31 May 2017

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.

May 31, 2017 55 Comments
Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.*this is sticky post until 8 pm on 31 May 2017. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

~SEGMEN TAMAT~

Assalamualaikum wbt. Rasalah dah lama cikla tak buat segmen kan. So, hari ni tergerak hati nak buat segmen sebab cikla nak tukar bloglist cikla tu. Kali ni cikla nak cari bloglist untuk Jun-September. Bukan apa, since cikla tukar template baru ni macam agak susah cikla  nak edit blog nak tukar-tukar guna phone atau ipad. Laptop masih 'sakit' lagi. Huhu. Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Jangan risau, mudah je syaratnya.

Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.


Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.
Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;


  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Tag 2 atau lebih kawan-kawan (wajib) untuk join segmen. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  7. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST Jun-September 2017.' Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. 
  8. Siap.

Segmen bermula dari 17 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama empat bulan. Wow, lama tu.

Tapi, kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. In shaa Allah, cikla akan pilih 2 orang yang bertuah untuk menerima hadiah misteri. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segemen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi gegar ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang. Terima kasih.


Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.

May 31, 2017 2 Comments
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. | Assalamualaikum wbt. Pada zaman Rasullullah SAW, banyak kisah-kisah tauladan yang boleh jadikan ikhtibar. Antaranya kisah seorang pembaca bersama Ukasyah. Nak tau apa kisahnya?  Jom baca seterusnya...

Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah


Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum baginda wafat. Rasulullah SAW telah jatuh sakit dalam tempoh yang agak lama sehinggakan sampai satu tahap keadaan baginda sangat lemah. Pada suatu hari, Rasulullah SAW telah meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid. Tak lama kemudian, makan penuhlah masjid dengan para sahabat. Semua sahabat merasa rindu kepada baginda sebab telah agak lama mereka tak mendapat taushiyah dr Rasulullah SAW.

Rasullullah SAW duduk dengan lemah di atas mimbar. Wajahnya nampak punat kerana menahan sakit yg sedang dideritainya. Kemudian Rasulullah SAW bersabda,

"Wahai sahabat-sahabatku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepadamu, bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,

"Benar wahai Rasullullah. Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yang layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda,

"Persaksikanlah ya Allah. Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi, dan setiap apa yang Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat. Akhirnya, sampailah kepada satu pertanyaan yg menjadikan para sahabat sedih dan terharu. Rasulullah SAW bersabda,

"Sesungguhnya, aku akan pergi menemui Allah. Dan sebelum aku pergi, aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia. Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua. Adakah aku berhutang kepada kalian? Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut kerana aku tidak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Ketika itu semua sahabat diam, dan dalam hati masing-masing berkata,

"Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita? Kamilah yang banyak berhutang kepada Rasulullah".

Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali. Tiba-tiba, bangun seorang lelaki yang bernama UKASYAH, seorang sahabat 'bekas preman' sebelum dia masuk Islam. Dia berkata,

"Ya Rasulullah! Aku ingin sampai kan masalah ini. Seandainya ini dianggap hutang, maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutangmaka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah SAW berkata,

"Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita.

"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu,
satu ketika engkau menunggang kuda, lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda. Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda. Tapi, jesteru terkena pada dadaku, kerana ketika itu aku berdiri di belakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu, Rasulullah SAW berkata,

"Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah. Kalau dulu aku pukul engkau, maka hari ini aku akan terima hal yang sama."

Dengan suara yang agak tinggi, Ukasyah berkata, 

"Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian. Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah pada Ukasyah.

"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. Bukankah baginda sedang sakit".

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu. Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah. Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah. Kemudian Fatimah bertanya,

"Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjawab dengan nada sedih,

"Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata,

"Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasullullah? Ayahku sedang sakit, kalau mahu pukul, pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab,

"Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cemeti tersebut ke masjid lalu diberikan kepada Ukasyah. Setelah mengambil cemeti, Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Tiba-tiba, Abu Bakar berdiri untuk menghalangi Ukasyah sambil berkata,

"Ukasyah! Kalau kamu hendak memukul, pukullah aku. Aku orang yang pertama beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan. Akulah sahabatnya di kala suka dan duka. Kalau engkau hendak memukul, maka pukullah aku".

Rasulullah SAW berkata,

"Duduklah wahai Abu Bakar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. Kemudian, Umur pula berdiri untuk menghalangi Ukasyah sambil berkata,

"Ukasyah! Kalau engkau mahu pukul, pukullah aku. Dulu memang aku tidak suka mendengar nama Muhammad, bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya. Tapi, itu dulu. Sekarang tidak boleh ada seorang pun yang boleh mentalities Rasulullah Muhammad. Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah, maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW,

"Duduklah wahai Umar. Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah, tiba-tiba berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW. Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata,

"Ukasyah, pukullah aku saja. Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW,

"Duduklah wahai Ali, ini urusan antara aku dgn Ukasyah".

Ukasyah semakin dekat dengan Rasulullah. Tiba-tiba tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Hussain. Mereka berdua me menangis tangan Ukasyah sambil memohon.

"Wahai pakcik, pukullah kami pakcik. Atuk kami sedang sakit. Pukullah kami saja wahai pakcik. Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah. Dengan memukul kami sesungguhnya itu sama dengan menyakiti atuk kami, wahai pakcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata, 

"Wahai cucu-cucu kesayanganku duduklah kalian. Ini urusan atuk dengan pakcik Ukasyah".

Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah.
Kisah Rasullullah SAW dengan Ukasyah. Sumber Google. 

Begitu sampai di tangga mimbar, dengan lantang Ukasyah berkata,

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah. Engkau duduk di atas dan aku di bawah. Kalau engkau mahu aku pukul, maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW memang manusia terbaik. Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah. Rasulullah didudukkan pada sebuah kerusi, lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi,

"Dulu waktu engkau memukul aku, aku tidak memakai baju, Ya Rasulullah"

Para sahabat sangat geram mendengar perkataan Ukasyah. Tanpa menunggu lebih lama dan dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya. Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yg sangat indah, sedang beberapa batu terikat di perut Rasulullah menandakan Rasulullah sedang menahan lapar. Kemudian Rasulullah SAW berkata,

"Wahai Ukasyah, segeralah dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW, cemeti di tangannya ia buang jauh-jauh, kemudian dia memeluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya sambil menangis semahu-mahunya,  Ukasyah berkata,

"Ya Rasulullah, ampuni aku, maafkan aku. Mana ada manusia yang sungguh menyakiti engkau ya Rasulullah. Sengaja aku melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. Seumur hidupku aku bercita-cita untuk  memelukmu kerana sesungguhnya aku tahu bahawa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. Dan sungguh aku takut dgn api neraka. Maafkan aku ya Rasulullah."

Rasulullah SAW dgn senyum berkata,

"Wahai sahabat-sahabatku semua, kalau kalian ingin melihat ahli Syurga, maka lihatlah Ukasyah."

Semua sahabat menitiskan air mata. Kemudian para sahabat bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Allahu... Semoga dengan membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kpd kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad. Allahumma sholli 'alayhi wassalam...

Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua. Aamiin... ❤️❤️❤️


Sumber WhatsApp Group.

30 May 2017

Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?

May 30, 2017 4 Comments
Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya? | Assalamualaikum wbt. Sejak bergelar pesakit tiroid, cikla memang sangat berhati-hati memilih makanan. Bukannya tak makan itu ini, tapi semuanya perlu dalam keadaan terkawal dan berpada-pada. Allahu, mungkin dulu cikla khilaf. Allah uji cikla dengan sakit. Cikla redha. Semoga Allah memudahkan semuanya, Amin...

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, sebenarnya ada yang mengatakan pesakit tiroid memang kena elakkan mengambil apa-ala yang berasaskan soya. Sebab apa ye?

Untuk pengetahuan korang kacang soya adalah sumber protein lengkap sebab ia kaya dengan asid amino penting yang sangat diperlukan oleh badan kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Memang tak dinafikan yang kacang soya mengandungi banyak khasiat tapi ada jugak buruknya kalau diambil secara berlebihan.

Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?


Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?
Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya? Sumber Google. 

  1. Kacang soya mengandungi phytic acid yang tinggi, yang mana ia akan menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang sangat penting untuk badan. Kesannya, zat makanan yang dihadam tak akan dapat memberi manfaat sebab ia tak diserap oleh tubuh.
  2. Kacang soya juga mengandungi hemaglutinin yang mana ia akan mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  3. Kacang soya juga mengandungi goitrogen yang mana ia akan menyebabkan fungsi tiroid menjadi lemah. So, keadaan ni boleh menyebabkan meningkatnya hormon tiroid dan seterusnya boleh menyebabkan kanser tiroid. Nauzubillah... 
  4. Kacang soya mengandungi toxin yang tinggi yang boleh menghalang enzim lain diserap yang mana ia diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman. Ia juga boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Toksin ini tak boleh dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas.
  5. Kacang soya yang diambil secara kerap boleh menyebabkan kandungan heavy metal toxic dalam kacang soya tinggal di dalam tubuh dan ia boleh menyebabkan minda kurang berfungsi atau nyanyuk.

Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?
Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya? Sumber Google. 

Walau bagaimana pun, kacang soya juga mempunyai kebaikan. Pendapat cikla, orang yang takde sakit tiroid boleh je nak amik makanan atau minuman berasaskan soya ni. Nak tau apakah kebaikan itu, jom baca ni...

  1. Kandungan Lesitin soya berupaya mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksikkan bahan buangan dalam sel-sel, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  2. Kandungan Isoflavin soya dipercayai boleh meningkatkan kesihatan miss P sekaligus boleh mencegah penyakit barah payudara dan rahim, selain ia boleh menguatkan tulang sekali gus osteoporosis dapat dihindari dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang serta dapat mengatasi masalah simptom menopaus.
  3. Kacang soya terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung iaitu dengan mengawal paras kolesterol dalam badan oleh peptida soya 7s dan 11s yang turut bertindak macam ubat Statins tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  4. Kandungan gula kompleks dan Oligosaccaride yang ada di dalam kacang soya terbukti dapat menghindarkan dari masalah sembelit. 
  5. Kacang soya adalah sumber utama probiotik di dalam usus besar yang mana ia dapat mencegah daripada barah kolon.


Untuk lebih detail, korang boleh rujuk kepada yang pakar. Semoga bermanfaat...  ❤️❤️❤️


Sumber www.nona.my

Tips selamat semasa mandikan baby.

