Jom kurus dengan buah!

By Cikla Shahril - April 20, 2017

Sebenarnya, kalau korang nak tau buah jugak merupakan pembekal tenaga dan nutrisi yang bagus. Kalau sebelum ni kita ingat buah hanyalah sumber serat dan vitamin, buah jugak adalah sangat bagus dalam proses penyahtoksikan. Ia amat sesuai untuk korang yang sedang berdiet dan dalam usaha menguruskan badan. 

Ada lima kumpulan buah yang dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan. Wah, terujalah tu nak tau. Hehe. Dah dah, jom baca sampai habis.

Jom kurus dengan buah!
Jom kurus dengan buah! Sumber Google.

Kumpulan pertama adalah buah yang tinggi karbohidrat, seperti pisang, plum, pear, kiwi, nanas, mangga, anggur dan fig (buah tin).

Ada yang mencadangkan korang mengambil buah ni semasa korang bersarapan kerana ia akan memberikan tenaga supaya proses pencernaan boleh dimulakan. 

Kalau bulan puasa pulak, elok korang makan buah tinggi karbohidrat ni sebab ia akan membekalkan tenaga pada waktu malam. Sebaiknya, amalkan memakan buah ni sekerapnya. 

Contoh buah tinggi karbohidrat dalam bentuk kering adalah kismis, kurma, badam, aprikot dan prun.

Kumpulan kedua adalah buah rendah karbohidrat, seperti tembikai, pic, epal dan betik.

Buah sebegini dikatakan tinggi kandungan air di dalamnya. Keadaan ni menjadikan ia boleh kawan suhu badan sekaligus membantu menyahkan kolesterol jahat selain menjadikan sistem kardiovaskular dan saraf 'bekerja' dalam keadaan optimum. 

Selain itu, buah dari Kumpulan ni kurang gula dan dipercayai boleh membakar lemak sekaligus mengurangkan berat badan kita. Bagus kan.

Kumpulan ketiga adalah buah dari jenis sitrus dan beri, seperti lemon, limau nipis,  raspberry, kranberry, blackberry dan strawberry.

Buah ni semua dikatakan boleh merangsang usus bekerja dengan lebih baik dan melancarkan proses penyahtoksikan. 

Di samping itu, ia dipercayai boleh 'membersihkan' darah,  menguatkan sistem kardiovaskular badan, menjaga kesihatan jantung, menyingkirkan kolesterol jahat dan memperbaiki sistem pencernaan.

Kumpulan keempat adalah buahan berair seperti tembikai sebab ia turut mengandungi karbohidrat di dalamnya.

Buah ini jugak baik untuk pencernaan dan rendah karbohidrat supaya menghasilkan tenaga segera untuk badan kita. Dengan adanya air yang banyak sangat bagus untuk lancarkan sistem pencernaan dan toksin dapat disingkirkan dengan sempurna dari badan kita. Apa yang penting, ia menyihatkan.

Kumpulan kelima adalah buahan kering,  seperti kurma, kismis dan prun yang mana ia ditambah dalam buahan yang segar.

Elok untuk orang yang berdiet tau, sebab ia merupakan sumber terbaik yang membekalkan vitamin dan mineral. Selain itu, ia dikatakan amat bagus untuk membakar lemak dan kurangkan kolesterol jugak di samping menguatkan sistem imun serta melancarkan proses penyahtoksikan.

So, jom kita makan buah untuk lebih sihat. Bila dah sihat, cantik itu akan terbit secara semulajadi.

Sumber Ruangan Kelab Diet.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. sukaaa makan buah.. buat lawas hehe..

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang baik...tentang buah...nak pi cari buah petang ni

    ReplyDelete