Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka.

By Cikla Shahril - March 21, 2017

Rasanya hampir semua wanita suka memakai subang kan? Memang tak dinafikan, pemakaian menjadikan seseorang itu nampak lebih menarik dan bergaya. Tapi, jangan sampai salah pilih pulak. Nanti nampak pelik pulak. Kalau korang nak tau, tips yang paling senang nak pilih subang yang sesuai adalah berdasarkan bentuk muka kita. Nak tau macam mana? Jom baca ni.

Kalau korang mempunyai bentuk muka berbentuk oblong/segi empat panjang (pipi kelihatan panjang dan agak tirus) memang 'untunglah'. Sebab apa? Sebab bentuk muka macam ni sesuai untuk semua jenis bentuk subang. 

Tapi, korang kena elakkan memakai subang berbentuk panjang walaupun ia menyerlahkan bentuk muka dan 'memanjangkan' garis rahang. Bentuk subang yang paling match adalah berbentuk bulat dan ada ciri melengkung. 

Manakala, kalau korang mempunyai bentuk muka berbentuk pear (garis rahang lebih lebar dari garisan rambut) korang sesuai memakai subang berbentuk lebih panjang dan nipis.

Selain itu, korang yang mempunyai bentuk muka seperti bentuk hati (kawasan pipi nampak lebih lebar dari garisan rambut serta dagu yang tajam) adalah sangat sesuai menggayakan subang berbentuk juraian atau candelier sebab bentuk sebegini boleh memberi kesan pada dagu supaya nampak lebih tirus. 

Tapi, kalau boleh jangan pilih subang hingga cecah ke bahu sebab nanti leher korang nampak lebih pendek.

Muka berbentuk berlian pulak iaitu bentuk muka panjang dan berdagu serta rahang yang tajam (garisan rambut lebih sempit dan mula di bawah telinga, rahang dan dagu nampak jelas) elok menggayakan subang berbentuk panjang dan lebar kat hujung. 

Orang yang mempunyai bentuk muka bujur sirih (lebar muka kurang 1/3 dari panjang muka dan takde bentuk bersegi) memang sangat senang nak pilih bentuk subang yang sesuai. Itu sebabnya bentuk muka macam ni dipanggil universal. Mereka boleh pilih dan pakai apa-apa bentuk subang sebab semuanya match.

So, korang yang mana ye? Selamat memilih subang.

Sumber Metro!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Konpius dengan muka sendiri bentuk ape huhu. Tapi lama xpkai subang. Masa kecik2 ritu rajin pkai.

    ReplyDelete
  2. Hehehe dulu lea suka sgt pakai subang.. Skrg dah tak amek kesah dah pasal subang.. Pakai jerk la subang hitam plastik ni sampai bebila.. Hahaha..

    ReplyDelete
  3. err..takde lubang utk subang..hahaa

    ReplyDelete