May 30, 2017 1 Comments
Tips selamat semasa mandikan baby. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa, ibu yang pertama kali mempunyai baby mesti mula-mula macam kekok nak menguruskan baby kan? Cara nak pegang baby, cara nak siapkan baby, dan termasuk jugak cara macam mana nak uruskan baby semasa kita nak mandikan dia. Macam-macam yang kita fikir kan. Takut air masuk hidung dengan telingalah, takut anak terjatuhlah dan lain-lain lagi. Tapi, takpe. Cikla nak share beberapa tips selamat semasa mandikan baby. 

Nak tu lebih lanjut? Jom baca ni...


Tips selamat semasa mandikan baby.


Tips selamat semasa mandikan baby.
Tips selamat semasa mandikan baby. Sumber Google. 

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang ibu-ibu kena amik tau semasa nak mandikan baby. Ini termasuklah suhu air mandian, kedalaman air yang akan diisi kat dalam besen serta cara memegang baby masa dimandikan.

Adalah penting untuk ibu pastikan betul-betul yang suhu air mandikan baby itu tak terlalu panas atau sejuk. Bak kata orang, yang sedang-sedang aje. Bukan apa, kulit baby kan masih nipis lagi, so dah tentu kalau suhu air panas sangat atau sejuk mesti mereka tak tahan. Lagipun, kalau panas sangat melecur pulak kang. Untuk pengetahuan korang, suhu air 37°C adalah suhu yang paling sesuai untuk baby mandi di dalamnya. 

Kalau nak senang, beli aje termometer sebab senang nak check suhu air dengan tepat. Kalau dah takde termometer, korang check guna siku korang pun takpe. Tapi itulah. Kadang-kadang kita rasa dengan tangan kita ok dah, tapi bila kita masukkan baby menjerit pulak budak tu...

Selain itu, air yang diisi di dalam belen sebaiknya kira-kira 13 cm atau pun pastikan air yang diisi cukup-cukup untuk baby berendam iaitu dengan bahunya ngam-ngam terendam di dalam air. Elakkan dari meletakkan baby dalam besen yang airnya melebihi dari paras pinggang mereka. 

Bukan apa, ia adalah sangat bahaya kalau baby 'terlepas'  dari tangan kita dan baby boleh lemas. Nauzubillah... Di samping itu, elak dari meletakkan baby dalam besen atau tab mandi yang airnya sedang mengalir sebab kedalaman air boleh naik dengan serta-merta.

Tips selamat semasa mandikan baby.
Tips selamat semasa mandikan baby. Sumber Google. 

Tips terakhir adalah macam mana kita nak pegang baby. Bagi cikla, peganglah ikut keselesaan kita dan baby. Apa yang penting, sentiasa berada bersama baby sepanjang masa kita mandikan dia. Jangan sesekali tinggalkan baby sorang-sorang dalam besen. Bahaya! Kalau korang nak tau, baby boleh lemas dalam air yang kedalamannya hanya kurang dari 3 cm sebab baby boleh tergelincir kat dalam air. 

Kalau korang mandikan anak dalam tab mandi, guna pelapik getah kat atas lantai tab. Bukan apa, ini dapat mengelakkan baby dari tergelincir atau hilang imbangan. Tak salah, kalau kita mula melatih baby supaya belajar duduk diam-diam kat dalam besen atau tab. Pendedahan awal kata orang...

Cikla harap tips ni dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan atau perkara yang tak diingini.

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.

Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.

May 30, 2017 3 Comments
Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa dalam semua hubungan pun kita kena faham pasangan kita. Iyelah, kalau kita tak faham pasangan kita macam mana nak kekalkan hubungan kan. Yang kita macam ni, yang dia pulak macam tu. Sudahnya, hari-hari asyik bertelagah dan bergaduh. Paling menyedihkan bila hubungan bertambah dingin dan akhirnya amik keputusan berpisah.

Sebenarnya, makhluk bernama lelaki kebanyakannya jenis yang simple dan easy going bak kata orang putih. Tak susah pun nak faham mereka kalau kena dengan gayanya. Apa yang penting, apa yang kita lakukan itu janganlah sampai mengongkong mereka. Dah tak pasal-pasal kena cop Queen Control pulak.

So, jom baca apa yang cikla nak share ni khas untuk perempuan yang nak 'tawan' hati seketul lelaki yang disayanginya.

Jom baca fakta mudah nak tawan hati lelaki.


Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.
Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki. Sumber Google. 

  • Kalau korang nak tau, yang sebenarnya lelaki ni takdelah nak cari perempuan yang cantik tapi perempuan yang bila dipandang sejuk je hati dia. Orang cakap ada pesona yang tersendiri. Lagipun, cantik ni kan subjektif sangat. Payah nak hurai. Hihi. So, kita perempuan ni kalau dengan suami or pasangan tu rajin-rajinlah mencantikkan diri sebab walau macam mana pun si dia mesti nak korang nampak cantik menawan jugak. 
  • Semua orang tak suka ditipu dan dikhianati. Kita pun tak suka kan orang tipu kita. Betul tak? Macam tu jugak dengan lelaki. Mereka ni nampak je keras, ego, kuat tapi hakikatnya 'rasa' dalaman mereka ni rapuh jugak. Ehh, betul ke lelaki semua? 
  • Lelaki dan kawan-kawannya memang sukar nak dipisahkan. Tapi, jangan ingat mereka tak sayang dan ingat pada kita. Cuba bagi mereka ruang untuk diri mereka bersantai bersama kawan-kawannya. 
  • Lelaki bukanlah makhluk yang bijak berbahasa bahasi (mungkin ada sesetengahnya kot), tapi walau macam mana pun mereka mesti nak tau jugak semua hal pasal kita even masa dia call kita "awak tengah buat apa tu?" selalu yang mereka utarakan... 
  • Lelaki yang ikhlas menyayangi korang akan menerima korang apa adanya. Tak kiralah korang tu gempal ke, gelap, atau berjerawat. Mereka mungkin akan menasihati korang untuk menguruskan badan dan sebagainya. 

Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki.
Jom baca fakta mudah macam mana nak tawan hati lelaki. Sumber Google. 

  • Bila bersama dia, maniskanlah muka korang tu. Kalau korang nak tau, lelaki memang sukakan perempuan yang sentiasa manis dengan senyum. Itulah pesona yang kita ada sebenarnya yang kadang-kadang kita tak sedar pun.
  • Lelaki tak suka kalau kita cerita pasal ex boyfriend kita. Samalah dengan kita kan. Tapi, itulah kadang-kadang dia pun suka pulak cerita pasal ex girlfriend dia pada kita. Memang tak aci kan? 
  • Kalau seseorang lelaki tu nak jumpa dengan mak ayah korang itu tandanya memang mereka serius menjalinkan hubungan dengan korang. 
  • Ada sesetengah lelaki tu suka berkongsi apa aje cerita dengan kita tapi itulah kadang-kadang ada yang tak terungkap. So, jangan paksa pulak dia bercerita. Kalau boleh biarlah dia bercerita dengan kerelaan hati dia. 
  • Jangan ingat lelaki ni jiwanya kental sangat sampai tak boleh menitiskan air mata. Ye, lelaki jugak mempunyai perasaan sedih dan masa mereka kecewa mereka boleh menangis macam seorang perempuan tau. So, korang berilah support pada dia. 'i always be with u baby...' Cewahhh... 
  • Sebaiknya, jangan buat mereka mudah marah sebab kalau korang nak tau lelaki ni sememangnya makhluk yang pemarah.  


Semoga dengan perkongsian ni menjadikan kita lebih memahami seorang insan bernama lelaki... ❤️❤️❤️


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

29 May 2017

Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.

May 29, 2017 5 Comments
Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, bila tiba je bulan Ramadan, sana-sini ada Bazar Ramadan kan. Orang cakap memang dah sinonim dah. Kalau takde tak sah. Hmm.. Bagi orang yang bekerja mungkin tak sempat nak masak untuk bukak puasa, nah Bazar Ramadan lah tempat yang mereka tuju. Bawak aje ongkosnya, balik confirm penuh tangan kiri kanan.

Tapi, korang kena ingat jugak tau kawal 'nafsu' nak membeli tu. Maklumlah, bila tengok tu sedap, bila tengok ni pun sedap. Semua diborongnya. Last last, masa buka puasa sikit je yang dimakannya. Bukan apa, perut dah penuh dengan air kan. Kenyang air dah. Makanan yang tak makan tu?  Sudahnya dibuang. Dah membazir...

Korang nak tau tak tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan? Kalau nak  tau, meh baca apa yang cikla nak share ni...

Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. 


Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.
Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. Sumber The Star Online. 


Ada dua tips penting yang korang kena amik tau pasal ni. Yang pertama, korang kena tengok orang yang menjual makanan tu. Cuba korang perhatian adakah dia;

  1. Memakai penutup kepala serta memakai apron yang bersih semasa menjual? 
  2. Mempunyai kuku yang pendek dan bersih? 
  3. Tak bersin atau batuk ke arah makanan? 
  4. Tak menggunakan tangan secara terus semasa menyentuh makanan? 
  5. Tak memakai aksesori di tangan? 
  6. Mempunyai luka di tangan yang telah dibalut dengan baik?


Kalau penjual itu mempunyai ciri-ciri kat atas itu, bolehlah korang membeli makanan di gerai mereka tanpa rasa was-was.

Lagi satu, ada tips jugak macam mana korang pilih gerai yang 'selamat' untuk korang membeli makanan, iaitu;

  1. Pastikan gerai itu bersih dan jauh dari punca pencemaran seperti longkang atau tong sampah.
  2. Pastikan penjual menutup makanan mereka dengan sempurna. 
  3. Pastikan air jugak disimpan dalam bekas yang bersih.

Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan.
Tips macam mana nak beli makanan di Bazar Ramadan. Sumber Google.  


Di samping  itu, ada tips jugak untuk memastikan makanan ketika di rumah selamat untuk dimakan, iaitu;

  1. Sebelum memakan sesuatu makanan, amalkan cara 'LIHAT, HIDU DAN RASA'. 
  2. Kalau ada lebihan makanan, korang nak simpan untuk sahur pastikan ia segera disimpan dalam peti sejuk dan jangan campur dengan makanan yang baru. 
  3. Pastikan korang memanaskan dulu makanan yang korang beli sebelum dimakan semasa bersahur.


Pendapat cikla, kita bukanlah nak jadi pengguna or pelanggan yang cerewet tapi bila dah melibatkan kesihatan diri mestilah kita amik kisah kan. Betul tak? Jangan sebab penjual tu menawarkan harga yang lebih murah, kita main beli je. At last, kalau ada apa-apa kita yang tanggung akibatnya.

Gunakanlah power korang sebagai pembeli supaya korang boleh memilih makanan yang bersih dan kes keracunan makanan dapat dielakkan.

Bijak membeli, perut selamat. Ehh boleh ke macam tu.. Hehe.... 

