30 June 2017

Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan?

June 30, 2017 0 Comments
Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan? | Assalamualaikum wbt. Macam yang cikla cerita sebelum ni, biasanya orang yang sudah melakukan pembedahan total thyroidectomy wajib mengambil pil thyroxine sebagai pengganti kepada kelenjar tiroid (sumber/kilang penghasilan hormon) yang telah dibuang itu. Kalau korang nak tau, mereka-mereka ini dah jadi hypo pulak. So, memang kena makan pil thyroxine tu.

So, macam mana pulak kalau kita 'terlupa' nak makan ubat atau pil thyroxine tu mengikut waktu yang sepatutnya? Maklumlah, pesakit tiroid ni memang boleh jadi pelupa yang amat tau. Memang asyik lupa je... Huhu.

Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan?


Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan?
Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan? Sumber Google. 

Begini, katakanlah korang biasa makan ubat sejam sebelum sarapan. Kalau korang lupa nak makan pil pada masa tersebut, korang boleh makan pil tu sebaik aje korang ingat dan korang boleh meneruskan mengambil ubat korang macam biasa. Tapi, kalau korang terlupa dalam tempoh masa yang agak lama sampailah hampir kepada masa untuk mengambil ubat seterusnya, abaikan aje ubat yang terlupa itu dan ambil ubat yang seterusnya pada masa yang ditetapkan. 

Maknanya di sini, kalau sepatutnya korang kena makan ubat pukul 8 pagi, kemudian korang lupa sampailah keesokkan harinya atau sudah nak sampai pada masa berikutnya untuk makan ubat, korang tak payah ganda kan ubat. Just makan macam biasa pada waktu yang berikutnya itu... Haaa, faham ke idak... Haha.

Apa yang korang kena ingat dan jangan lupa, JANGAN ambil dos ubat secara  berganda sebab kononnya nak ganti balik dos ubat yang korang terlupa ataupun korang ambil lebih daripada satu ubat dalam satu masa. Keadaan ini SANGAT BAHAYA dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tak diingini. Nauzubillah.

Kalau korang terambil atau mengambil dos ubat yang berlebihan (terlebih dos), korang kena cepat-cepat pergi ke Bahagian Rawatan Kecemasan Hospital terdekat atau maklumkan kepada doktor korang. Tak kiralah korang tak alami apa-apa kesan atau apa saja yang membuatkan korang tak selesa, kena pergi jugak disebabkan asbab terlebih dos/ubat tadi. Jangan lupa bawak sekali bungkusan atau baki ubat yang selebihnya supaya pihak hospital mudah detect apakah masalah yang  berlaku sebenarnya.


Apa pulak simptom-simptom kalau kita terlebih dos ubat?


So, simptom-simptom kalau kita terlebih dos ubat adalah;

  1. Degupan jantung kuat atau kencang.     Sakit dada dan sakit kepala. 
  2. Rasa gemuruh dan teruja. 
  3. Selalu berpeluh. 
  4. Keadaan kulit muka merah. 
  5. Demam. 
  6. Otot lemah dan kekejangan otot.
  7. Cirit-birit dan muntah.


So, nasihat cikla apa yang penting kalau doktor suruh makan ubat tu makanlah. Jangan membantah. Hihi. Doktor suruh makan ubat tu mesti ada sebabnya. Kalau nak berhenti ubat pun biarlah atas ARAHAN doktor. Jangan memandai-mandai je tau... Jangan bahayakan diri korang tu kerana dirimu begitu berharga...

Selamat memakan ubat ye. Hihi ❤️❤️❤️.


Sumber  npra.moh.gov.my

Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.

June 30, 2017 2 Comments
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. | Assalamualaikum wbt. Musim raya ni mesti rumah kita ramai tetamu yang datang  bertandang kan, tak kiralah yang deka mahu pun yang jauh. Lebih-lebih lagi kalau yang jenis setahun sekali berjumpa. Betul tak? Kita pun menjadi tetamu jugak bila kita pergi bertandang dekat rumah saudara dan sahabat handai kita.

Cikla selalu dengar orang cakap, tetamu ni membawa rahmat, berkat dan rezeki. Haaa, betullah tu. So, ini ada satu kisah di zaman Rasulullah SAW yang berkait pasal tetamu ni. Nak tau kisahnya? Jom baca yang seterusnya ni...

Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.


Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat.
Tazkirah Jumaat : Tetamu pembawa rahmat. Sumber Google. 

Seorang perempuan mengadu kepada Rasulullah SAW tentang perihal suaminya yang suka menjemput tetamu ke rumah. Si isteri sangat penat menghidangkan makanan dan melayan tetamu. Perempuan tadi pun pulang ke rumah tanpa sebarang jawapan daripada Rasulullah SAW. 
   
Tak berapa lama kemudian Rasulullah SAW memberitahu kepada suami perempuan tadi bahawa baginda akan datang berziarah ke rumahnya. Lalu suami tadi pun memberitahu kepada isterinya bahawa pada hari ini kita ada tetamu istimewa yang akan datang. Isterinya bertanya: "Siapakah tetamu itu?". Maka dijawab olehnya bahawa tetamu itu adalah Rasulullah SAW. Isteri tadi sangat gembira mendengar berita tersebut. Lalu dia pun menyediakan makanan yang lazat dan sedap-sedap untuk Rasulullah SAW.

Ketika Rasulullah SAW hendak pulang, baginda memberitahu kepada suami wanita itu supaya memberitahu isterinya supaya melihat di pintu ketika baginda nak keluar. Kemudian isterinya pun melihat ke pintu semasa Rasulullah SAW keluar. Dilihatnya binatang-binatang seperti lipan, kala jengking dan segala yang memudaratkan mengikut keluar bersama Rasulullah SAW. Beliau sangat terkejut lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya: "Demikianlah yang berlaku setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang."

Apabila tetamu kita pulang, akan keluar dari rumah kita segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit dari rumah kita. Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Turunnya rahmat dan barakah dari langit.

.

Demikian betapa hebatnya kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang sentiasa dikunjungi oleh tetamu. Memang benarlah tetamu itu pembawa rahmat kepada si tuan rumah...

Sebagai tuan rumah, kita jugak disarankan supaya menghormati dan memuliakan tetamu yang datang. Ia penting kerana memperkenalkan akhlak yang terpilih dan tahap kegirangan kita. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim:

Sesiapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia berkata perkara yang baik atau diam. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, maka hendaklah dia memuliakan jirannya. Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan hari Kemudian, hendaklah dia memuliakan tetamunya. - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim. 

Wallahua'lam... 

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber SINI 

Menang segmen bloglist Haslina July 2017.

June 30, 2017 7 Comments
Menang segmen bloglist Haslina July 2017. | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah lama cikla tak menang segmen. Haritu cikla ada join segmen dari blogger Haslina aka Puan Kuci. Syukurlah, rezeki blog picisanku terpilih menghiasi bloglist blog beliau untuk July 2017. 

Menang segmen bloglist Haslina July 2017.


Menang segmen bloglist Haslina July 2017.
Menang segmen bloglist Haslina July 2017.

Menang segmen bloglist Haslina July 2017.
Menang segmen bloglist Haslina July 2017.

Semoga dengan tersenarainya blog cikla ni akan membantu menaikkan trafik blogku yang sendu ini. Hihi... Tahniah pada yang lain...

Jom kita update blog lelaju... Hihi. ❤️❤️❤️

29 June 2017

Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn.

June 29, 2017 2 Comments
Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn. | Assalamualaikum wbt. Sejujurnya, sebelum ni cikla ingat penyakit tiroid ni kena dekat orang dewasa je. Rupanya, baby pun boleh kena jugak. Mungkin ada yang dah tau, baru tau dan tak tau langsung pasal benda ni kan. Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Sekurang-kurangnya, info ni boleh menambahkan ilmu di dada, kot-kot kita 'terpaksa' menghadapinya pada masa akan datang.

