitan kuman. Itu yang paling baiklah lebih-lebih lagi masa hari permulaan korang datang bulan. 
  4. Kalau korang yang dah kawin pulak, sebaiknya korang mencuci bahagian intim korang sebelum dan selepas korang bersama suami. Jangan lupa buang air kecil sekali lebih kurang setengah jam selepas 'bersama' sebab ia boleh mengurangkan risiko pundi kencing dijangkiti kuman. Ingat, yang dah kawin aje tau! 
  5. Jangan menjirus air direct dari paip (menggunakan getah paip) terus ke dalam faraj sebab perbuatan ni akan menyebabkan sejenis bakteria dikenali sebagai loctobacili tersingkir dan faraj akan lebih terdedah kepada bahan kimia. Untuk lebih detail mengenai bakteria ni, korang boleh Google je ye. 
  6. Sentiasa alert dengan perubahan yang berlaku pada bahagian intim korang. Kalau korang perasan ada yang tak kena seperti keputihan melampau atau iritasi dan sebagainya, cepat-cepat dapatkan rawatan doktor tau. 
  7. Korang jangan berkongsi alat pencukur dengan orang lain sebab berkongsi pencukur boleh menyebabkan jangkitan penyakit yang mungkin boleh berjangkit dari orang tersebut. Kita tak tau kan...

Tips ekstra petua tradisional untuk menjaga bahagian intimmu!


Walaupun banyak je produk di pasaran yang boleh membantu dalam penjagaan bahagian intim, cikla lagi prefer kepada cara alami dan tradisional sebab bagi cikla ia lebih selamat dan semulajadi. Nak tau? Ini dia;

  • Pucuk pegaga untuk merawat masalah keputihan; Cuci pucuk pegaga dengan akarnya sampai bersih. Kemudian, rebus pegaga dengan 2 gelas air kosong dan sedikit garam. Rebus sampai masak, biarkan sejuk sebelum ditapis. Minum air rebusan tersebut 2 kali sehari. 
  • Daun sirih untuk mencuci bahagian intim; Ramas 12 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dalam 1 liter air kosong. Selepas diramas, tapis air tersebut dan gunakan air tersebut untuk mencuci bahagian intimmu. 
  • Daun kaduk untuk merawat rasa gatal dan keputihan pada bahagian intim; Rebus beberapa helai daun kaduk yang telah tua dan sejukkan dulu air rebusan tersebut sebelum ia digunakan untuk mencuci bahagian intim.

Sayangilah 'mahkota' kita yang satu ini. Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Seksologi.

Masalah kulit muka, apa puncanya?

July 24, 2017 14 Comments
Masalah kulit muka, apa puncanya? | Assalamualaikum wbt. Rasanya sebelum ni cikla ada share pasal ni dekat entri lepas. Kali ni cikla nak share lagi dan tambah beberapa sebab kenapa agaknya sesetengah orang masih lagi berhadapan dengan masalah kulit muka walaupun sudah melakukan rutin penjagaan tanpa miss. Di mana silapnya ye, sebab cikla tahu semua orang akan mencuci muka mereka setiap hari walaupun ada sesetengah melakukannya dengan cara yang paling basic. Betul tak? 

Cikla bercakap bukanlah cikla pakar dalam hal-hal penjagaan wajah ni secara mendalam, tapi mungkin ada sesetengah perkara basic yang kita rasa macam tak penting sebenarnya penting untuk kita ambil kisah. Bukan apa, nanti disebabkan rutin kita yang selalu kita buat ni rupanya itulah penyebab kepada 'masalah' yang kita hadapi selama ni. Jom baca selanjutnya... 

Masalah kulit muka, apa puncanya?

Masalah kulit muka, apa puncanya?


Menurut info yang cikla baca dari Ruangan Sekilas Cantik, Majalah Wanita ada 10 'kesalahan' yang mungkin kita buat dalam penjagaan wajah kita sehari-hari, iaitu;

