21 April 2017

# himpunan ilmu dan doa

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang. | Assalamualaikum wbt. Kadang-kala, kita sebagai manusia seringkali terlepas pandang akan nikmat Allah yang sememangnya ada di depan mata. Apa kata kita baca sedikit perkongsian terbaik ni. Semoga kisah ni akan dapat membuka walaupun sedikit hati kita supaya sentiasa sedar akan nikmat Allah seterusnya mensyukurinya. Jom baca...

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan "air" itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya si katak.

Si ikan bertanyakan hal yg sama kepada si katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air?”

Katak pun tertawa dan menjawab, “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kepada kehidupannya.

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.
Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang. 

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita kadang-kadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit, kita merasakan nikmat kaya setelah kita jatuh miskin dan kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dengan kita tiada seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim, ayat 34)


Sememangnya manusia ni mudah lupa kan. Nikmat yang diberi walaupun sedikit sepatutnya disyukuri. Ini tak, dah la tak reti nak bersyukur, lepas tu takbur pulak. Ishhh Ishhh... 

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur. Amin...


Sumber WhatsApp.

3 comments:

  1. Nikmat rezeki ne memang byk sebnrnya.. dan rezeki juga tak semestinya dlm bentuk wang dan harta..

    ReplyDelete
  2. Good sharing CikLa.. semoga kita sentiasa bersyukur 😊

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.