Apakah yang dimasudkan dengan Hipotiroidisme Kongenita?



Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn.
Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn. Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, penyakit Hipotiroidisme Kongenita (Congenital Hypothyroidism) adalah penyakit  yang melibatkan kelenjar  tiroid bagi baby newborn. Penyakit ini akan menyebabkan hormon thyroxine kurang dihasilkan. Sebenarnya, hormon thyroxine merupakan hormon yang sangat penting untuk tumbesaran serta perkembangan otak baby.

Rasanya semua orang tau yang kelenjar tiroid adalah kelenjar berbentuk rerama yang terletak di bahagian hadapan leher. Kalau kelenjar ini kurang menghasilkan hormon thyroxine, keadaan ini akan menyebabkan penyakit hipotiroidisme berlaku. Bila penyakit ini dikesan pada baby newborn, ia dipanggil sebagai Hipotiroidisme Kongenita

Kalau korang nak tau, dikatakan setiap tahun seramai 180 orang baby didapati menghidap penyakit ini daripada setiap 550,000 kelahiran di Malaysia. Pengesanan penyakit Hipotiroidisme Kongenita pada baby newborn adalah sangat penting sebab jika baby newborn dikesan menghidap penyakit ini ia boleh menjadi salah satu sebab baby tersebut akan terencat akal dan mempunyai masalah dalam pembelajaran. Nauzubillah. 

Tapi, kalau ia dapat dikesan di peringkat awal, insha Allah ia boleh dirawat seawal mungkin selepas kelahiran. Seingat cikla, masa budak berempat tu dilahirkan start dari kakak Batriysia sampailah ke baby Zara memang nurse ada ambil darah dari tali pusat untuk check hormon tiroid baby ok ke tak.

Kalau baby dirawat pada peringkat awal, mereka boleh mempunyai tumbesaran serta perkembangan otak yang baik seperti baby normal. Mereka akan dirawat dengan kaedah rawatan hormon thyroxine. Rawatan yang diberi sebaik-baiknya adalah bermula sebelum baby berumur 2 minggu tapi perlu diambil sepanjang hayat.

Apakah penyebab penyakit Hipotiroidisme Kongenita ini?


Untuk pengetahuan korang, kelenjar tiroid mula terbentuk pada waktu awal ibu itu mengandung. So, penyakit ini boleh terjadi, jika;

  1. Kelenjar tiroid tak terbentuk. 
  2. Baby mempunyai sebahagian kelenjar tiroid je. 
  3. Kelenjar tiroid tak berfungsi. 
  4. Kelenjar tiroid berada di luar daripada kedudukannya biasa. 
  5. Selain itu, penyakit ini boleh disebabkan oleh masalah genetik.

Apakah tanda-tanda penyakit Hipotiroidisme Kongenita ni?


Biasanya, pada masa kelahiran baby tak akan menunjukkan sebarang tanda penyakit ni. Walaupun pada awalnya tanda yang ditunjukkan adalah tak begitu ketara, tapi kita tak boleh pandang ringan dan ambil mudah. Antara tanda itu adalah;

  1. Baby mengalami penyakit kuning yang berpanjangan (prolonged jaundice) iaitu penyakit kuning lebih 2 minggu selepas kelahiran bagi baby yang matang dan lebih 3 minggu bagi baby pra-matang. So, doktor akan menjalankan ujian darah dan kencing pada baby, yang mana ia turut melibatkan ujian fungsi tiroid. 
  2. Baby mengalami masalah sembelit. 
  3. Baby selalu tidur, jarang menangis dan tak aktif. 
  4. Baby mengalami masalah penyusuan.

Apa yang akan berlaku kalau baby tak dirawat?


Kalau baby tidak menerima rawatan, biasanya tanda akan muncul semasa baby berumur 3 - 6 bulan, iaitu;

  1. Raut muka yang kasar (coarse face)
  2. Tangisan yang garau (hoarse cry). 
  3. Kulit yang kering dan kasar. 
  4. Baby mengalami perut buncit.
  5. Baby mengalami tumbesaran yang terbantut.
  6. Baby bertindak balas lambat dan tak aktif.

Boleh ke penyakit Hipotiroidisme Kongenita ni dikesan tanpa tanda-tanda?


Jawapannya, BOLEH. Kalau korang nak tau, sebaik aje baby dilahirkan, sampel darah daripada tali pusat akan diambil untuk ujian sarankan 'cord TSH' atau Thyroid Stimulating Hormone. Kalau result menunjukkan baby mungkin menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita, baby akan menjalani ujian darah tambahan untuk pengesahan yang lebih terperinci.

Selain itu, doktor mungkin akan mencadangkan baby korang untuk melakukan 'scan' leher bagi mengesan kelenjar tiroid dan kedudukannya. Sesetengah bayi yang menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita boleh mengalami masalah pendengaran. So, mungkin doktor akan mencadangkan ujian pendengaran untuk baby korang.

Apakah rawatan yang diberikan kepada baby yang menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita ni?



Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn.
Hipotiroidisme Kongenita : Penyakit kelenjar tiroid pada baby newborn. Sumber Google. 

Kalau baby menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita ni, rawatan yang diberikan terdiri daripada ubat biji L-thyroxine sekali sehari dengan dos yang telah ditetapkan oleh doktor. Sebelum nak bagi baby makan ubat tu, ia perlu dihancurkan dan dicampur sama ada dalam susu ibu, susu formula atau air. Tapi, apa yang perlu dielakkan adalah dengan mencampurkan ubat dalam susu soya sebab ia boleh mengganggu ubat ini diserap dengan baik.

Kanak-kanak yang menghidap penyakit Hipotiroidisme Kongenita perlu menjalani  rawatan susulan dan ujian darah yang agak kerap pada beberapa tahun yang pertama. Rawatan ini penting sebab nak pastikan yang paras hormon thyroxine pada baby adalah mencukupi supaya tumbesaran baby dapat berlaku secara normal dan baik. Rawatan ini jugak biasanya adalah untuk sepanjang hayat.

Apakah itu penilaian untuk kanak-kanak yang menghidap Transient Hypothyroidism?


Hanya sesetengah kanak-kanak yang disyaki menghidap penyakit sementara (transient) iaitu fungsi kelenjar tiroid boleh  kembali normal. Ia akan dinilai semula bila kanak-kanak tersebut berumur 3 tahun,  iaitu bila perkembangan otak kanak-kanak bergantung pada hormon tiroid sudah matang.

Semasa penilaian ni dilakukan, pemberian ubat akan dihentikan selama 4 minggu. Selepas itu, ujian darah akan dilakukan dan scan kelenjar tiroid. Kalau kanak-kanak itu disahkan tetap menghidap penyakit ni, kanak-kanak terbabit perlu mengambil ubat L-thyroxine untuk sampai bila-bila.

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber SINI.

Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia.

June 29, 2017 4 Comments
Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, untuk mengecapi bahagia tak susah pun. Apa yang penting, kita berusaha untuk bahagia. Bagi cikla, nak dapatkan apa yang baik itu kadang-kadang memang memerlukan pengorbanan dan usaha. 

Cikla percaya semua orang bukan saja nak kecapi nikmat bahagia kat dunia je, malah kebahagiaan di akhirat pun sama juga. Orang cakap, balance. Betul tak? So, untuk dapatkan semua ni jom kita pelihara dan jaga 7 perkara ni. Nak tau? Jom baca seterusnya.

Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia. 


Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia.
Pelihara 7 perkara ini kalau ingin bahagia. Sumber Google.

