7 hari selepas operation.

By Cikla Shahril - May 09, 2017

Pejam celik, pejam celik dah seminggu dah cikla operation. Alhamdullillah, cikla sihat dan cikla dah balik ke rumah sendiri pun. Tapi, baby Zara tinggal dulu dengan opahnya kat kampung sebab cikla nak tunggu luka operation ni betul-betul baik. 

Lagipun, nanti mesti cikla selalu dukung-dukung Zara kan, takut lukanya lambat baik pulak. Cuma budak 3 orang ni je yang ikut balik. 

Kak Ika dengan kakak Mia kena sekolah. Abang Ammar yang sorang ni pun kadang-kadang dah buat cikla 'tercungap-cungap'. 

Adehh memang melayan kerenah anak bujang cikla yang sorang ni. Berhuhuhu ajelah. Itu pun cikla dah pun keluar hantar dan amik anak sekolah. Nak buat macam mana, terpaksa. Encik suami kerja. Nak tak nak haruslah kan.

Sejak cikla lepas operate ni, memang rutin seharian cikla berubah sikit. Setiap pagi, cikla MESTI ambil ubat levothyroxine sebiji setiap hari sebab untuk menggantikan thyroid gland cikla yang dah dibuang tu. 

Senang cerita, ubat ni untuk jana hormon yang sebelum dipertanggungjawabkan oleh thyroid gland tersebut.

Buat masa sekarang ni cikla masih lagi kena habiskan antibiotik. Ubat tahan sakit pun cikla still makan lagi, sebab kadang-kadang kalau cikla ligat sikit buat kerja macam berdenyut-denyut jugak sikit-sikit tempat operate tu. Hurmm, baru seminggu kot. 

Cikla diberitahu yang luka luaran akan sembuh dalam tempoh 1-2 minggu manakala luka dalaman sembuh dalam tempoh 3-6 bulan. Lama kan? Bertabahlah.

Makan pun tak berapa nak berselera sangat lagi, sebab kadang-kadang rasa loya mual tu masih ada. Masih tercari-cari apakah yang kena dengan tekak ni. 

7 hari selepas operation.
7 hari selepas operation. Kredit Google. 

Mujurlah cikla ada join group TAIROD DAN ANDA kat Fb, so dapatlah jugak serba sedikit ilmu dan tips dari pesakit yang sama macam cikla.

Sekurang-kurangnya kami tak keseorangan menghadapinya dan ramai yang bagi kata semangat dan dorongan. 

Jujur cikla cakap, semuanya macam mimpi je. Cikla diuji 'memiliki' sakit ni tapi cikla bersyukur sebab Allah memudahkan semuanya. Since dari cikla start check up sampailah cikla dah operate.

Thanks Allah! Ujian setiap orang tak sama. Ada orang lebih berat dugaannya. Apa yang penting, bersangka baik dan be positive.

Doakan cikla kuat ye.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Allahu, semoga cik La kembali sembuh sedia kala, dan tabah dalam ujian dariNya..jaga kesihatan ye..

    ReplyDelete
  2. Syafakillah CikLa. Keep positive and be strong.

    ReplyDelete
  3. Moga cepat sembuh ye cikla.. Rajin2 makan ubat..

    ReplyDelete
  4. Semoga baby dan ibunya sihat walafiat 😄

    ReplyDelete
  5. Syafakillah cik La..semoga segera sembuh

    ReplyDelete
  6. Minda yang positif akan cepat sembuh..

    ReplyDelete
  7. CikLa.. siqah baru baca post Cikla ni. Semoga cikla tabah dan kuat hadapi dugaan ini ye. Insyallah. Semoga cikla sentiasa berfikiran positif dan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  8. Sy baru lps operation total tiroidictemi 6 hari lps.. Kalo dulu cpt rasa panas dan bepeluh, skrg tiap2 hari rase sejuk mcm nk demam. Hari2 berbungkus dlm jacket dgn stokin bagai. Yg kekejangan tu x rase sgt dh. Cume tu sejuk campur sakit kpl campur selesma. Aku dh stat mandi shower pakai plastik balut kat leher. Andai ini kafarah utk dose2 aku yg bertimbun-timbun sblm ne, aku redha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa sejuk tu mmg Kdg2 saya rasa jugak. Walau apa pun, semoga awk cepat sembuh. Rehat byk2...

      Delete
    2. Bersangka baik.. Pasti ada hikmah ujian yg Allah bg kt insan terpilih mcm kita ni...

      Delete