Selamat membeli dengan bijak... ❤️❤️❤️


*Sebarang info korang boleh ke Facebook page BKKMHQ atau twitter @BKKMPutrajaya

Sumber Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Pengalaman sebelum dibedah.

May 29, 2017 7 Comments
Pengalaman sebelum dibedah. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, macam mana hari ketiga puasa ni, mantain segar-bugar, bertenaga dan still fresh ke? Kejap je dah masuk hari ketiga kan? Semoga kita semoga istiqomah dan sabar menjalani ibadah puasa sehingga ke akhirnya. Alhamdullillah, tahun ni tahun pertama cikla berpuasa sebagai seorang pesakit tiroid. Syukur sangat-sangat sebab Allah masih memberi kesempatan pada cikla untuk melakukan ibadah ni.

Oklah, sebelum ni cikla ada share pasal masa mana cikla boleh kena tiroid ni dan lain-lain. So, kisah sebelum ni kisah cikla check darah  di klinik untuk mengetahui tahap hormon tiroid cikla. Doktor di klinik yang cikla buat ujian sonografi tu suggest cikla pergi jumpa doktor pakar kat Hospital Putrajaya, sebab katanya kat situ memang ramai pakar dalam bidang ni. Setelah berbincang dengan suami, cikla pun pergilah. Perasaan masa tu tak boleh cakaplah. Memang gementar, risau dan takut. Bukan apa, takut 'result'  doktor tu nanti. Erm, ku kuatkan hati. Kata nak sihat kan...



Pengalaman sebelum dibedah.


Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. 

Sampai kat sana, cikla telah melalui beberapa procedure untuk memastikan apakah sebenarnya 'masalah' yang dihadapi oleh diri ini. Antara ujian yang cikla lalui dah tentulah kena amik darah dulu, then cikla jugak kena buat ujian FNAC dan ultrasound. Sebelum tu, meh cikla share apakah dia ujian ni semua.

Sumber SINI. 'Fine needle aspiration cytology' (FNAC) adalah ujian yang mana sampel sel yang kecil akan disedut melalui jarum daripada benjolan tiroid tersebut, kemudian sel-selnya dikaji di bawah mikrosop untuk memberikan gambaran sebenar gumpalan tersebut. Ultrasound pula adalah ujian yang diperlukan untuk mengukur saiz kelenjar dan untuk mencari kalau ada benjolan tiroid lain. Kadang-kadang, pengunaan ultrasound juga digunakan untuk memandu proses FNAC yang mana ia akan meningkatkan ketepatan proses pengambilan sampel daripada benjolan kelenjar tiroid.

Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. Ujian FNAC. Sumber Google. 

Pengalaman sebelum dibedah.
Pengalaman sebelum dibedah. Ujian ultrasound. Sumber Google. 

Macam cikla, memula cikla buat ujian FNAC dulu, tapi untuk ketulan yang sebelah kanan je sebab doktor cakap ketulan tu macam 'keras' sikit dari yang kiri. Walaupun kiri lebih besar, tapi yang kiri tu lebih 'lembut' sikit. So, memang yang kiri tu tiroid biasa. Lepas buat FNAC baru cikla buat ultrasound sebab nak tengok sama ada bengkak tu kena pada kelenjar lain di sekeliling kelenjar tiroid.

Ujian FNAC ni takdelah sakit sangat, sakit sikit macam kena gigit kerengga je. Hihi. Kalau ujian ultrasound pulak, macam kita check mengandung tu. Doktor akan letak gel dulu, lepas guna alat dia. So, lepas dapat result FNAC tu doktor cakap suspect kanser.

Allah, masa doktor bagitau tu rasa macam kelu lidah. Terkejut, tergamam, tak percaya. Sampai doktor tu cakap, "you don't worry. Rawatan untuk kanser macam ni tak se'tough' untuk kanser jenis lain..." Memang lah, but it's still kanser right. Gila kau tak fikir kalau dah tau kita sakit apa. Huhu. Suami pun masa tu macam tak percaya juga. But, itulah. Suspect...  Hmm...

Tapi, cikla syukur sangat sebab result untuk ujian ultrasound menunjukkan ketulan tu tak kena kelenjar yang kat tepi leher tu, apa tak kelenjar tu cikla dah lupa. Ada orang cakap, kadang-kadang ujian FNAC tu tak berapa tepat. Nak confirm kan kena buat pembedahan, then kelenjar tiroid yang dikeluarkan akan di uji samalah betul tak seperti yang dikatakan oleh ujian FNAC itu. 

Dengan result itu, doktor terus setkan tarikh pembedahan untuk cikla buang kelenjar yang bermasalah tu. Kena buang dua-dua pulak tu. Tapi, cikla redha kalau itu takdirnya. Demi sihat cikla relakan. Syukurlah, walaupun Allah hanya meminjamkan 'si rama-rama' (panggilan manja untuk kelenjar tiroid) hanya untuk 34 tahun pada cikla. Cikla bersyukur sebab dapat detect problem agak awal jugak (lebih kurang 2 tahun lebih cikla simpan bengkak) sebelum amik keputusan untuk operate.

Oklah, nanti cikla share apa yang cikla kena lalui sebelum pembedahan, masa dan selepas pembedahan. Doakan cikla kuat hadapi dugaan ni tau... Apa yang cikla nak pesan, kalau korang rasa lain je kat diri korang tu, jangan tunggu lama-lama. Pergi cepat-cepat check. Jangan simpan, bukan dapat apa pun...