  1. Jangan membenci orang walaupun dia ada buat salah pada kita. Memang betul, kita macam susah nak terima dan maafkan lebih-lebih lagi kalau kita dibohongi. Tapi, bagi cikla itu lumrah. Menipu, ditipu, dan tertipu itu rasanya hal biasa kot. Mesti korang cakap kan... "Ala, tak kena batang hidung ko memanglah cakap macam tu..." Iye, betul tu. Tapi, apa kata kita ubah sikit diri kita. Belajar memaafkan, sebab dengan memaafkan dan meminta maaf tu menjadikan hati kita lebih tenang. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan kita manusia pendosa. Tak perlu nak sombong sangat. 
  2. Jangan berkeluh kesah dan bergundah gulana sebaliknya banyakkan berdoa kepada Allah. Ujian dan dugaan adalah tanda Allah sayang. Kita sepatutnya bersyukur sebab kita terpilih untuk diuji. Walaupun kadang-kadang kita rasa macam tak tertanggung, tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Bersangka baik, bersangka baik, bersangka baik. Berdoalah semoga Allah memudahkan semuanya. Amin.
  3. Hiduplah secara sederhana walaupun kita seorang yang berharta dan mempunyai pangkat. Macam susah je kan nak jumpa orang yang 'kaya' tapi hidupnya serba sederhana. Bukan takde, tapi jarang kot. Apa yang biasa kita nampak, asal kaya je rumah melaut macam istana. Asal kaya je, kereta besar menjalar berderet-deret kat depan rumah. Em... semoga lepas ni kita ni kita lebih istiqamah. Amin.
  4. Sentiasa positif lebih-lebih lagi bila ditimpa musibah. Macam yang cikla cerita sebelum ni, kita sentiasa bersangka baik. Walaupun mungkin kadang-kadang kita rasa tak mampu nak hadapinya, tapi percayalah semuanya pasti ada hikmah yang terselit. Banyakkan berdoa supaya Allah mempermudahkan semuanya.
  5. Banyakkan memberi dan bersedekah walaupun kita rasa terhalang daripada menerima pemberian orang. Makna di sini, bersedekahlah pada orang walaupun orang tak bersedekah pada kita. Cikla selalu dengar orang cakap, "Rezeki kita pada orang, rezeki orang pada kita..." Betullah tu. Pendek kata, jangan berkira dalam memberi lebih-lebih lagi kepada orang yang memerlukan. Sesungguhnya, tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. 
  6. Sentiasa tersenyum walaupun hati kita sendiri sedang dalam kesedihan. Betullah orang cakap dengan senyuman boleh menyembunyikan rasa gundah di hati. Lagipun, senyuman itu pemanis wajah. Senyum... tak perlu kata apa-apa. 
  7. Jangan jemu berdoa untuk kebaikan orang lain lebih-lebih lagi tanpa pengetahuan mereka. Kalau kita selalu berdoa untuk orang lain, tak mustahil orang lain akan turut mendoakan kita. 

Jom semua, apa kata kita amalkan perlahan-lahan. Tak payah nak buat drastik sangat. Kita ubah sikit-sikit. Insha Allah, kita akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. 

Jom berubah menjadi yang lebih baik... ❤️❤️❤️



28 June 2017

Turn beraya di rumah mak pulak.

June 28, 2017 8 Comments
Turn beraya di rumah mak pulak. | Assalamualaikum wbt. Wit wit...  Hari ni dah hari keempat raya dah. Wah, pantasnya masa berlalu kan. Pejam celik, pejam celik dah nak dekat seminggu dah raya.  Ermmm.. Korang dah habis round beraya ke? Ke masih lagi mood beraya membara-bara? Ke just lepak kat depan TV je layan macam-macam cerita. Kalau itu memang best kan...

Sekarang ni cikla, dah kat umah mak cikla pulak. Malam tadi sampai. Adududu... Raya ketiga baru dapat balik umah mak. Tunggu kak ipar sebelah rumah balik dari kampung, sebab bergilir temankan pak mertua yang kurang sihat. Lagipun, memang tahun ni turn raya Banting dulu walaupun takde istilah raya ikut turn sebenarnya. Hihi.

Turn beraya di rumah mak pulak. 


Turn beraya di rumah mak pulak.
Turn beraya di rumah mak pulak. Dengan budak angin satu badan. Hihi. 

Dah raya keempat kat, of course lah ketupat rendang dah takde dah. Biasalah, nak dapat ketupat rendang lemang semua tu raya pertama memang meriahlah. So, hari ni mak cikla masak mee sup je. Masakan mak always tersedap di dunia walaupun yang simple. Sedap sangat kan. Entah apalah rahsianya... Huhu...

Tadi tengah hari sempat jugak cikla pergi beraya kat umah pak su cikla kat Jeram. Cik hubby kerja pulak raya ni. Lepas hantar cikla balik sini, pagi tadi dia pergi kerja balik. Huwaaaa... Seminggu ooo kerja. Memang frustrated jugaklah... Tak dapat nak beraya ke mana. Duduk rumah tunggu orang datang...

Oklah korang, selamat beraya. Raya, raya jugak. Kesihatan kena jaga tau... Have fun! 

Daaaaaaaaa... ❤️❤️❤️

26 June 2017

3 tips makan secara sihat di hari raya.

June 26, 2017 5 Comments
3 tips makan secara sihat di hari raya. | Assalamualaikum wbt. Hari ni baru raya kedua. Mesti semangat nak beraya dan pergi menziarahi sanak saudara dan sahabat handai masih lagi merah membara. Betul tak? 

Bila kita berkunjung ke rumah mereka, sudah tentu kita dijamu dengan macam-macam jenis makanan kan. Itu belum lagi dengan biskut raya dan kuih muih. Sampai tak termakan. Lagipun, setahun sekali kot. Nak-nak pulak ada kuih tu yang kita tak boleh jumpa masa hari raya je. Hari tak raya memang tak kan jumpa punyalah. Rugilah kalau tak makan kan....

3 tips makan secara sihat di hari raya.
3 tips makan secara sihat di hari raya. Sumber Google. 

Sebenarnya, boleh je kalau korang nak bedal semula. Tapi, biarlah kena dengan caranya. Maksudnya, biarlah berpada-pada. Jangan makan tak ingat dunia pulak. Ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk makan secara sihat pada hari raya ini. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

3 tips makan secara sihat di hari raya.


Pertama : KURANGKAN LEMAK.


  1. Tips ni korang boleh praktikkan sebelum raya lagi. Kalau korang plan nak buat sendiri biskut raya, sebaiknya kurangkan gula, lemak dan minyak. Contohnya, kalau kat dalam  resipi kata guna 2 cawan gula, korang kurangkan jadi satu cawan je. Kalau kat resepi cakap guna menggunakan mentega, korang tukarkan dengan marjerin (cari marjerin yang sesuai untuk dibakar). Kalau korang nak tau, ada 2 jenis marjerin, iaitu untuk sapuan dan untuk masakan/bakar. Penggunaan minyak pun sama, kurangkan jugak. Lepas tu, guna tepung berserat tinggi untuk tambah serat.
  2. Kalau korang beli daging atau ayam, seeloknya buang semua lemak dan kulit sebelum dimasak. Jangan potong besar sangat.
  3. Selain itu, makanan yang dirancang untuk korang hidang jugak perlu dipastikan hanya 1 menu je yang guna santan atau nak lagi sihat korang ganti je dengan susu rendah lemak.


Kedua : MINUM AIR SUAM.