  1. Mungkin korang salah memilih produk penjagaan wajah yang betul-betul sesuai dengan muka korang. Ada orang masih belum tau lagi apakah jenis kulit muka dia. Jadi, pemilihan produk yang tepat adalah penting sebab kalau salah pilih ditakuti akan memberi kesan buruk pada wajah. 
  2. Mencuci muka 'lebih kurang' je. Sebenarnya, rutin mencuci muka ni merupakan rutin yang paling penting sebab kalau kita tak mencuci muka dengan betul, ia akan menyebabkan pori-pori muka kita akan tersumbat. Nak cantik kan? So, jangan ambil mudah ye. 
  3. Tak ramai yang tahu sebenarnya, suhu air semasa mencuci muka jugak penting. Kalau korang nak tau, suhu air yang sejuk akan menutup liang roma kulit muka korang, manakala suhu air yang terlalu panas pulak akan membuka liang roma kulit dan ini akan menjadikan kulit wajah lebih kering. Apa yang terbaik, gunakan air yang suam semasa mencuci muka, itu lebih selamat. 
  4. Kekerapan mencuci muka pun boleh mengundang masalah kepada wajah jugak. Kalau korang nak tau, korang sangat digalakkan mencuci muka 1-2 kali je sehari tau. Kalau korang selalu mencuci muka, kesannya penghasilan minyak semulajadi yang baik untuk kulit korang tu akan terganggu. Kalau aktiviti korang pada hari tu tak terlalu terdedah kepada habuk, cahaya matahari, tak pakai solekan yang tebal dan kurang berpeluh tak payahlah nak cuci berlebihan sangat terutama pada waktu malam. Cuci dengan air bersih pun dah ok dah. 
  5. Korang menggunakan macam-macam jenis produk. Orang cakap nak try test gitu. Lepas ni elakkan tau. Kalau boleh elakkan dari menggunakan jenama yang rare atau kurang berkualiti, tapi sebaliknya gunakan produk yang mengandungi bahan semulajadi dan memberi kebaikan pada kulit dalam jangka masa panjang. Takpe kalau kita guna sesuatu produk tu lama kesan baru nampak, daripada produk yang memberikan kesan yang cepat tapi memudaratkan. Betul tak? 
  6. Kalau boleh, elak dari menggunakan produk yang mempunyai bahan kimia sebab kehadiran bahan kimia akan menyebabkan kesan iritasi pada kulit  muka, nak-nak pulak kalau kulit muka korang jenis sensitif. So, langkah selamat sebelum nak beli sesuatu produk tu jangan lupa bahan ingredients nya dulu. 
  7. Selama ini, ramai yang menyangka produk berasaskan minyak ni tak bagus. Bagus sebenarnya tau sebab produk sebegini sangat berkesan menanggalkan kotoran di muka kita. Ratakan aje pada muka korang dan lap sebersih-bersihnya dengan kain yang direndam dalam air suam sebelum dicuci dengan air. 
  8. Ada sesetengahnya suka menggunakan skrub muka setiap hari. Sebenarnya, salah tu. Sebaiknya, korang skrub muka seminggu sekali pun dah ok dah. Skrub muka ni fungsi dia just tanggalkan sel kulit mati je. So, tak perlu apply setiap hari. 
  9. Ada orang tak tau akan kepentingan menggunakan pelembap pada muka mereka. Kalau korang nak tau, kaedah menyapu krim pelembap pada muka yang paling bagus adalah sebaik sahaja korang membersihkan muka. Macam tu jugak teknik penggunaan serum atau produk merawat wajah. 
  10. Selalu mengelap muka secara berlebihan. Apa yang terbaik, lap muka dengan lembut sebab kalau kita mengelap dengan kasar, ia akan menyebabkan kulit kita hilang tahap keelastikannya dan seterusnya menjadi kendur. So, lepas ni jangan gosok muka dengan tuala deh, guna tuala yang khas untuk muka dan pastikan ia lembut.


Sejujurnya, memang ada beberapa 'kesalahan' di atas tu yang cikla buat. Cikla mengaku. Hehehe... So, lepas ni Insha Allah, akan ubah rutin tu. Siapa tak nak cantik dengan cara yang senang kan. Betul tak?

Let's cantik... Semoga bermanfaat...

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.

July 24, 2017 12 Comments
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, memang sehati sejiwalah pasangan dari Jepun ni. Sebenarnya, secara kebetulan cikla terjumpa pasal diaorang dalam Majalah Wanita yang turut berkongsi kisah pasangan dua sejoli ni. Memang sweet sangat. Boleh dikatakan setiap hari mereka akan berpakaian sedondon sejak 37 tahun mereka mendirikan rumahtangga. Alahai, memang romantik sungguhlah...

Korang tak percaya? Jom tengok ni...

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.


Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni.
Sedondon sampai ke tua, comelnya pasangan ni. 

Comel kan? Rasa-rasanya kalau kat Malaysia ni ada agaknya pasangan macam ni? Banyak lagi gambar sweet mereka. Kalau korang rasa-rasa nak skodeng, mana tau boleh menjadi sumber inspirasi untuk mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan masing-masing boleh terjah IG mereka, @bonpon511. Nama IG diaorang ni pun adalah dari gabungan nama diaorang berdua dan 511 tu adalah tarikh mereka berkahwin.

Pada cikla, kalau dah tahap macam ni, iyelah setiap hari berpakaian sama tanpa gagal, memang mereka ni betul-betul pasangan paling serasi abad ini. Cayalah...

Cinta hingga ke akhir hayat katanya... ❤️❤️❤️


Sumber instagram @bonpon511

23 July 2017

Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni...

July 23, 2017 3 Comments
Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni... | Assalamualaikum wbt. Jangan ingat penjagaan kuku tak penting tau. Ia sebenarnya sama penting dengan penjagaan anggota badan yang lain, malah sepatutnya perlu diberi perhatian lebih lagi. Bukan apa, kalau tak jaga betul-betul, mulalah kuku tu nanti kena cagu, kuku merekah, kuku kusam dan sebagainya. Keadaan ni sama sekali akan mencacatkan penampilan korang kan. Betul tak?

Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni...

Sebenarnya, ada banyak rahsia dan petua yang kita boleh cuba dan amalkan demi mendapat kuku yang cantik dan sihat. Korang nak tau tak? Jom baca...

Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni...


Berikut merupakan 7 rahsia untuk mendapatkan kuku yang menjadi idaman hati, kuku yang sihat dan cantik, iaitu;

  1. Semasa memotong kuku, potonglah kuku secara teratur. Jangan potong kuku tu dalam sangat sampai melebihi batas kuku. Sakit pun sakit tau. 
  2. Sebaiknya, elak dari mencungkil isi kuku dengan benda tajam. Alamak, kalau yang ni cikla ada jugak buat, nak-nak pulak kalau tepi kuku tu cekam. Memang cikla korek kaw-kaw punya. Rupanya tabiat ni akan menyebabkan kuku jadi bengkak dan berbau. Ohhh, lepas ni taknak buat lagilah walaupun cikla belum lagi mengalami kesan yang disebutkan. 
  3. Kalau lepas mandi, biarkan kuku tu kering. 
  4. Setiap kali korang mandi, sebaiknya bersihkan kuku dengan sabun. 
  5. Keringkan kaki betul-betul sebelum disapu bedak. 
  6. Jangan pakai kasut atau sandal yang basah dan lembap sebab keadaan ini akan menyebabkan kaki korang berbau. Euwwww... 
  7. Kalau korang pakai sarung kaki, pastikan sarung kaki korang tu diperbuat daripada bahan kapas.

Ada lagi ke petua atau rahsia nak dapatkan kuku yang cantik dan sihat ni?


Memang ada lagi. Jom baca sampai habis. Kalau korang nak tau, untuk mendapatkan kuku kaki yang bersih dan berseri, korang berus kuku kaki korang dengan ubat gigi setiap kali korang mandi sekali sehari. Ia bukan saja menjadikan kuku kaki korang bersih, malah ia boleh menyahkan bau kaki yang kurang best terutama celah jari, hujung jari dan tumit. Untuk pengetahuan korang, bau yang tak best ni disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma dari kulat dan kuman dan boleh menyebabkan cagu.

Selain itu, untuk yang selalu melakukan kerja rumah korang kena pastikan kuku sentiasa dibersihkan dan elakkan memotong kuku terlalu pendek. Untuk memudahkan kuku dipotong, rendam dulu dalam air suam supaya ia lembut dulu. Paling senang, potong kuku lepas mandi. Hehe. Kalau korang nak licinkan permukaan kuku yang dipotong tu, guna alat khas. Lepas tu, gosok guna kain untuk menanggalkan habuk yang tertanggal.

Kalau korang jenis yang rajin mencuba petua tradisional, boleh cuba petua ni.

  1. Pertama; guna cuka dengan menuang cuka di atas kuku, lepas tu gosok dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air suam. Nanti kuku korang akan shining gitu. 
  2. Kedua; guna hirisan lemon dan gosok pada jari serta kuku, lepas tu biarkan 5-10 minit dan bilas. Buatlah selalu kalau nak hasil yang menakjubkan. 
  3. Ketiga; ambil bawang putih yang dibelah dua, kemudian gosokkan pada kuku kaki sampai warna kuku korang tu nampak berkilat. Kemudian, cuci. Lakukan selalu.

Jom sayangi kuku kita...


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu.

July 23, 2017 4 Comments
Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Siapa kat sini peminat cendawan? Tak kiralah cendawan apa pun. Tapi kalau cikla pergi pasar atau supermarket, biasanya yang cikla selalu jumpa cendawan tiram tu je tak kiralah yang putih atau kelabu. Cendawan macam tu memang biasa kan, dan senang nak cari. Sedap digoreng tepung atau dibuat sup sayur. Tapi, macam cendawan shiitake ni, biasanya orang akan hiris dulu sebelum ia digoreng, di masak dalam sup, ditinkan atau dijadikan jeruk.

Sebenarnya, cendawan shiitake ni adalah sejenis kulat (fungus), iaitu sejenis organisma hidup yang tak mempunyai akar, daun, buah atau biji benih. Ia biasanya tumbuh di pokok berdaun lebar yang telah tumbang dan cendawan shiitake ni turut dijadikan ubat sebab ia dikatakan kaya dengan sumber protein, lemak, karbohidrat, serat, vitamin dan mineral.

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu.

Khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu


Kata sini cikla nak share 3 khasiat cendawan shiitake yang kita tak tahu, iaitu;

  1. Cendawan shiitake mampu merangsang sistem imun kita, iaitu ia bertindak sebagai anti pembekuan dan mampu membantu dalam rawatan kanser. Ini kerana, ia dikatakan mengandungi sebatian polisakarida dikenali sebagai lentinan. Lentinan ni dikatakan boleh membantu produk sel-sel T memusnahkan bakteria dan virus serta turut mempunyai kesan anti kanser dan anti tumor. Untuk pengetahuan korang, ada kajian makmal yang menunjukkan lentinan mampu mengecutkan tumor dan ia dikatakan telah menunjukkan kesan pada kanser peparu, hati, usus, ovari dan perut. Waallahualam... 
  2. Cendawan shiitake mampu merendahkan tahap kolesterol sebab dengan kehamilan asid amino di dalamnya ia dikatakan mampu merangsang pemprosesan kolesterol dalam hati. 
  3. Cendawan shiitake mampu memperbaiki kesihatan jantung kerana adanya bahan sebatian eritadenine di dalamnya. Selain itu, antioksidan yang ada di dalam cendawan shiitake jugak adalah sangat bagus dan jumlah kandungan L-ergothioneine jugak tinggi di dalamnya.


Walaupun cendawan shiitake ni selamat untuk dimakan, tapi kadar pengambilannya sebaiknya dikawal. Ini kerana, kalau kita memakannya dalam jumlah yang banyak, ia dikatakan boleh menyebabkan cirit-birit dan kembung perut. Ada sesetengahnya pulak mungkin akan mendapat alahan, terutama alahan pada kulit seperti ruam dan sebagainya. Selain itu, cendawan shiitake jugak tak digalakkan untuk mereka yang menghidap penyakit gout dan batu korang dalam buah pinggang.

So, berpada-padalah. Sederhana itu lebih baik kan... 


Sumber Ruangan Khasiat Alami.

22 July 2017

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.

July 22, 2017 2 Comments
5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami. | Assalamualaikum wbt. Aiseh, tajuk bukan main lagi. Silap-silap ada pulak yang marah cikla ni karang. Hihi. Janganlah begitu. Cikla share ni bukan sebab nak blame para lelaki tau, tapi perkongsian ni lebih kepada panduan kepada lelaki supaya mana-mana sikap yang kurang 'hensem' tu bolehlah korang ubah sikit-sikit. Cikla tau, bukan senang nak berubah secara drastik kan. Berubahlah perlahan-lahan. Slowly, but it's works. Bak kata orang putih. 

Bukan cikla nak cakap perempuan ni perfect sangat, tak. Kami, kaum perempuan pun tak sempurna. Manusia biasa kan, tiada yang sempurna. Pasti ada kekurangannya. Kami tau tu. Tapi, apa yang penting jadikan kekurangan itu sebagai pemangkin untuk menjadi lebih baik. Janganlah nanti orang dah tegur, takde yang berubah pun. Siap sentap lagi tu. Orang tegur pun demi kebaikan kan... Tegur sebab sayang. 

Dah dah... Jom baca apa yang cikla nak share ni...

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.


5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.

Bagi cikla, nak memilih teman ke akhir hayat ni bukanlah mudah macam kita pilih baju raya kat uptown Shah Alam tu. Bawak duit, sampai uptown pilih mana berkenan, bayar lepas tu dapat barang, balik. Amboi, kalau camtulah senangnya best lah. Tak payah nak pening-pening. Betul tak?

Kalau lelaki 'cerewat' dalam memilih isteri, macam tu jugak perempuan nak pilih suami. Ada sesetengah perempuan tak pandang rupa sangat, janji lelaki baik, bertanggungjawab dan yang paling penting setia. Duit ringgit memanglah penting, tapi bak kata orang harta boleh dicari, tapi suami till Jannah? Macam susah je.

Berikutan dengan itulah, ada beberapa sebab kenapa perempuan ni akan menjauhkan diri dari lelaki yang berperangai seperti berikut;