Sambung nanti....  ❤️❤️❤️

28 May 2017

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz.

May 28, 2017 5 Comments
Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. | Assalamualaikum wbt. Wah... Papaglamz buat segmenlah. Macam menarik je. Sebelum tu, mari kita baca apa kata Papaglamz yang glamz ni...

Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. 


Assalamualaikum semua. Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!



Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.





2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


3. FOLLOW BLOG Papaglamz.com

4. Buat satu entri yang bertajuk: "Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz"

5. Copy paste coding kat bawah ni:

6. Publish entri korang dan share link korang diruang komen entri segmen (Klik Disini)
Mudah je kan? Selamat bersegmen. 

10 Peserta BERTUAH bakal mendapat Sampul Duit Raya EXCLUSIVE by PAPAGLAMZ beserta HADIAH MISTERI dari Papaglamz.com. 

Jom jom jom cepat join.....!!!!!

With Love
Papaglamz

-sekian-

.  

Apa lagi korang, jomlah join. Segmen berlangsung dari 27/5/2017 sampai 10/6/2017 je tau. Cepat-cepat join... Manalah tau ada rezeki nak merasa hadiah misteri. Hihi. Lagipun, bukan sahaja dapat manfaat dan pahala sebab kita berzikir, hadiah pun dapat. Menarik kan. 

Selamat bersegmen...  

26 May 2017

Salam Ramadhan Al-Mubarak.

May 26, 2017 8 Comments
Salam Ramadhan Al-Mubarak. | Assalamualaikum wbt. "Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Ramadhan tiba. Marhaban ya Ramadhan. Marhaban ya Ramadhan..."

Salam Ramadhan Al-Mubarak.
Salam Ramadhan Al-Mubarak. Sumber Google. 

Korang, esok kita sudah pun mula berpuasa. Alhamdullillah, sebab kita masih lagi diberi kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa ni dan menikmati keberkatan bulan Ramadhan yang penuh rahmat.

Salam Ramadhan Al-Mubarak. 


So, cikla nak ucapkan Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh sabar dengan iman yang kukuh sekukuh karang di laut. Semoga ibadah puasa kita diterima oleh Allah SWT. Amin...

Jika HATI sejenis AIR, jangan dibiar ia KERUH. Jika HATI seputih AWAN, jangan biar ia MENDUNG. Jika HATI send an BULAN, kekalkan ia dengan IMAN.

Indahnya DUNIA hanya sementara. Indahnya saat GEMBIRA hanya seketika.  Indahnya MIMPI kadang-kadang tak pasti. Tapi,  indahnya RAMADHAN tak dapat ditukar ganti.

Bulan Ramadhan telah tiba. Ampun dan maaf pada semua. Atas segala salah silap dan kata-kata. Moga ibadah puasa kita akan diberkati olehNya.

Selamat berpuasa semua... ❤️❤️❤️

Hebatnya Surah Al-Kautsar.

May 26, 2017 4 Comments
Hebatnya Surah Al-Kautsar. | Assalamualaikum wbt. Al-Quran sememangnya membawa rahmat kepada sekalian manusia kerana di dalamnya terkandung pelbagai penawar termasuklah mengubati penyakit (dengan izinNya jua). Jom kita baca apakah kelebihan dan kehebatan surah Al-Kautsar ni...

Hebatnya Surah Al-Kautsar.


Hebatnya Surah Al-Kautsar.
Hebatnya Surah Al-Kautsar. Sumber Google. 

  1. Baca ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah mengabulkan permintaan kita. 
  2. Baca ketika dalam kehausan dan tiada air, gosokkan di leher dan In shaa Allah akan hilang dahaga.
  3. Baca sebanyak 10 kali di air mawar, sapukan pada mata yang sakit, berair, gatal atau bengkak.
  4. Baca sebanyak 10 kali jika rumah dipercayai terkena sihir, mudah-mudahan Allah beri petunjuk di mana terletaknya sihir tersebut.
  5. Baca sebanyak 1000 kali, In shaa Allah akan bertambah rezeki kurniaan daripada Allah.
  6. Rajin-rajinkanlah diri untuk selalu membaca surah ini, In shaa Allah hati akan menjadi lembut dan khusyuk ketika solat.
  7. Baca sebanyak 71 kali jika diri rasa teraniaya dan terpenjara, In shaa Allah akan beri pertolongan oleh Allah kepada yang dizalimi.


Segalanya dengan izin Allah SWT. ❤️❤️❤️

Semoga bermanfaat...


Sumber Facebook page Petua Ibu.

25 May 2017

Sentiasa bersyukur...

May 25, 2017 0 Comments
Sentiasa bersyukur... | Assalamualaikum wbt. Sentiasa mengucap atas nikmat yang diberi olehNya tak kira sekecil-kecil nikmat. Syukur alhamdullilah.....


Sentiasa bersyukur...
Sentiasa bersyukur...

Mensyukuri nikmat Allah sememangnya sangat dituntut seba itulah tanda kita berterima kasih dengan semua pemberianNya pada kita. Jangan nanti, semua nikmatNya kita selamba derk je nikmati tapi kita langsung lupa nak menyatakan syukur.

Bersyukur dengan apa yang dikurniakan sebab setiap manusia telah ditetapkan rezeki masing-masing. Bersangka baik dan jangan sombong...

Waallahualam.... ❤❤❤

24 May 2017

Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk.