  1. Kalau korang berkunjung ke rumah saudara-mara, korang boleh makan pelbagai jenis biskut yang dihidangkan. Tapi, setiap jenis biskut tu pastikan sekeping je korang makan. 
  2. Untuk makanan berat pulak, amik semangkuk/sepinggan makanan seperti lontong tapi kuahnya jangan amik banyak sangat sebab kandungan santannya.
  3. Minum air suam. Sebaiknya, tuan rumah digalakkan letak air suam/mineral water  di atas meja.
  4. Sebenarnya, tuan rumah boleh hidangkan buah-buahan untuk tetamu. M in kin ramai yang confius, dan ingat buah jugak manis. Kalau korang nak tau, buah tergolong dalam gula ringkas yang boleh tenaga segera.
  5. Tapi, korang jugak kena berhati-hati makan buah-buahan ini sebab ada banyak buah-buahan bermusim seperti durian dan rambutan. Kalau korang nak makan rambutan, ambik 4 biji je,  manakala durian kampung korang ambik 3 ulas je. Kalau durian jenis king, seulas pun dah ok sebab isinya tebal.
  6. Kebanyakan orang yang mengganggu kalau makan banyak makanan manis mesti kena minum air kosong yang banyak. Tapi, kalau korang nak tau, walaupun korang dah minum beberapa botol air kosong, kandungan gula yang korang dah ambik tetap ada di dalam badan korang.
  7. So, cara  nak menyahkan gula adalah dengan cara bersenam dan sebaiknya pilih senaman yang sesuai dengan keadaan korang. Contohnya, berbasikal, main badminton dan berenang.


Ketiga : SAIZ HIDANGAN YANG KECIL. 


  1. Tuan rumah seeloknya menyediakan saiz hidangan yang kecil seperti ayam dan daging dipotong kecil serta mangkuk hidangan yang kecil. So, korang boleh ambik 2 potong je lemang. 
  2. Kalau korang bawak anak-anak, jangan ambik makanan sampai penuh 1 pinggan, alasannya pulak sebab nak suap hendak menyuap anak-anak kononnya. Budak-budak... biasalah, makan pun sikit je. Lepas tu, lebih maknya yang makan. Kalau tak makan membazir pulak. Membazir kan amalan syaitan. Huhu. 
  3. Korang makan banyak  sayur-sayuran seperti yang terdapat dalam hidangan lodeh dan pecal.
  4. Ada jugak orang bila nak menghadiri jemputan rumah terbuka, tak nak makan di rumah sebab 'berniat' nak makan banyak kat sana. Sebenarnya, lagi elok kalau korang makan sesuatu di rumah sebelum pergi. Sekurang-kurangnya, masa kat sana korang boleh hadkan apa yang korang nak makan sebab perut  masih lagi kenyang.


Apa yang penting, makanlah secara sederhana dan sebaiknya amalkan panduan kesihatan yang selalu disarankan, iaitu suku, separuh - suku untuk bijirin, nasi, mi, kuetiau, suku lagi protein seperti ikan, ayam dan daging manakala separuh ialah sayur-sayuran dan buah-buahan.

Selamat hari raya semua... Maaf zahir batin... ❤️❤️❤️


Sumber SINI.

24 June 2017

Dapat sampul raya melalui Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz.

June 24, 2017 2 Comments
Dapat sampul raya melalui Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. | Assalamualaikum wbt. Tempoh hari, cikla ada join segmen anjuran blogger Papaglamz. So, tuan penganjur berbesar hati nak bagi sampul raya pada semua yang join. Yeayyy... termasuklah cikla ni. 

Dapat sampul raya melalui Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. 


Dapat sampul raya melalui Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz.
Dapat sampul raya melalui Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. 

Cikla dah terima sampul ni dua hari lepas kalau tak silap. Sebenarnya, cikla dah terlupa pun pasal ni. Itulah, memula bukak sampul surat tu macam blur jugak fikir macam mana boleh menang sampul tu. Hehe. Jangan marah naaaa, cikla ni memang pelupa sikit. Huhu. 

Walaupun apapun, thanks pads Papaglamz sebab bagi sampul raya ni. Comel jugak, warna pink lagi you..  Hihi... Semoga murah rezeki tuan... Amin...

Itu je nak cerita...

22 June 2017

Segmen: Bloglist Haslina : July 2017.

June 22, 2017 5 Comments
Segmen: Bloglist Haslina : July 2017. | Assalamualaikum wbt. Korang dah join segmen ni tak? Kalau belum, jomlah join sama. Sebelum tu, thanks Shikin sebabnya tag cikla. Korang kalau nak join jugak, klik je banner kat bawah ni. 

Segmen: Bloglist Haslina : July 2017.


Segmen: Bloglist Haslina : July 2017.
Segmen: Bloglist Haslina : July 2017.

So, cikla nak tag 3 kawan blogger cikla yang ohsem ni. SAYIDAHNAPISAH, KAK SUE, ANASUHANA untuk join sama. Yang tak ditag pun boleh join jugak. No hal punya. 

Segmen berakhir pada jam 8.00 malam 29 Jun 2017. Pemenang pulak akan dipilih melalui khidmat random.org dan result segmen akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

Selamat bersegmen korang... ❤❤❤

Teknik macam mana nak tegur suami panas baran.

June 22, 2017 4 Comments
Teknik macam mana nak tegur suami panas baran. | Assalamualaikum wbt. Korang tengok tak drama 'Andainya Takdir' lakonan mantap Syukri Yahya dengan Nina Iskandar? Kisah suami yang cemburu buta dan panas baran. Dah trending dah kot drama ni. Cikla memang follow drama ni dari awal lagi. Apa yang cikla nak share dengan korang berdasarkan drama ni adalah macam mana seorang isteri nak hadapi seorang suami yang panas baran, kaki pukul dan cemburu buta.

Mungkin si isteri dah berusaha untuk 'membantu' suaminya sembuh tapi usaha untuk berubah perlu datang dari diri si suami tu jugak. Orang cakap dua-dua pihak kena usaha untuk perbaiki mana yang tak bagus. Untuk pengetahuan korang, menurut Dr. Taufiq Razif melalui laman muka bukunya, ada beberapa teknik yang si isteri perlu praktikkan untuk menegur suami yang panas baran. Apa kata kita baca yang seterusnya.

Teknik macam mana nak tegur suami panas baran.


Teknik macam mana nak tegur suami panas baran.
Teknik macam mana nak tegur suami panas baran. Sumber Google. 


  1. Bila cik suami balik dari bekerja, jangan pulak korang terus bebel dan luah masalah kat dia. Biarkan dia baca suratkhabar dan duduk dengan tenang dulu. Ceritalah masalah kita bila kita nampak suami dah mula tenang dan pernafasan dia dah mula teratur. Mulakan dengan senyuman dan pilih perkataan yang baik-baik je supaya sedap didengar suami.
  2. Biasanya suami akan cepat melatah bila perut dia lapar. Sebelum nak mintak apa-apa atau nak tegur dia, jamu dulu perut suami dengan menu kesukaannya. Pastikan perut dia kenyang dulu, InshaAllah cepat je dia terima.
  3. Kalau kita nak mintak suami buat apa-apa contohnya kita nak suruh dia tolong kita buat kerja rumah, jangan suruh secara 'direct'. Biasalah, seorang lelaki yang bernama suami ni mempunyai ego yang tinggi sangat dan pantang disuruh. Apa kata, korang cuba guna teknik mintak simpati camni. Contohnya, "Abang, saya rasa tak sedap badan la. Kain banyak lagi tak bersidai ni. Saya dah cuba sidai bang tapi macam tak larat je kalau saya buat sorang-sorang". Nampak kan? Tak percaya, cubalah buat...
  4. Memang ada suami yang tahap panas barannya maha dashyat. Isterinya tak langsung nak bersuara. Ada cara nak tegur suami macam ni, iaitu tegur dia masa dia dalam keadaan mamai. Kalau korang nak tau, waktu yang terbaik adalah masa suami dah pejam mata dan tengah berada dalam keadaan separuh jaga. Walaupun dia nampak macam dah tidur tapi minda separa sedar (subconscious mind) dia masih tetap aktif. So, waktu inilah la kita boleh nasihat dan mintak belas ihsan dia.
  5. Tapi, rasanya teknik yang paling ampuh adalah dengan berdoa. Sebenarnya, yang boleh membolak balikkan hati manusia adalah Pemilik hati tu sendiri. Kuasa doa dipandang remeh terutama doa seorang isteri yang teraniaya. Semasa solat, berdoalah sungguh-sungguh pada Allah. Insha Allah, akan dimakbulkan.