  1. Lelaki ego. Memang tak dinafikan semua orang ada egonya masing-masing. Tapi, orang cakap nak pertahankan ego tu biarlah kena pada tempatnya. Selagi ego tu tak menjejaskan hubungan korang, pertahankanlah. Tapi, itulah. Lelaki memang terkenal dengan egonya yang tinggi dan sikapnya yang pantang dicabut ni menambahkan lagi keegoannya setinggi langit. Apa kata lepas ni, korang belajar mengawal ego korang tu supaya wanita yang menjadi idaman hati korang tu mudah menerima diri korang seadanya. 
  2. Lelaki panas baran. Cikla kalau dengan lelaki panas baran ni memang takut banyak, bukan takut sikit. Sebab perangai diaorang ni macam susah nak dijangka. Mesti korang ingat lagikan drama yang menjadi trending 'Andainya Takdir' lakonan Syukri Yahya dengan Nina Iskandar tu kan. Kisah suami yang panas baran. Sudahlah panas baran, plus cemburu buta pulak. Macam perempuan, kalau sebelum kawin dia dah tau sikap lelaki tu macam tu, memang takdelah dia nak jadikan lelaki tu suaminya (kecuali kalau ada yang dah sayang sangat sanggup telan keburukan pasangannya lah, itu lain cerita). Belum kawin dah tunjuk belang panas barannya, nanti kalau dah kawin? So, memang hai-hai, bye-bye lah jawabnya. 
  3. Lelaki pengotor dan pemalas. Emm... Sebolehnya, perempuan nak mengelakkan diri dari lelaki yang mempunyai sikap sebegini. Bukan apa, zaman sekarang ni, kebanyakan suami isteri akan berkerja untuk menampung hidup lebih-lebih lagi kalau bilangan keluarga semakin bertambah. Tapi, kalau dapat suami yang malas tak boleh nak membantu apa yang patut susah jugaklah. Semua nak harapkan isteri. Isteri tu sudahlah penat bekerja, balik nak uruskan anak dan rumahtangga lagi. So, pandai-pandailah ambil peranan dan  bantulah mana yang patut. Jangan balik kerja, goyang kaki main Facebook... Macam tu jugaklah dengan sikap pembersih.
  4. Lelaki yang mempunyai sikap low self-confident. Kalau korang nak tau, lelaki sebegini pun kurang menjadi 'pilihan' perempuan untuk dijadikan teman hidup. Sebab apa? Sebab, bagi perempuan lelaki yang mempunyai keyakinan yang tinggi mampu berdikari sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Lagi satu, korang jangan tak percaya pulak yang lelaki berkeyakinan tinggi ni nampak lebih 'seksi' di mata seorang perempuan. Ehh, ye ke? Huhu. 
  5. Lelaki perasan bagus. Alamak, ni lagi satu 'spesis' yang kurang di sukai oleh perempuan. Sudahlah perasan bagus, lepas tu kuat berangan pulak. Mengalahkan Mat Jenin. Bagi perempuan, asalkan lelaki tu berusaha untuk berjaya itu sudah cukup daripada asyik pung pang pung pang bercakap tapi habuk pun tarak!

5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami.
5 sikap lelaki yang tak mungkin perempuan pilih untuk dijadikan suami. Sumber Google. 

Sebenarnya, perempuan tidaklah memilih sangat, tapi untuk mencari 'imam' yang boleh memimpin mereka ke jalan yang baik mesti perlu lelaki yang betul-betul berkelayakan dan yang paling penting mampu memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah kelak. Jangan ingat kawin ni senang dan best je, tapi bila memikirkan tanggungjawab yang bakal ditanggung, mesti korang berfikir berkali-kali sebelum mendirikan rumahtangga.

Ia satu amanah yang akan ditanya di sana kelak!


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...

July 22, 2017 5 Comments
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... | Assalamualaikum wbt. Budak-budak, kalau tengok ais krim memang macam kena 'rasuk' kan. Samalah macam anak cikla. Pergi kedai, mesti peti ais krim yang dikejarnya dulu. Tak kiralah ais krim murah ke mahal, janji ais krim. Huhu. Mula-mula tu cikla control jugaklah, takdelah selalu belikan. Iyelah, si kakak pun ada semput jugak, so tak boleh selalu makan ais krim. Tapi, disebabkan cikla pun jarang-jarang dah bawak diaorang pergi kedai (kalau cikla pergi kedai pun keluar senyap-senyap time diaorang leka main), sesekali tu ada jugaklah cikla belikan. Ok dah, stop pasal ais krim...

Kebanyakan ais krim yang dijual, mesti jenis ais yang mempunyai batang kan. Kecualilah kalau ais krim jenis cone atau mangkuk, itu lain ceritalah. So, selalunya kalau kita lepas makan ais krim mesti batangnya kita buang macam tu kan. Tak terfikir pun yang sebenarnya batang ais krim tu boleh dijadikan 'seni' yang sangat menarik dan ada yang kita tak terfikir pun ia diperbuat dari batang ais krim. 

Apa kata jom kita cuci mata sekejap tengok idea kreatif yang diperbuat dari batang ais krim. Jom jom...

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...


Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... 

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... 

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... 

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... 

Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya...
Batang ais krim jangan dibuang, ada gunanya... 

Cantik kan? Cikla paling suka yang lampu meja. Cantik sangat. Kalau nak lagi cantik, boleh cat atau spray dengan warna kegemaran. Lagi marvellous...

Just sharing dan selamat mencuba kot-kot korang nak try buat kan... Hihi...


Sumber page Facebook Art and Crafts Idea.

8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul.

July 22, 2017 0 Comments
8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, bayi dan kanak-kanak ni mudah terdedah kepada jangkitan penyakit kalau tak kena dengan caranya. Ini termasuk jugak dalam menguruskan botol susu mereka. Ada orang bila basuh botol susu anak, main kocak-kocak lebih kurang...  Dah siap. Tak payah nak cuci guna berus atau cecair yang dikhaskan untuk mencuci botol susu pun. Tengok dah bersih, sudah.

