Jom kurangkan belanja dengan mudah!

By Cikla Shahril - April 17, 2017

Zaman sekarang ni kan boleh dikatakan semuanya serba mahal. Tak nak amik contoh jauh, cikla sendiri kalau belanja dapur tu paling mahal pun dekat RM300 jugaklah. 

Tengok, cikla boleh dikatakan keluarga kecik jugaklah. Cuba bayangkan kalau keluarga besar? Mesti lebih lagi kot. 

Tapi itulah, barang yang dibeli tu orang cakap barang 'wajib' beli macam beras, lada bawang, barang dapur, sabun basuh, mandian dan lain-lain. Itu belum lagi pampers anak dan sampingan lagi.

Semua orang cakap, berbelanja ikut keperluan. Bukan ikut nafsu. Betullah tu. Sesetengah barang yang mahal harganya pun kita 'terpaksa' beli disebabkan oleh apa? Keperluan itu tadilah. 

Tapi, semua boleh dikawal kalau kena dengan caranya. Ada beberapa kekdah yang cikla nak share dengan korang mengenai hal jimat cermat ni. Jom baca berikutnya.

Jom kurangkan belanja dengan mudah!
Jom kurangkan belanja dengan mudah! Sumber Google.

Ramai orang cakap, sebelum nak membeli sesuatu elok bandingkan harganya. Bukan apa, ada barang yang mungkin sama tapi harganya lain-lain. 

Ada yang murah dan ada yang mahal. Memang syoknyalah kan kalau dapat barang yang diimpikan dengan harga yang sangat berpatutan. So, take your time. Jangan tergopoh-gapah nak beli. Ok! 

Selain itu, ada orang suka beli barang dapur contohnya, sekali banyak. Katalah untuk sebulan. Bagi cikla, ok dah cara tu. 

Lagipun, kita boleh bajet dan sekaligus berjimat-cermat. Beli secara pukal lebih menjimatkan daripada beli secara runcit.

Untuk pengetahuan korang, ada satu 'langkah bijak'  untuk kurangkan perbelanjaan, iaitu kurangkan duit dalam wallet korang.  

Maknanya, wallet diisi dengan duit yang orang cakap cukup-cukup je. Bukan apa, kalau dah banyak duit dalam wallet tu kang, mulalah rambang mata nak beli itu ini. Haaa, dah burst budget pulak dah aiihh. Kan kan kan.

Kalau masa cuti pulak, sebolehnya duduk ajelah kat rumah tu kalau takde keperluan untuk kita berada di lunar rumah. 

Kalau nak keluar jugak sebab mungkin bosan duduk kat rumah, pergi ke tempat riadah yang 'percuma' seperti taman, pantai dan sebagainya. Dah jimat dah kat situ.

Cikla salute dengan orang yang rajin bawak bekal pergi kerja. Eloklah tu. Lebih sihat dan menjimatkan. Orang cakaplah berkorbanlah sikit bangun awal pagi sebab nak prepare bekal kan. Beli barang dapur sampai beratus ringgit sebulan, tapi masaklah weekend je.  

Lastnya, barang yang  dibeli rosak dan dibuang. Dah rugi dah. Betul tak? 

Rasanya, zaman sekarang ni ramai orang suka cari barang preloved. Bagi cikla, takde kurangnya barangan preloved ni, sebab ada barangan preloved yang berkualiti dan masih kelihatan baru. Apa yang penting, berbelanjalah dengan bijak dan jangan ikut nafsu.

Sumber Ruangan Ringgit & Sen.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. ana pun akan kurangkan duit dlm purse. bila g shopping mall tgk duit sikit dalam purse terus tak jadi nk beli apa2. hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau beli barang dapur, dalam RM60 tahan untuk seminggu ja 😭 Tapi, memasak di rumah memang menjimatkan dari makan di luar 😄 Barang preloved ni x semestinya x berkualiti kan

    ReplyDelete
  3. Sekarang kalau berjimat belanja pun still besar budgetnya sebab nilai mata wang semakin mengecil. Maknanya kebanyakan barang jadi semakin mahal harganya.

    ReplyDelete