Teknik macam mana nak tegur suami panas baran.
Teknik macam mana nak tegur suami panas baran. Sumber Pinterest. 

Menurut Dr. Taufiq Razif jugak, sebenarnya hidup berumahtangga ni adalah ujian keimanan untuk kita. Ujian setiap orang mungkin tak sama, sebab ada yang diuji dengan anak-anak, ada yang diuji dengan harta benda. Malah, ada juga yang diuji dengan suami sendiri. Pesan Aa Gym, seorang pendakwah terkenal Indonesia, "Allah bagi kita masalah sebenarnya bukan untuk kita selesaikan, tapi Dia bagi kita masalah untuk kita dekatkan diri pada Dia".

Kalau ada yang sedang mengalami masalah keganasan rumahtangga, korang jangan teragak-agak minta bantuan dan perlindungan di Talian Kasih 15999 ataupun terus pergi ke hospital kalau dicederakan. Buat report di balai polis dan pejabat kebaikan terdekat. Jangan biarkan diri kita terus menjadi mangsa 'kekejaman' dan sikap buas seorang suami yang panas baran.

Sayang apa namanya kalau hari-hari naik kaki tangan. Sayang cari 'berpenyakit' namanya tu. Kita sebagai isteri kena berani bertindak....


Sumber Facebook page Dr. Taufiq Razif.

21 June 2017

25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.

June 21, 2017 18 Comments
25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua orang  tahu apakah itu cuka kan. Ada orang yang menggunakan cuka dalam setiap masakannya sebagai penambah rasa. Untuk pengetahuan korang, cuka merupakan adalah sejenis cecair yang sebahagian besarnya terdiri dari sebatian asid asetik dan air. Manakala, asid asetik dihasilkan melalui pemeraman etanol oleh bakteria asid asetik. (Sumber SINI

Sebenarnya, terlalu banyak kebaikan cikla ni tau. Mungkin ada yang korang dah tau, dan mungkin ada sesetengahnya yang korang tak tau dan baru tau. Jom baca 25 kebaikan yang boleh kita perolehi dari pada cuka ni. Teruskan membaca sampai habis tau....

25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.


25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu.
25 kelebihan CUKA yang mungkin korang tak tahu. Sumber Google. 

  1. Cuka boleh menyelesaikan masalah singki dan tombol paip ‘chrome’ yang diseliputi daki putih seperti kaput. Caranya senang je, just sental kawasan  yang bermasalah tu dengan menggunakan campuran 2 sudu besar ‘garam’ dan 1 sudu kecil ‘cuka’.
  2. Dengan cuka, ia mampu membersihkan meja atau ‘Counter Top’ dan membuatkannya berbau harum semula, iaitu dengan cara mengenap meja tersebut dengan kain yang telah direndam dalam cuka pekat. 
  3. Cuka juga boleh membersihkan dan mewangikan saluran paip singki dan lubang paip lantai, dengan menuangkan 1 cawan baking soda, kemudian 1 cawan cuka panas. Biarlah selama 5 minit dan akhir sekali tuangkan air panas.
  4. Bau yang kurang enak pada tong sampah atau tempat pengumpulan sampah boleh dinyahkan dengan cuka, iaitu dengan cara menuangkan sehingga rata ½ cawan  serbuk baking soda dan ½ cawan cuka. Biarkan selama 5 minit, sebelum dibilas dengan air panas.
  5. Jangan tak percaya ye, cuka jugak berupaya 'mencuci' oven microwave korang. Caranya mudah je, hanya mencampurkan ½ cawan cuka dengan ½ cawan air dalam mangkuk mesra microwave tu. Kemudian, biarkan campuran yang dalam microwave oven tu sampai mendidih selama beberapa ketika. Ajaibnya, sisa makanan yang terlekat pada mangkuk tersebut akan tertinggal sekaligus bau busuk jugak akan hilang. Kemudian, lap mangkuk tersebut sampai bersih.
  6. Cuka jugak berkuasa membersihkan rak dan dinding di dalam peti ais. Korang ambil kain dan celupkan kain tersebut dalam campuran cuka dan air biasa, selepas itu lapkan pada tempat yang terlibat. 
  7. Selain dari rak dan dinding dalam peti ais, cuka jugak boleh membersihkan daki dan kotoran di atas peti ais. Just gunakan cuka pekat, kemudian lap dengan menggunakan kertas tisu atau kain.
  8. Oven yang selalu digunakan mesti ada 'kesan-kesan' degil pada pintunya kan. Kalau korang nak tau, guna je cuka untuk 'membebaskan' pintu oven daripada selaput minyak. Caranya senang je, korang sapukan cuka pekat pada pintu oven. Kemudian, korang biarkan pintu oven terbuka lebih kurang 10-15 minit sebelum dibersihkan dengan span.
  9. Gelas yang dah lama dan selalu digunakan mesti akan jadi pudar kan. Takpe, guna gelas je. Berseri balik gelas korang tu. Caranya, korang rendam kain tau kertas tisu yang tebal dalam bekas berisi cuka pekat dan bungkus gelas korang yang pudar tu dengan kain/kertas tisu tersebut. Biarlah sekejap, sebelum dibilas bersih. 
  10. Kadang-kadang ada sesetengah cawan yang mempunyai daki pada celah tangkai dan badannya. Tapi, takpe. Lepas ni dah senang dah nak cuci daki ni semua. Korang amik garam atau baking powder, kemudian sentallah cawan tu. Insha Allah, semua daki tu akan tanggal dan cawan korang akan berseri-seri. 
  11. Cuka jugak boleh menghilangkan daki dan bau hapak pada bekas plastik atau tupperware. Senang je, korang lap je bekas plastik tu dengan kain yang telah dibasahkan dengan cuka. 
  12. Untuk menghilangkan kesan bau pada bekas makanan pulak, korang masukkan sekeping roti yang dah direndam dalam cuka dan biarkan semalaman. Insha Allah, hasilnya nanti pasti tak mengecewakan. 
  13. Cuka juga boleh menghilangkan kesan daki dalam ruang sempit pada balang kaca, pasu bunga kaca, botol dan lain-lain.  Caranya, hanya rendamkan dalam cuka untuk beberapa ketika, kemudian bersihkan menggunakan beras atau pasir bagi menanggalkan daki. Kalau perlu,  ulanglah beberapa kali. 
  14. Makanan basi memang menimbulkan 'aroma' bau yang kurang elak. Senang je nak hilangkan bau ni sebenarnya. Korang just bersihkan kawasan yang terkena dengan air dan sabun. Kemudian, sembur  tempat yang terlibat dengan cuka pekat dan keringkan guna kain lembap. Selepas itu, isi satu bekas kecil dengan baking powder dan letakkan di dalam peti sejuk selama beberapa hari.
  15. Kalau korang nak menanggalkan tanda harga, decal atau label pada bekas, guna aje cuka. Caranya, bungkus/tutup dengan kain yang telah direndam dalam cuka. Kemudian, biarkan semalaman dan tanda harga akan tanggal.
  16. Untuk membersihkan bahagian roda pada alat pembuka tin pulak, korang cuci bahagian tersebut dengan menggunakan cuka pekat dan berus gigi terpakai.
  17. Kalau nak membersihkan minyak pada ‘exhaust fan’ atau cooker hood atau oven,  korang just celupkan span ke dalam cuka pekat dan sapu bahagian yang berminyak sehingga bersih.
  18. Kalau nak menyegarkan bilik air, korang just campurkan 1 sudu kecil soda bikarbonat, 1 sudu kecil cuka dan 1 cawan air. Kemudian, masukkan ke dalam penyembur dan semburkan campuran tersebut di sekitar bilik air.
  19. Kadang-kadang, kalau ada kotoran pada karpet mesti macam susah nak bersihkan kan. Betul tak? Tapi, takpe. Lepas ni, korang boleh guna cuka je untuk membersihkan tompokan kotoran pada karpet. Caranya adalah dengan mencampurkan 2 sudu kecil ‘cuka’, ¼ garam atau soda bikarbonat. Kemudian, korang sental kotoran tu dengan menggunakan campuran tersebut. Lepas tu, buatkan kering sebelum divakum pada keesokannya. 
  20. Kadang-kadang, gunting yang kita gunakan untuk menggunting cellotape mesti ada kesan yang mereka pada gunting kan. Senang je nak bersihkan kesan yang melekat ni. Korang hanya lapkan je kesan tersebut dengan kain yang direndam dalam cuka pekat.
  21. Ibu yang ada anak kecik mesti pening fikir macam mana nak hilangkan bau hancing kat atas tilam. Budak-budak, biasalah. Kadang-kadang, 'terbabas' jugakkan. Nak bersihkan dan hilangkan bau asem ni senang je. Korang campurkan sedikit cuka dan air. Kemudian, ambil kain dan rendam dalam campuran tersebut, sebelum dilap pada tompokan air kencing di atas tilam. Lepas tu, renjiskan kawasan tersebut dengan ‘baking soda’, dan biarkan kering sekejap. Dah kering korang vakum. 
  22. Untuk membersihkan peralatan seperti perak, gangsa dan pewter yang tercemar dan nampak lusuh, korang campurkan garam dan cuka dengan sukatan yang sama dan jumlah yang sesuai. Kemudian, gunakan campuran ini untuk menggilapkan peralatan perak, gangsa dan pewter tersebut.
  23. Bagi menanggalkan kesan tompokan hitam di dalam periuk aluminium,  campurkan 1 cawan cuka dan 1 cawan air. Kemudian, masukkan ke dalam bekas aluminium tu dan panaskan campuran cuka dan air sehingga mendidih. Nanti kesan tompokan hitam akan tanggal.
  24. Cuka juga boleh menghindarkan semut. Korang semburkan cuka pekat di kawasan di luar pintu, tingkap, sekeliling peralatan atau di kawasan yang sering di hurungi semut. Insha Allah, semua akan hilang. 
  25. Untuk memulihkan span atau pengelap pinggan. Korang rendamkan span atau pengelap tu di dalam air dan masukkan ¼ cawan cuka kedalamnya. Biarkan terendam semalaman.


