20 May 2017

# petua dan sumber alami

Jom ketahui magik si buah Aprikot.

Jom ketahui magik si buah Aprikot. | Assalamualaikum wbt. Siapa kat sini suka makan buah Aprikot? Buah Aprikot ni kecik je buahnya. Nama saintifiknya adalah Prunus Armeniaca. Warnanya pulak kuning keemasan. Kalau nak makan buah ni, korang boleh pilih sama ada nak makan fresh atau yang jenis kering. Ada sesetengahnya jugak, menjadikan buah Aprikot ni sebagai jem. Sedap katanya.

Buah ni dikatakan tak berair sangat dan rasa sweet gitu kalau korang makan fresh. Aprikot mengandungi banyak kebaikan yang bagus untuk kesihatan seperti zat, vitamin dan mineral. Jom kita baca apakah kebaikan buah Aprikot ni...

Jom ketahui magik si buah Aprikot.

Jom ketahui magik si buah Aprikot.
Jom ketahui magik si buah Aprikot. Sumber Google. 

  1. Kaya dengan vitamin A (retinol), yang mana ia adalah sejenis lemak mudah larut dan bagus untuk mata selain bagus untuk menguatkan sistem imun dan melindungi kulit. 
  2. Sumber serat yang baik sebab ia membantu memecahkan asid lemak dengan baik. Ia juga dipercayai boleh melindungi gastrousus melalui proses pembersihan yang kerap. 
  3. Aprikot juga baik untuk jantung sebab ia boleh mengurangkan kolesterol jahat seterusnya meningkatkan kolesterol baik.  Kehadiran sumber kalium di dalamnya dapat menjadikan tahap elektrolit dalam badan lebih seimbang sekaligus dapat melindungi jantung. 
  4. Sumber antioksidan semulajadi yang bagus dalam penyingkiran toksin daripada badan di samping ia juga boleh membunuh radikal bebas yang jahat dan mampu memperlahankan proses penuaan . 
  5. Aprikot bagus untuk kulit sebab ia mengandungi sumber vitamin C dan A serta fito zat. 
  6. Bagi orang yang sedang berdiet, elok makan buah Aprikot ni sebab ia merupakan sumber serat yang baik yang bagus untuk sistem pencernaan. Jangan tak percaya, ia boleh menjadikan kita sentiasa rasa kenyang, tapi dalam masa yang sama kalori dapat dikurangkan. 
  7. Kalsium yang ada dalam Aprikot membantu menjadikan tulang lebih kuat. Kehadiran kalium jugak menjadikan kalsium lebih mudah diserap. Nah, makan aje si Aprikot ni...


Wah wah, banyaklah kebaikan Aprikot ni. Pada yang nak berdiet, apa kata korang try berdiet dengan cik Aprikot ni. Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber Ruangan Khasiat Alami.

2 comments:

  1. banyak kelebihan aprikot ni eh. tapi mana nak cari? hehe

    ReplyDelete
  2. Banyaknya khasiat buah aprikot ni.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.