Sebenarnya, kalau korang nak tau ada caranya kalau kita nak mencuci botol anak ni. Bukan apa, kalau kita sambil lewa dan buat lebih kurang je nanti tak pasal-pasal anak kita mudah mendapat penyakit pulak kan. Mana taknya, susu yang diorang minum tu adalah dari dalam botol yang tak bersih. Bila masuk dalam perut, dah lain pulak jadinya. Tu kalau botol tak bersih, nanti sakit perut pulak budak tu... 

8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul.

Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Ibu-ibu kena baca tau, wajib! Hihi... Jom baca kalau nak tau...

8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul.


  1. Sebaiknya sahaja anak habis menyusu, terus basuh botol. Goncang-goncang dulu dengan air, lagi bagus kalau rendam dengan air suam. Tapi kalau dah malas tahap gaban kuasa enam belas tu, paling tak pastikan botol anak tu dibilas dengan air. Kalau korang nak basuh esok hari pun, tak kisahlah, asalkan susu tak terbiar dalam botol lama sangat sampai berkerak! Nanti lagi susah nak 'sental'. Huhu. 
  2. Basuh botol anak guna sabun khas, tak bolehlah kalau guna sabun pencuci pinggan mangkuk macam cap axion ke, cap kuat hariamau ke, cap kucing comel ke. Hihi.  Bahaya! Ibu kena sediakan cecair khas untuk mencuci botol bayi. Kalau nak jimat, cari yang murah. Ada je yang murah, asalkan selamat dan tak beri  bad effect pada bayi.
  3. Masa nak cuci botol anak jugak, ibu kena bukak satu satu. Tanggalkan puting botol dari penutupnya. Sebaiknya, ibu-ibu jangan basuh botol anak dengan puting yang masih melekat pada bekasnya. Buka, kemudian rendam air panas. Itu lagi bagus. 
  4. Basuh botol anak guna berus khas untuk botol susu. Bukan apa, kalau guna berus khas ni, senang sikit kalau ibu nak basuh bahagian dalam botol. Mudahlah sikit nak sental dan nyahkan saki baki susu dan 'daki' yang melekat dekat botol, lebih-lebih lagi kawasan yang terpencil. Susah nak sental. Seeloknya, ibu-ibu kena teliti sikit dekat bahagian puting susu supaya semua ketulan susu tertanggal. Takde yang tertinggal. 
  5. Untuk mencuci bahagian puting  susu, guna sedikit garam dan sapukan sedikit di bahagian dalam puting. Kemudian, gerak ke sekeliling puting dengan cara memicit dan mengurut hujung puting. Ibu jugak boleh letakkan sedikit garam ke dalam botol susu, kemudian goncang dengan air. Cara ni dapat menyingkirkan saki baki susu dan bau masam pada botol. 
  6. Untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu, gunakan jarum. Kemudian, basuh botol dan puting di bawah air yang mengalir. 
  7. Setiap kali ibu selesai membasuh botol anak, sterilkan botol susu dengan cara merendamkannya dalam air panas selama 10 minit. Cara ini dikatakan dapat membunuh bakteria yang mungkin masih ada dalam botol susu. 
  8. Kalau ibu-ibu nak tau, botol susu yang lembap boleh mengundang bakteria lebih cepat. Sebaiknya, pastikan botol susu anak ibu-ibu semua kering. Puting susu yang sudah berkerak, tukar je yang baru. Kalau ibu-ibu mahu botol kering dengan cepat, beli je tempat letak botol susu. Ada je jual.

Sama-sama kita menjaga kebersihan demi kesihatan anak kita. Mencegah lebih baik dari mengubati. Lagipun, bukan susah mana pun kan...

Semoga bermanfaat...


Sumber: Mingguan Wanita.

21 July 2017

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.

July 21, 2017 5 Comments
Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang mengikut kisah cikla bersama tiroid ni sejak mula sampai sekarang mesti tau kan yang sekarang ni cikla admit ward lagi untuk rawatan radioiodin (RAI). Alhamdullillah, cikla sudah melalui tempoh kuarantin 5 hari di ward IKN, Putrajaya ni dengan baik. Syukurlah, takde sebarang masalah yang timbul sepanjang cikla menjalani rawatan ni di sini. Thanks Allah! 

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak


Selepas ni, cikla akan sambung kuarantin 3 hari lagi di rumah untuk mencukupkan 8 hari tempoh kuarantin ni. Selepas 8 hari, keadaan sudah kembali seperti biasa dan cikla dah boleh bercampur gaul dengan keluarga semula, melakukan aktiviti rutin macam selalu. 