Wow, memang banyak kebaikan cuka yang kita boleh cuba kan. Selamat mencuba... ❤️❤️❤️


Sumber SINI.

19 June 2017

Sebulan tanpamu THYROXINE!

June 19, 2017 6 Comments
Sebulan tanpamu THYROXINE! | Assalamualaikum wbt. Selepas cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy, cikla kena ambil pil thyroxine seumur hidup. Pil ni takdelah besar mana. Kecik je. Panadol lagi besar kot. Macam pil vitamin yang warna kuning kalau tak silap, yang kita makan masa mengandung tu. Lagipun, bukannya ada rasa pun. Masa telan tu tak terasa lalu kat tekak. Masa memula lepas operate tu cikla kena makan sebijik. Sebulan lepas tu, up pulak dua biji. Sebenarnya, bilangan pil thyroxine ni bergantung kepada result darah kita.

So, apa pulak dia pil thyroxine ni? Apa pulak fungsi dia pada badan kita dan macam mana dia menjalankan tugasnya.

Sebulan tanpamu THYROXINE!
Sebulan tanpamu THYROXINE! 


Apa dia thyroxine ni sebenarnya?


Thyroxine atau L-Thyroxine adalah dua pil yang sama. Nama je lain. Memula tu, cikla macam confius jugak. Ingatkan lain, rupanya sama je dua pil ni. Untuk pengetahuan korang, pengambilan pil thyroxine adalah sebagai pengganti kepada kekurangan sumber hormon tiroid, iaitu hipotiroidisme. Thyroxine juga digunakan dalam rawatan di mana penghasilan hormon tiroid dalam badan adalah tak mencukupi.

Macam mana thyroxine ni berfungsi?


Dalam rawatan Thyrosit, ia mengandungi bahan aktif L-thyroxine sodium yang merupakan sejenis hormon tiroid. Seperti yang kita tau, thyroxine adalah hormon terpenting yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Hormon ini terlibat dalam kawalan macam-macam fungsi badan, termasuklah fungsi melibatkan perkembangan dan tenaga (metabolisme). So, bila kelenjar tiroid dah takde, inilah kerja si thyroxine ni, iaitu menggantikan tugas kelenjar tiroid menghasilkan hormon untuk badan kita.

Kenapa cikla kena stop ambil pil thyroxine selama sebulan?


Hari ni dah hari ketiga cikla tanpa thyroxine. Sebenarnya, cikla stop ambil pil ni ada sebab. Sebabnya, cikla kena jalan rawatan RAI sebulan lagi. Huaaa, mujurlah lepas raya. Sempat lagilah nak makan kuih raya kan. So, salah satu syarat untuk jalan rawatan ni adalah kena stop ubat dan semua supplement terutama yang berasaskan gamat sebulan sebelum rawatan...

Alhamdullillah, tiga hari ni cikla ok. Dapat bertahan sampai berbuka. Orang hypo macam cikla ni sebenarnya tak boleh skip pil thyroxine ni. Tapi, dah terpaksa skip kan. Kalau tak, tak berkesan pulak rawatan tu nanti.

Nanti cikla share pasal rawatan tu pulak ye.. Apa kena buat sebelum, semasa dan selepas rawatan...

*nervous pulak menjalani rawatan RAI tu nanti... Huhu...


Sumber npra.moh.gov.my

16 June 2017

Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak?

June 16, 2017 4 Comments
Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak? | Assalamualaikum wbt. Bila dah jadi salah seorang 'pesakit' ni, nak tak nak mesti kena makan ubat jugak. Macam cikla, since my tiroid ni dah terpisah dari diri ni, memang cikla amik pil levothyroxine sebagai pengganti sumber hormon yang telah dihasilkan oleh si kelenjar tiroid itu. Tapi, itulah. Bagi cikla, ok je kot. Pilnya bukannya besar mana. Panadol lagi besar kot. Kecik cinonet je. Sekali telan memang tak terasa pun lalu kat tekak ni. So, takde masalah pun nak amik pil ni. Lagipun, makannya pun sekali sehari je. 

Tapi, cikla percaya ada jugak yang sengaja skip ubat tak kiralah beliau itu hipertiroid atau hipotiroid. Orang cakap, kalau skip ubat ni boleh mengundang risiko yang memudaratkan. Tapi, itulah kan. Mungkin mereka yang skip ubat ni tak pernah merasa akibatnya, memang tak takutlah. 

Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak? 


Boleh ke pesakit tiroid skip ubat? Ada risiko tak?