May 24, 2017 0 Comments
Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk. | Assalamualaikum wbt. Dalam hidup berumah tangga, kadang kala ada pasang surutnya. Bergurau senda, sayang, marah, merajuk dan berjauh hati ada masanya memang tak dapat nak dielakkan. Bagi cikla, kalau setakat gaduh-gaduh sayang ni tak pe kot. Pendek kata ia boleh mengeratkan lagi hubungan dan mengukuhkan kasih sayang. Tapi, janganlah dibiarkan sampai melarat. Sudahnya, suami isteri bermasam muka dan saling tidak menegur sapa walaupun tinggal sebumbung. Dah tak best lah kalau macam tu.

So, kali ni cikla nak share tips untuk para suami macam mana nak pujuk isteri korang yang merajuk. Tengok macam senang je nak pujuk. Tapi, kalau dapat isteri yang egonya setinggi gunung,  macam mana nak buat? Jom baca sampai habis...

Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk.


Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk.
Cara suami nak pujuk isteri yang merajuk. Sumber Google. 

Sebagai lelaki dan suami, korang kenalah 'beralah' dengan karenah pasangan atau isteri anda yang mudah merajuk. Korang kena ingat, korang beralah tu bukan bermaksud korang kalah, dah surrender ke apa atau pun tapi korang mengalah sebab nak meredakan suasana. Selain itu, jangan kekok atau susah sangat nak ucapkan kata 'I'm sorry', lebih-lebih lagi kalau dah sah-sah korang yang salah. Lelaki ni, kadang-kadang egonya lain macam sikit. Jangan pulak nanti disebabkan ego korang tu, isteri korang terus merajuk dan lagi parah merajuknya. Lagi susah kang...

Sebagai seorang perempuan, cikla mengaku yang perempuan ni memang sangat sukakan 'hadiah' walaupun hadiahnya itu hanya sekuntum bunga. Memang berbunga-bungalah hati dia kalau dapat, lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayang. Merajuk-merajuk jugak, hadiah amik jugak. Hehe. Kalau korang nak romantik lagi, bagi jugak kad atau surat yang menyatakan maaf korang tu. Pasti isteri korang akan terharu. So romantikaaaaa... Lagi satu, perempuan ni memang suka dipuji. So, korang ringan-ringankanlah mulut korang tu pujuklah isteri korang ye. Jangan tak percaya, dengan pujian tu, tak mustahil isteri korang akan 'cair'  dan lembut hati. Cubalah...

Bagi cikla, dalam apa jugak situasi komunikasi dua hala memang penting sangat. Kalau boleh, cuba ubah cara korang berkomunikasi dengan isteri korang. Kalau sebelum ni korang tu jenis cakap 'lepas' je dan 'ganas' dengan isteri, apa kata lepas ni korang cakap lembut-lembut dan guna nada suara yang sederhana. Lembut sikitlah hati kawan tu... Ada orang menggunakan 'orang tengah' nak settle masalah. Bagi cikla, dalam situasi ni elok jugak korang guna anak sebagai pengantara. Paling mudah, gunakan anak korang sebagai 'pengirim' sesuatu atau surat untuk diberikan pada isteri.  Apa yang penting, guna ayat yang positif dan bahasa yang indah untuk menawan kembali hati isteri yang merajuk tu. Macam ala-ala orang dulu-dulu bercinta... Hihi...

Selain itu, 'pancing' dengan makanan. Wah, dengar macam best je kan. Tak salah kot korang bawak isteri korang makan kat kuat dan belanja dia di restoran kegemarannya. Paling tak pun, bawak je isteri korang pergi melancong, tak kiralah pergi jalan-jalan makan angin kat taman ke atau nak senang lagi pergi je bawak isteri korang tu tengok wayang lebih-lebih lagi pelakon kegemaran dia.  Tak cuba tak tau kan berkesan ke tak. Betul tak?

Tapi, apa yang penting kalau korang nak tau sebenarnya isteri yang merajuk ni mahukan perhatian daripada korang. Apa kata korang bagi je sepenuh perhatian kepada dia dan cuba selama perasaannya. Lagi satu, katakanlah isteri korang yang merajuk tu tak makan pujuk dan cara-cara semua ni tak berkesan pun pada dia, takpe... bagi je 'masa bertenang'  untuk isteri korang.  Bagi dia cool dulu, lepas tu baru slow talk. Nanti lama-lama isteri korang mesti ok punyalah...

Semoga bermanfaat... ❤️❤️❤️


Sumber Facebook page Rumahtangga Harmoni Keluarga Bahagia.

23 May 2017

Apabila hati bersih...

May 23, 2017 0 Comments
Apabila hati bersih... | Assalamualaikum wbt. Orang cakap daripada hati yang bersih, maka terpancarlah wajah yang tenang dan jernih. Begitu jugak sebaliknya. Kalau hatinya kotor, busuk, saling berdengki dan suka melihat orang lain susah, jiwanya tak akan tenang. Gusar, gelisah  dan kusut. Orang macam ni, kalau tengok orang lain susah dia suka, tapi kalau dia tengok orang lain senang dia sakit hati... Mintak-mintak kita dijauhkan dari orang yang macam ni... 

Biarlah gambar yang berkata-kata....

Apabila hati bersih...
Apabila hati bersih...

Jika hati bersih, terserlah kecantikan pada wajahmu. Sama-samalah kita muhasabah diri... ❤️❤️❤️





Syurga bukan milikmu...