Sebelum cikla discharge, cikla kena buat whole body scan (wbs) terlebih dahulu untuk mengetahui sejauh mana iodin itu bertindak balas. So, prosedur tu cikla dah buat pun pagi tadi, result dah dapat pun. Alhamdullillah, memang masih ada lagi sisa tiroid yang dikesan tapi selnya adalah terlalu kecil. Nanti 6 bulan akan datang ni cikla akan minum sekali lagi iodin ni untuk kali kedua tapi dos yang lebih rendah. Kalau yang pertama ni cikla kena minum 100 mci, tapi InshaAllah untuk yang kedua nanti cikla akan minum 10 mci je. Kuarantin pun dekat rumah je. Kekdahnya sama je macam cikla RAI first ni. Semoga selepas ni semuanya akan clear dan sel-sel jahat akan terhapus. Amin... 

Alhamdullillah, boleh discharge today. Sambung kuarantin kat rumah pulak.

Ada yang tanya apa rasa, kesan dan pengalaman cikla minum iodin ni?  Nanti cikla share dekat entri lain ye... 

Semoga kita semua sentiasa diberi kesihatan yang baik. Amin...

20 July 2017

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).

July 20, 2017 5 Comments
Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI). | Assalamualaikum wbt. Mungkin sebelum ni sudah berkali-kali cikla share pasal benda ni, dan cikla tak akan jemu untuk share banyak-banyak info pasal ni sebab bagi cikla perkara ni penting. Hal yang melibatkan radiasi walaupun pada dasarnya ia tak merbahaya, tapi langkah-langkah keselamatan perlu diambil kira jugak. Lagipun, mungkin info ni berguna kepada orang yang senasib macam cikla terutama yang pertama kali menjalani rawatan ini. Sekurang-kurangnya, mereka akan dapat sedikit sebanyak gambaran mengenai rawatan dan langkah keselamatan yang berkaitan dengannya.

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).

Sebelum tu, jom cikla share lagi apakah dia sebenarnya yang dimaksudkan dengan rawatan radioiodin (RAI) ni. 

Apakah dia yang dimaksudkan dengan radioiodin (RAI)?


Untuk pengetahuan korang, radioiodin (RAI) adalah sejenis ubat untuk merawat penyakit tiroid. Radioiodin ini adalah dalam bentuk cecair, tiada warna dan tiada bau. Tapi, ada sesetengah pesakit menerima radioiodin ni dalam bentuk kapsul. Kalau cikla hari tu, cikla minum. Cikla rasa minum lagi ok kot, terus telan je. Kalau kapsul, dah macam susah pulak nak telan pil kan... Hihi... Selain itu, rawatan ini hanya ada di Jabatan Perubatan Nuklear sahaja. Setahu cikla, hanya beberapa hospital kat Malaysia ni yang memberi rawatan radioiodin ni termasuklah Hospital Besar Kuala Lumpur dan Institut Kanser Negara di Putrajaya.

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).
Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI). - Ubat radioiodin (iodin-131).

Kalau korang nak tau, di wad radioiodin yang digunakan adalah iodin-131 yang mana ia mempunyai separuh hayat selama 8 hari. Selepas 8 hari, kesan radioaktiviti iodin-131 akan berkurangan setengah daripada akitiviti asalnya. Rasanya kalau budak kimia taulah pasal ni. Cikla pun ada jugak belajar pasal ni dulu, tapi dah lupa. Hahaha... Secara amnya, radioaktiviti yang akan diberikan kepada pesakit tak sama sebab ia bergantung kepada indikasi rawatan pesakit itu sendiri. Senang cakap, lain orang lain dosnya. 

Apa yang disarankan kepada pesakit semasa di wad selepas minum radioiodin ni?


Ada beberapa saranan yang perlu pesakit ikut sebaik sahaja selepas minum radioiodin ni, iaitu;

  1. Pesakit hanya boleh makan dan minum macam biasa selepas sejam minum radioiodin ni.
  2. Selepas mengambil radioiodin, pesakit sangat digalakkan membuat urutan di kawasan rahang leher untuk menggalakkan rembesan air liur. 
  3. Pesakit perlu mengambil diet rendah iodin. 
  4. Pesakit mesti minum air kosong dengan banyak dan digalakkan jugak mengambil minuman masam seperti jus oren, jus mangga atau makan gula-gula.
  5. Pesakit digalakkan memperbanyakkan aktiviti mengunyah.
  6. Gunakan 'metal bin' untuk membuang sisa makanan dan gunakan tong sampah untuk membuang sisa normal yang kering. Contohnya, tisu dan bungkusan plastik.

Semasa menggunakan tandas pulak, ada beberapa saranan yang perlu diambil kira, iaitu;

  1. Pesakit perlu menggunakan selipar yang disediakan di dalam tandas sahaja.
  2. Flush tandas 2-3 kali setiap kali selepas digunakan. 
  3. Kalau meludah di sinki, gunakan air panas untuk membersihkan sisa. Sebaiknya korang meludah di dalam lubang tandas, lepas tu jangan lupa flush 2-3 kali jugak. Macam tu jugak kalau korang nak muntah, muntah di mangkuk tandas dan jangan lupa flush
  4. Sentiasa membasuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas.
  5. Tapi, korang kena ingat JANGAN mencangkung di atas mangkuk tandas.