Sebenarnya, pesakit tiroid yang mengidap samada hipotiroid atau hipertiroid boleh mendapat risiko yang bahaya kalau mereka skip ubat tanpa nasihat doktor. Nak tau apa simptom-simptomnya? Jom baca selanjutnya... 

Risiko tak mengambil ubat Penggantian hormon tiroid bagi pesakit hipotiroid. 


Kalau korang mengalami hipotiroid (macam cikla lah ni), sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau korang gagal untuk mengambil  ubat tiroid  iaitu, levotiroksina, thyroxine atau lain-lain ubat penggantian hormon tiroid, keadaan ini boleh menimbulkan risiko kepada kesihatan korang.

Risiko-risiko yang mungkin wujud adalah seperti berikut : 

  1. Keadaan tekanan darah menjadi tak menentu. 
  2. Mempunyai suhu badan yang rendah dan sentiasa berasa sejuk. 
  3. Mengalami keletihan, kemurungan dan masalah memori (mudah lupa). 
  4. Mempunyai kolesterol tinggi (rawatan tahap kolesterol tinggi).
  5. Berat badan bertambah. 
  6. Mengalami ketaksuburan dan keguguran. 
  7. Kematian pada kelahiran dan kelahiran pramatang.  
  8. Keadaan haid yang tak menentu. 
  9. Kehilangan atau penurunan nafsu seks.
  10. Kelemahan otot, sakit sendi atau otot. 
  11. Sembelit.  
  12. Rambut gugur. 
  13. Tongan, kaki dan muka mengalami pembengkakan. 
  14. 3Pertumbuhan nodul tairod sekaligus meningkatkan saiz goiter. 
  15. Peningkatan risiko penyakit jantung dan risiko jangkitan. 
  16. Koma dan kematian. 

Risiko tak mengambil ubat antitiroid bagi pesakit hipertiroid. 

Kalau korang mengidap hipertiroid tak kiralah samada disebabkan oleh penyakit Graves, nodul toksik dan sebab-sebab lain, kalau korang gagal mengambil ubat antitiroid seperti methimazole atau propylthiouracil / PTU, juga boleh menimbulkan beberapa risiko kepada kesihatan korang, iaitu :

  1. Menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. 
  2. Selera makan meningkat. 
  3. Mengalami letakutan, kerisauan dan serangan panik (panic attacks). 
  4. Sikap tidak bertoleransi panas, berpeluh dan keletihan. 
  5. Cirit-birit. 
  6. Haid tidak menentu. 
  7. Mengalami goiter atau pembesaran kelenjar tiroid. 
  8. Kelemahan otot.  
  9. Mengalami insomnia.
  10. Keadaan nadi yang laju, tekanan darah tinggi dan jantung berdebar-debar. 
  11. Loya dan muntah-muntah. 
  12. Kegatalan. 
  13. Gegaran atau menggigil. 
  14. Rambut gugur dan mata terjojol. 
  15. Strok, serangan jantung, thyroid storm dan kematian. 

Uishh... Bahaya kan kesannya. Kepada pesakit tiroid, jangan pandang ringan pada hal sebegini. Ada orang suka-suka je berhenti makan ubat, lebih-lebih lagi kalau tengok bacaan darah dah ok dan diri rasa sihat dah. 

Nasihat cikla, BERHENTI UBAT ATAS ARAHAN DOKTOR SAJA.

Sumber GROUP FACEBOOK TAIROD DAN ANDA. 

15 June 2017

Tips membeli ubat secara online.

June 15, 2017 3 Comments
Tips membeli ubat secara online. | Assalamualaikum wbt. Tak dinafikan, begitu banyak lambakan ubat-ubatan yang dijual secara online. Walaupun ada sesetengah ubat telah mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, namun ada jugak yang tidak berdaftar. Bahaya tu, sebab kalau kita beli ubat yang tak berdaftar kita berkemungkinan berhadapan dengan risiko bahaya dan kesan yang memudaratkan pada badan kita. 

Sebagai pengguna yang bijak, kita sepatutnya jangan mudah terpedaya dengan 'ayat' penjual yang bergantung semata-mata kepada testimonial pengguna produk mereka yang kononnya telah berjaya sihat kesan dari penggunaan produk mereka.

Tips membeli ubat secara online.
Tips membeli ubat secara online. Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, kat Malaysia ni untuk setiap iklan yang melibatkan ubat dan suplemen mesti membuat pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan mendapat permohonan dari Lembaga Iklan Ubat untuk orang awam dapat dilindungi supaya tak terpedaya dengan iklan ubat khasnya yang belum tentu berkesan. Bukan apa, takut nanti 'indah khabar dari rupa' pulak. 

Selain itu, kalau korang nak tau sebarang iklan yang 'telah diluluskan' akan diberi nombor kelulusan yang bermula dengan abjad KKLIU. Selain itu, produk yang dijual dan telah di daftar kan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah sepatutnya mempunyai nombor pendaftaran MAL.

Sebenarnya, macam-macam cara yang mereka gunakan untuk meyakinkan pengguna, antaranya menggunakan imej si penjual ubat yang memakai white coat dan stetoskop serta pengunaan gelaran seperti Dr, Prefossor,  Datuk dan sebagainya. Ada jugak yang menggunakan kenyataan adanya 'makanan sunnah' terkandung  di dalam produk mereka. 


Tips membeli ubat secara online. 


Tips membeli ubat secara online.
Tips membeli ubat secara online. Sumber Google. 

So, ada beberapa tips macam mana nak beli ubat melalui online. Kalau nak tau, teruskan membaca...

  1. Pengguna hanya boleh membeli ubat yang dikelaskan sebagai over-the-counter (OTC), tradisional dan suplemen kesihatan iaitu nombor MAL diakhiri dengan X, T dan N sahaja. Untuk pengetahuan korang, nombor MAL yang  diakhiri dengan A adalah dikelaskan dalam kumpulan ubat terkawal dan memerlukan prescription doktor kalau nak mengambilnya. Korang boleh semak produk yang berdaftar di website www.pharmacy.gov.my atau www.npra.gov.my.
  2. Ubat terkawal dan memerlukan prescription doktor tak boleh dijual secara online.  Ubat sebegini hanya boleh diberi oleh doktor yang bertauliah dan ahli farmasi berlesen. 
  3. Kalau nak beli online jugak, pastikan laman web diuruskan oleh ahli farmasi yang berlesen. 
  4. Seeloknya elak dari membeli produk dari luar negara. 
  5. Elakkan diri dari terpedaya dengan iklan dan pujuk rayu si penjual. Nanti kalau apa-apa kita juga yang  susah.


Untuk pengetahuan korang jugak, ubat yang tak berdaftar ditakuti akan dicemari dengan racun berjadual yang boleh mengancam nyawa kita. Kalau korang nak semak produk yang korang syak ada racun, korang boleh semak produk tu di www.pharmacy.gov.my atau www.npra.gov.my. Selain tu, korang boleh upload apps di Google Store 'Cakna Ubat Anda' untuk mendapatkan sebarang info mengenai ubat. Korang jugak boleh follow page Facebook 'Medical MythBusters Malaysia' untuk mendapatkan semua maklumat yang berkaitan.

For any inquiry, korang boleh call talian bebas tol 'Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan'  di 1-800-88-6722.

Be alert and careful.... ❤️❤️❤️


Sumber Normawati Mohamed Noor, Umikalsom Ibrahim dan Dzafarullah Daud (Cawangan Penguatkuasa Farmasi) melalui Ruangan Ubat Harian Metro.

14 June 2017

Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy.