May 23, 2017 0 Comments
Syurga bukan milikmu... | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa bukan senang nak jaga hati orang lebih-lebih lagi hati ibu dan bapa kita. Ada kalanya, apa yang kita lakukan tu boleh membuatkan mereka tersinggung dan berjauh hati. Hati tua mereka memang terlalu sensitif. Kalau kita berkata 'ahh' sekali pun, itu pun boleh mengundang dosa.

Ada yang mengatakan kalau nak Allah meredhai kita, dapatkanlah dulu redha ibu dan ayah. Tengok, begitu besarnya 'kesan' yang kita boleh dapat kalau kita menghormati menyayangi mereka. Tak guna harta segunung, kebaikan yang kita lautan berkoyan-koyan, tapi kita menderhaka kepada kedua orang tua kita. Semua itu sia-sia...

Biarlah gambar berbicara. Ingatan untuk kita semua......

Syurga bukan milikmu...
Syurga bukan milikmu...


Sayangilah kedua ibu dan bapa kita sementara mereka masih ada... ❤️❤️❤️



22 May 2017

Apabila aku disahkan menghidap tiroid.

May 22, 2017 9 Comments
Apabila aku disahkan menghidap tiroid. | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, sampai ke hari ni cikla macam tak percaya yang cikla boleh kena sakit tiroid ni. Bukan tak boleh nak terima hakikat, tapi semua orang cakap sakit tiroid ni adalah penyakit keturunan. Masalahnya, setahu cikla keluarga cikla tak kiralah sebelah ibu atau ayah rasanya takde pun yang kena sakit ni. Ok, full stop!

Kalau nak diikutkan, bengkak yang muncul di leher ni since cikla bersalin abang Ammar. Bayangkanlah dah dekat 2 tahun lebih cikla simpan. Maklumlah, benda tak sakit dan tak mengganggu aktiviti makan, minum dan pernafasan, so memang buat tak tau ajelah. Masa tu bengkak sebelah kiri je. Cikla agak besarnya macam duit syiling 20 sen tu.

Apabila aku disahkan menghidap tiroid.


Apabila aku disahkan menghidap tiroid.
Apabila aku disahkan menghidap tiroid. Sumber Google.

Nak dijadikan cerita, masa cikla pergi checkup sebulan masa dalam pantang adik Zara, misi kat klinik tu tegur leher cikla. Dia cakap, tengok macam tiroid je ni. Masa tu, memang bengkak dah nampak. Dia suruh cikla pergi jumpa doktor check. Cikla senyum-senyum ajelah masa misi tu cakap macam tu... Dalam hati dah risau dah time tu. Kalau lah betul tiroid... Dan yang paling takut, kalau pada 'penyakit' lain... Nauzubillah.

Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter.
Pembengkakan kelenjar tiroid yang dinamakan goiter. Sumber Google. 

Bukan misi je suruh pergi check, mak cikla pun sama. Dari awal lagi memang dia bising suruh pergi check takut  ada apa-apa masalah nanti. Ermm, nampak memang kena menyerah diri jugaklah. So,  hari yang berikutnya cikla ajak cik suami pergi klinik untuk check. Masa ni cikla check kat klinik SITI kat Banting. Sampai klinik, cikla bagitau lah doktor apa masalah.. Bla bla bla...  So, doktor cakap untuk kepastian sama ada  tiroid ke tidak kena buat ujian darah. So, cikla pun merelakan diri 'dicucuk' untuk mengambil darah. Tak silap cikla, dalam 2-3 hari dah dapat result.

Result normal! That's mean bacaan hormon cikla normal dan tak masalah. Bacaan pun memang cantik. Tapi,  yang pelik mengapa ada benjolan. Masa tu tak silap cikla ukurannya dalam 3 cm x 3 cm. Besar jugak kan. Doktor cakap, dia tak boleh nak bagi ubat apa-apa sebab bacaan hormon normal. Cuma bengkak je tu. So, doktor pun keluar referral letter untuk cikla rujuk ke bahagian surgical. So, kisah habis di situ aje.

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik SITI. 

Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH.
Bacaan hormon untuk mengesan penyakit tiroid di klinik FUZIAH. 

Disebabkan macam agak tak puas hati dengan 'result' ujian di klinik tu, cikla ajak cik suami check di klinik lain. Kali ni cikla pergi ke klinik panel tempat kerja suami, klinik FUZIAH pulak. Kali ni result yang diperolehi normal jugak. Tapi, doktor yang  check cikla time tu suggest cikla buat ujian sonographer. So, dia suggest sebuah klinik kat area Putrajaya. Klinik Najwa kalau tak silap cikla.

So, beberapa hari selepas itu cikla pun pergilah ke klinik Najwa tu. Kiranya macam ujian ultrasound lah. Melalui ujian tu, memang ada ketulan di sebelah kiri. Yang tak bestnya, kat sebelah kanan pun ada dikesan ketulan jugak. Tapi kecik sikit dari sebelah kiri. Dan dia lebih kepada ciri-ciri nodul. Dari result tu, doktor suruh cikla pergi terus jumpa pakar di Hospital Putrajaya sebab kat sana memang ada pakar dalam bidang ni. Nanti kalau ada apa-apa, senang.

Bermulalah episode cikla sebagai pesakit tiroid dan checkup doktor pun bermula....


To be continue.... ❤️❤️❤️


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.