Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu.

By Cikla Shahril - April 30, 2017

Walaupun pada zaman sekarang orang lebih suka beli baju yang dah siap, beli dan tinggal nak dipakai je, tapi masih ada lagi sesetengah dari kita masih suka membeli kain ela dan menempahnya dengan tukang jahit. Mungkin kalau ditempah tu lebih selesa apa yang paling penting kita boleh mintak tukang jahit tu buat ikut citarasa kita. Betul tak? Begitu jugak kalau kita nak beli kain ela untuk dibuat baju melayu. Kalau korang nak tau, ada tips membeli kain ela ni. Nak tau tak apa tipsnya? Jom baca sampai habis.

Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu.
Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu. Sumber Google.

  1. Pilih kain ela ikut saiz badan. Maknanya, beli kain ela yang panjangnya sesuai. Kalau untuk lelaki, empat meter dah ok dah. Kalau badan yang gempal sikit, empat meter setengah.
  2. Selain itu, jenis fabrik jugak penting tak kiralah sama ada jenis kapas, crepe, jacquard, polyester, sutera, viscose, linen dan sebagainya. Tapi sebaiknya pilih fabrik dari jenis crepe sebab ia lebih nipis dan lembut berbanding jenis fabrik yang lain. Lagipun,  fabrik jenis crepe ni tak mudah berkedut. So, molek sangatlah untuk korang yang malas nak menggosok kan.
  3. Pilih kain yang berkualiti. Takpelah kalau perlu keluarkan belanja lebih. Janji lebih berkualiti, selesa dan tahan lama.

Bagi cikla, apa yang penting keselesaan dan kualiti. Lagipun, kalau diikutkan orang bukan selalu pakai baju melayu. Time hari   raya, hari Jumaat dan kalau menghadiri majlis formal. Lainlah kalau perempuan, mereka boleh menggayakan baju kurung setiap masa.

Sumber Ruangan Ketrampilan.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Assalamualaikum CikLa..
    Sis memang tak pandai pilih kain ela. Selama ni beli baju siap. Tips CikLa ni berguna pada sis..
    Thanks for sharing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam... Most welcome dear...

      Delete