Selain itu, ada beberapa saranan yang perlu dipatuhi semasa menjalani tempoh kuarantin di wad, iaitu; 

Untuk pengetahuan korang, selepas kita minum radioiodin, ini bermakna di dalam badan kita ada terkandung bahan radioaktif. So, permonitoran radiasi adalah penting. Ada beberapa saranan, iaitu;

Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).
Tips keselamatan kesan radiasi rawatan radioiodin (RAI).

  1. Pesakit perlu baring di tengah katil apabila diminta untuk berbuat demikian.
  2. Letakkan gagang telefon dengan kemas.
  3. Lakukan aktiviti regangan atau senaman ringan semasa menjalani tempoh rawatan di dalam bilik.
  4. Pesakit tak dibenarkan keluar dari kawasan 'air-lock'.
  5. Pesakit digalakkan kerap mandi dan basuh tangan. 

Untuk pakaian yang perlu di pakai semasa dalam wad pulak adalah seperti berikut;

  1. Pesakit mesti menggunakan pakaian yang disediakan di wad, sebab pesakit dilarang menggunakan pakaian dari rumah.
  2. Kalau pesakit muntah di lantai bilik, pesakit perlu membersihkan sisa muntah dengan segera menggunakan tisu tandas sampai bersih. Kemudian, masukkan sisa muntah dan tisu berkenaan di dalam plastik kuning yang disediakan. Kalau takde plastik kuning tu, mintak je dengan nurse. Kalau muntah terkena pada pakaian, bersihkan segera sisa muntah di dalam tandas dan asingkan pakaian yang terkena sisa muntah itu.
  3. Sebelum pesakit dicaj, masukkan pakaian, cadar dan sarung bantal yang telah digunakan di dalam bakul linen yang disediakan .
  4. Pesakit digalakkan menukar pakaian baru setiap kali selepas mandi.

Selain itu, kalau pesakit wanita sedang period semasa menjalani rawatan, kena bagitau nurse. Cuci tuala wanita yang telah digunakan bersih-bersih sebelum dibuang ke dalam plastik kuning. 

Apakah pulak saranan yang perlu diikuti semasa menjalani kuarantin di rumah?


Selalunya, pesakit akan menjalani tempoh kuarantin selama 5 hari di wad, baki 3 hari di rumah. So, semasa kuarantin di rumah ada beberapa langkah yang perlu pesakit ambil kira.

Dari segi pengangkutan semasa pulang ke rumah;

  1. Pesakit dinasihatkan supaya memandu sendirian semasa pulang kalau pesakit datang bersendirian ke hospital.
  2. Kalau pesakit dijemput, pesakit mesti duduk di bahagian belakang sebelah kiri pemandu (jarak paling jauh dari pemandu). 
  3. Pesakit dinasihati memberitahu ahli keluarga supaya masa datang ambil tu tak boleh datang ramai-ramai. Cukuplah seorang je yang datang. 
  4. Kalau pesakit pulang menaikkan kenderaan awam, pastikan pesakit mengambil tempat duduk atau jarak paling jauh daripada penumpang lain. 

Dari segi makanan dan minuman pulak macam mana?

  1. Pesakit boleh mengamalkan diet normal semasa berada di rumah. 
  2. Pesakit disarankan meminum air putih dalam kuantiti yang banyak supaya sisa radioiodin di dalam badan yang masih ada dapat disingkirkan.

Dari segi penggunaan tandas pulak,

  1. Pesakit digalakkan menggunakan bilik air atau tandas berasingan, itupun kalau ada. Kalau takde, lepas guna tandas pesakit mesti membersihkan tandas serta menjirus atau mengepam tandas dua atau tiga kali.
  2. Pesakit dilarang membuang air kecil di tempat mandi, dan perlu menggunakan tandas.

Dari segi pakaian pulak,

  1. Pakaian yang telah digunakan mestilah dibasuh secara berasingan daripada pakaian ahli keluarga yang lain.
  2. Cadar, selimut dan sarung bantal jugak dibasuh secara berasingan. 
  3. Akan tetapi, pesakit boleh menggunakan baldi, besen dan mesin basuh yang sama. 

Dari segi pergaulan dan sosial dengan orang lain,

  1. Pesakit tak digalakkan serta elakkan bersentuhan dengan baby, kanak-kanak dan ibu mengandung. 
  2. Jarak selamat untuk berkomunikasi adalah satu meter. 
  3. Pesakit mesti tidur berasingan dan elakkan dari menghadiri majlis atau ke tempat yang ramai orang. 

Langkah keselamatan ni penting supaya orang sihat yang berada berdekatan kita terhindar dari kesan radiasi yang boleh memudaratkan mereka. Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati kan.

Semoga bermanfaat.... 


Sumber Jabatan Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara. 


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.