Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?

By Cikla Shahril - May 20, 2017

Lately, cikla asyik cakap dan cerita pasal tiroid, tiroid, tiroid. Sebenarnya, cikla baru je selamat menjalani pembedahan total thyroidectomy. Dah hampir 2 minggu lebih dah. Ada yang minta cikla share pengalaman cikla masa menjalani pembedahan tu. 

Tapi, sebelum tu cikla nak cerita dan share dengan korang apakah sebenarnya kelenjar tiroid dan fungsinya pada manusia.

Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya? Sumber Google. 

Untuk pengetahuan korang, kelenjar tiroid merupakan kelenjar endokrin yang berbentuk macam bentuk rerama. 

Ia terletak di hadapan bawah leher, yang mana ia berfungsi menghasilkan hormon tiroid yang masuk ke dalam darah seterusnya diangkut ke seluruh badan. 

Penghasilan hormon ni penting untuk mengawal metabolisme badan dan fungsi lain badan manusia.

Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?Sumber Google. 

Apakah penyakit kelenjar tiroid yang perlu kita tahu?
  1. Hipotiroid iaitu penyakit tiroid di mana  kelenjar tiroid menjadi kurang aktif seterusnya menghasilkan hormon yang jumlahnya kurang dari yang diperlukan oleh badan kita. 
  2. Hipertiroid iaitu penyakit tiroid di mana kelenjar tiroid terlalu aktif dan menghasilkan hormon yang jumlahnya melebihi yang diperlukan oleh badan kita.
  3. Nodul tiroid iaitu sejenis gumpalan yang terbentuk di dalam kelenjar tiroid.  Keadaan ni biasanya akan menyebabkan hipertiroidisme berlaku. 
  4. Goitre iaitu pembesaran yang berlaku  pada kelenjar tiroid. 

Ada beberapa simptom-simptom yang boleh kita perhatikan supaya kita dapat memastikan adakah kita penghidap penyakit tiroid.

  1. Alami pembengkakan kelenjar. Kalau yang ni memang cikla mengalaminya. Bengkak itu biasanya muncul di bahagian bawah leher. 
  2. Mudah penat. Rasa sangat penat walaupun tak melakukan aktiviti berat pun. 
  3. Gangguan berat badan, sebab ada pesakit yang makan berselera sungguh tapi berat badan tak naik-naik. Kalau macam cikla memang berat badan maintain. Makan banyak tapi berat badan still sama jugak. Selain itu, berat badan dikatakan akan naik atau turun dengan cepat dan tiba-tiba. 
  4. Rambut gugur. Hormon di dalam tubuh juga boleh dipengaruhi oleh kelenjar tiroid, sebab hormon yang membantu badan  menjaga kualiti rambut akan terjejas  bila ada  penyakit tiroid. 
  5. Sakit sendi, biasanya pesakit akan mengalami bisa sakit sendi dan otot. 
  6. Perubahan emosi yang mana emosi akan mengalami perubahan tak kiralah sama ada ia meningkat atau menurunkan kerana hormon ini turut di pengaruh oleh kelenjar tiroid.

So, penting sebenarnya untuk kita lebih peka dengan apa yang berlaku pada badan kita. Bukan apa, kalau masalah dapat dikesan awal, inshaa Allah kita boleh mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ni. 

Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Cara nak check leher untuk mengesan bengkak kelenjar tiroid. Sumber Google. 

Apa dia kelenjar tiroid dan fungsinya?
Simptom-simptom Hyperthyroid dan Hypothyroid. Sumber Google. 

Bagi pesakit tiroid, jangan putus asa. Semua penyakit ada ubatnya. Apa yang penting yang mudah putus asa. Berusaha dan berdoa untuk sembuh. Jangan mudah menyerah. Never give up till the end!

Sumber SINI dan SINI.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Info yang berguna... my cousin menderita penyakit tyroid. Apabila melibatkan hormon segala macam sistem badan terganggu... Tq for sharing...

    ReplyDelete