June 14, 2017 1 Comments
Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy. | Assalamualaikum wbt. Cerita pasal tiroid ni belum habis lagi. Selepas cikla menjalani pembedahan total thyroidectomy sebulan yang lalu, alhamdullillah cikla rasa sihat. Cikla pun boleh puasa macam biasa. Takde rasa letih sangat. Selepas buang keseluruhan tiroid ni, cikla akan bertukar menjadi seorang yang hipo atau hipotiroidisme iaitu hormon tiroid rendah. Mana taknya, dah takde kelenjar tiroid kan. Macam mana nak hasilkan hormon tiroid. Huhu. 

Sebelum cikla bercerita pasal hipotiroidisme dengan lebih lanjut, cikla nak share dengan korang apakah 'risiko' yang mungkin pesakit hadapi kesan dari pembedahan ini.

Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy. Risiko yang mungkin dihadapi selepas pembedahan.


Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy.
Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy. Sumber Google. 

So, antara 'risiko' itu adalah seperti berikut;

  • Risiko di mana saraf yang berhubung dengan peti suara mungkin terpotong atau tercedera. Jika ini berlaku suara pesakit akan terjejas. Tapi, dalam kes cikla alhamdullillah, suara ok lepas pembedahan. Tak serak atau garau. Cuma, masa awal-awal selepas pembedahan haritu tekak perit je. Macam sakit tekak tu. 
  • Pesakit akan mengalami kebas di bahagian sekitar kelenjar selama tiga hingga enam bulan sebelum pulih sepenuhnya. Kalau yang ni memang sampai sekarang cikla rasa. Kalau cikla pegang area bawah dagu ke tempat bedah tu rasa macam 'tebal' je. Memula tu risau jugak, tapi doktor cakap keadaan macam tu normal. Nanti lama-kelamaan akan hilang. 
  • Berlakunya kekurangan pengeluaran hormon tiroid iaitu hipotiroidisme. So, pesakit mesti mengambil pil hormon tiroid perlu diambil bagi mengawal keadaan hipotiroidisme. Macam cikla, memang cikla makan levothyroxine selepas pembedahan. Masa awal dulu, sebiji untuk sehari, tapi sekarang up 2 biji pulak. Takpelah, kecik je kot pilnya. Hihi. 
  • Masalah kekurangan kalsium mungkin berlaku sebab semasa pembedahan dijalankan, risiko kecederaan kelenjar paratiroid mungkin berlaku. Kalau korang nak tau, terdapat empat kelenjar paratiroid di belakang kelenjar tiroid. Dua kanan, dua kiri. So, risiko kelenjar paratiroid ni disingkirkan sekali semasa pembedahan mungkin berlaku. So, pesakit perlu mengambil pil calcium. Tapi, bagi diri cikla sendiri alhamdullillah setakat ni cikla tak perlu lagi makan pil kalsium. Mungkin kelenjar paratiroid cikla dapat diselamatkan. 
  • Mungkin akan ada parut kekal kesan dari pembedahan. Tapi takpe. Kat pasaran sekarang ni macam-macam ubat hilang parut kan. Boleh cuba mana yang sesuai.

Macam yang cikla cakap sebelum ni, lepas cikla buat pembedahan ni cikla akan mengalami keadaan hipotiroidisme. Apakah dia hipotiroidisme tu, dan apa pulak simptom-simptomnya? Jom baca ni pulak.

Hipotiroidisme selepas pembedahan total thyroidectomy.


Untuk pengetahuan korang, hipotiroidisme berlaku disebabkan oleh  penyakit auto imun atau Hashimoto selepas seseorang itu  menjalani pembedahan. Hipotiroidisme berlaku bila kelenjar tiroid tak berfungsi dengan baik dan hormon tiroid tak dihasilkan dengan baik. Antara simptom hipotiroidisme adalah seperti berikut;

  • Rasa letih, lesu dan lambat bergerak. 
  • Mengalami despresi mental. 
  • Mengalami masalah ingatan. 
  • Berat badan akan meningkat. 
  • Mengalami sembelit. 
  • Intoleran sejuk. 
  • Rambut dan kulit jadi kering. 
  • Nampak bengkak di sekeliling mata. 
  • Haid yang banyak.

Kalau pada diri cikla sendiri, memang ada beberapa simptom yang cikla alami. Rasa letih dan cepat penat. Tapi, dah namanya suri rumah kan nak tak nak memang kena buat jugaklah rutin harian tu. Yang despresi mental tu, alhamdullillah cikla takde pulak mengalaminya. Berat badan pun still 52 kg, sama macam sebelum ni. Tapi, kalau naik sikit ok jugak. Takdelah nampak kering sangat. 

Cikla pun kadang-kadang rasa macam sejuk sangat terutama pada  waktu makan. Kalau dah sejuk tu, sejuknya rasa duduk dalam peti ais. Rasa macam ke tulang sejuknya. Tapi, keadaan tu takdelah lama sangat. Lepas cikla pakai baju tebal dengan selimut tebal, dah ok dah.

Semoga cikla dapat mengharungi 'dugaan' Allah ni. Alhamdullillah, sebab cikla terpilih untuk merasai 'pengalaman yang pada cikla tak semua orang boleh dapat.

Doakan cikla sembuh sepenuhnya ye...  Amin... ❤️❤️❤️


Sumber SINI, SINI, SINI, SINI.

13 June 2017

Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com

June 13, 2017 8 Comments
Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com | Assalamualaikum wbt. Hai korang, jom join segmen sis Mialiana.com ni buat. Manalah tau rezeki boleh stay dalam bloglist blog dia yang ohsem tu. Harap-harap bolehlah membantu menaikkan trafik blog yang suam-suam kuku ni. Hihi.

Apa lagi, jemput join memeriahkan suasana... 


Pencarian bloglist bagi bulan Julai, Ogos dan September 2017 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Jun 2017, iaitu tepat jam 4.30 petang sehingga hari esok, 4.30 petang 13 Jun 2017. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #26 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

Senang dan mudah bukan?

10 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2017.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Selamat bersegmen korang. Happy blogwalking too... ❤️❤️❤️

11 June 2017

Doa (Pray).

June 11, 2017 2 Comments
Doa (Pray). | Assalamualaikum wbt. Berdoalah, tak kira di masa senang atau susah. Berdoa di masa senang memohon keampunan Allah dan keberkatan nikmat yang diberi. Berdoa di masa susah memohon pertolongan dari Allah agar dimudahkan semua kesusahan. Hanya padaNya kita meminta. Mintalah, rayulah, dambalah kerana Allah sentiasa mendengar rayuan dan permintaan hambaNya.....

Doa (Pray).


Doa (Pray).

Pray because Allah always listens. Semoga bermanfaat untuk kita semua dan diri ini.

❤️❤️❤️

10 June 2017

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat.

June 10, 2017 8 Comments
MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat.  | Assalamualaikum wbt. Fuhhh, dah lama kot cikla tak join GA kan. Sebelum tu thanks Hani sebab tag cikla tau. Kalau bab topup ni macam menarik sikit. Free kan, siapa tak nak. Hihi. Korang dah join belum? Kalau belum, join klik banner kat bawah tu. 

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat.
MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat. 

MINI TOPUP GIVEAWAY by MerahCekelat. 


Syaratnya pun senang je. Just follow mem'follow' je. So, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan, cikla nak tag tiga orang sahabat cikla yang gojes ni untuk join sama. 

Pin pon pin pon...  Cikla nak ajak ;


Pendapat cikla, blog awak ni dah ok. Dah. Berlatar belakangkan warna putih, sedap mata memandang. Loading pun laju je, takde sangkut-sangkut. 

Korang yang tak ditag pun boleh join jugak. Lagi ramai, lagi best. Meriah sikit... 

Giveaway berlangsung dari 7/6/2016 hingga 16/7/2017. So, apa lagi. Cepat-cepat join. Good luck pada yang join. Happy blogwalking too... ❤️❤️❤️ 


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.