Selamat Hari Ibu!

By Cikla Shahril - May 14, 2017

Hari ni hari ibu. Pagi ni, time cikla skrol Fb  feeds memang hampir kesemuanya up status pasal hari yang istimewa ni. Memang besar pengorbanan ibu ni kepada kita sebagai anak. Bukan kita nak menafikan pengorbanan seorang insan bergelar ayah, tapi rasanya pengorbanan ibu lebih lagi kot.

Selamat hari ibu.
Sumber Google. 

Semuanya bermula start kita dari dalam perut lagi. Kegigihan ibu mengharungi dugaan masa mengandung, dengan morning sickness nya, loya, mabuk, hilang selera makan dan macam-macam lagilah. Itu belum lagi, masa mengandung  mempunyai 'masalah' lain. Uisshh. Saat yang paling getir adalah sangat melahirkan. Bak kata orang, nak keluarkan manusia tu. Memang macam-macam dirasai. Sakit kontraksi yang sangat memeritkan. Baring salah, mengiring salah, duduk pun salah. Semuanya serba tak kena.

Bila lahirnya anak ke dunia, rasa sakit automatik hilang. Yang muncul adalah rasa bahagia dan happy sangat. Kemudian, harungi saat berpantang pulak. Bila anak meningkat besar, ibu jugaklah yang gigih menjaga. Bila anak sakit sikit, mulalah tak keruan. Heboh ke sana sini mencari ubat nak bagi anaknya sihat balik. Selagi tak sihat anaknya tu, memang takde nya ibunya nak tidur nyenyak. Kalau anaknya yang dah kawin pun, si ibu masih lagi risau dengan anaknya.

So, cikla nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada emak cikla dan semua yang telah bergelar ibu. Begitu besar pengorbananmu ibu, sejak kami dilahirkan ke dunia ni sampailah kami dewasa. Tak terbalas rasanya semua pengorbananmu itu. LOVE U SO MUCH! 

Selamat hari ibu.
Sumber Google. 

"Lembut wanita kerana senyumannya. Cekal wanita kerana keberaniannya. Patuh wanita kerana kesetiaannya. Sabar wanita kerana imannya. Kasih wanita kerana belaiannya. Lemah wanita kerana airmatanya. Ikhlas wanita kerana simpatinya. Pendam wanita kerana cemburunya. Sayang wanita kerana sifat keibuannya. Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini.! Di sebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita. Selamat Hari Ibu. "

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Selamat hari ibu CikLa :)

    ReplyDelete
  2. Selamat hari ibu cikLa.
    Walau pun sebenarnya setiap hari adalah hari ibu.

    ReplyDelete