Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW.

By Cikla Shahril - April 24, 2017

Cikla selalu dengar pepatah ni, "Ku  sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari." 

Dalam melalui cabaran dan pahit manis hidup berumah tangga, memang tak dinafikan ada kalanya berlaku 'pergolakan' dan konflik antara suami isteri. 

Suami begitu, si isteri pulak  begini. At last, mulalah memasing sakit hati dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan perceraian. Nauzubillah.

Jangan jadikan emosi dan bisikan syaitan sebagai tunggak yang menyebabkan kita melakukan sesuatu hal yang tak baik. 

Sakit hati memang 'penyakit' yang sangat dashyat kesannya. Kalau tak diuruskan dengan baik, cikla rasa memang akan memberi kesan yang negatif, terutamanya kepada anak-anak.  

Kesian anak-anak pulak yang jadi mangsanya. Sebenarnya, sakit hati ni ada penawarnya. 

Jom baca seterusnya kalau nak tau lebih lanjut.

Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW.
Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW. Sumber Google.

Muhasabah diri kita, iaitu lihat dan fikir apakah salah kita sampai berlaku perkara tersebut. Jangan kita nak teruskan salahkan orang lain. 

Mungkin kita pun ada buat salah jugak tanpa kita sedar. Jauhi sikap iri hati dan dengki sebab perasaan buruk ni boleh membuka ruang syaitan menghasut. 

Jiwa pun akan rasa tak tenang dan tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dikurniakan, malah dia rasa sentiasa tak cukup je. Padahal, semua dah ada dah. 

Rasullullah SAW bersabda,

"Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang diberi harta oleh Allah,  kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari).

Jauhkan diri dari sikap keras hati dan perasaan amarah, sebab kesan dari kedua sikap ni amat buruk. Manusia mungkin boleh hilang pertimbangan akal seterusnya melakukan perkara yang tak elok. Syaitan pun, apa lagi. Mulalah menghasut dan menggoda.

Selain itu, jadilah seorang yang pemaaf. Sedangkan Allah SWT sentiasa memaafkan dengan membuka pintu-pintu taubat untuk hambaNya yang melakukan dosa, tapi dengan syarat kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh. 

Inikan pulak kita manusia biasa yang serba kekurangan. Jangan sombong, kerana dengan memaafkan kesalahan orang lain, jiwa kita akan rasa lebih tenang.

Husnuzon atau bersangka baik sememangnya disuruh. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. " (QS. Al-Hujurat : 12).

Oleh itu, elakkan diri dari berburuk sangka dengan orang lain. Memang tak dinafikan ikhlas itu amat senang untuk dikatakan, tapi agak susah untuk dibuat. 

Ikhlaskan hati, niat kerana Allah. Kalau diuji, dia sentiasa ikhlas dengan ujian malah sentiasa bersyukur. Hanya kepada Allah dia berserah dan bergantung harap.

Semoga kita semua terhindar dari menjadi golongan yang sentiasa 'sakit hati'. In shaa Allah, jiwa kita akan lebih tenang dan gembira.

Sumber Ruangan Psikologi Rumahtangga.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Kalau kita rasa macam nak brsangka buruk, kena cuba cari alasan2 utk kita brsangka baik.

    ReplyDelete
  2. Memang begitu sukar utk mencari kesempurnaan sbg isteri dan juga suami dlm sebuah kehidupan berumahtangga, apa yg kita perlu buat ialah sentiasa dalam redha Allah dan lakukan yg terbaik dgn sentiasa muhasabab diri. Jika ada kekusutan carilah jalan penyelesaian secara baik. Wallhualam

    ReplyDelete