Header Ads

The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.

The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje. | Assalamualaikum wbt. Aiseh... nampaknya cikla ditag lagi. Sebelum ni cikla telah ditag oleh blogger Ucing Kadayan dan blogger Mellya. Walau apapun, thanks kepada adik blogger Unni Anje sebab sudi tag cikla. Soalan dalam English, so tak ape ye cikla answers dalam bahasa. Hehe... *cikla perasan yang cikla sorang je kot bagi question dalam bahasa. Haha.

Oklah, jom kita tengok apakah soalannya dan cikla give an answer sekali ok. Senang sikit, betul tak? Concentrate pleaseeeee... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.


The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.
The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje. 


Q1 : Who are you? Kali ni cikla bagi nama penuhlah. Nama seperti dalam kad pengenalan adalah Shahila binti Shahril. Just call me Cikla. Dilahirkan pada 28 Ogos 1982. Ibu muda *eceh.. mudalah sangat. Hihi ni mempunyai 4 orang anak (3 girl, 1 boy). Berblog since 2013 and alhamdullilah till now. Suka membaca dan berkongsi apa jugak yang dirasakan bermanfaat melalui blog. Cikla seorang yang agak tegas dan garang sikit, tapi jenis tak sampai hati dan mudah kesian dengan orang.. *lembut hati orangnya ni. Haha...

Q2 : During the course of your life is the most embarrassing this ever happened? Kalau sebelum ni cikla pernah terserempak dengan orang yang memang sejibik sejibon pakai tudung yang sama, cikla jugak pernah jugak mengalami satu lagi perkara yang agak shy shy cat jugaklah. Cikla nak tanya, apa perasaan korang bila dengan confidentnya korang berjalan tengah-tengah orang ramai, tetiba... Alamak! Tapak kasut tertanggal. Dahlah tak bawak kasut spare. Memang harulah. Terpaksa menyeret kaki nak jalan... Huhu...

Q3 : You like travel? why? Cikla rasa semua orang suka travel kan? Cikla pun suka, lebih-lebih lagi kalau ada orang belanja/sponsor. Haha. Dulu, masa anak tak ramai rajin jugak encik suami bawak pergi travel. Ni askar dah bertambah, macam agak payah sikit nampaknya. Biasalah, bila bawak budak-budak berjalan macam-macam drama wujud. Tak pasal-pasal spoil mood... Huahuahua.

Q4 : State in Malaysia,a state where your don't go? Banyak lagi negeri yang Cikla belum pernah sampai. Setakat ni cikla pernah ke Selangor (of course lah dah duduk sini kan. Haha), Pahang, Perak, Melaka dengan Negeri Sembilan. Selain dari tu, belum berkesempatan lagi. Sabah, Sarawak lagilah. Jauh nun di seberang Laut China Selatan.

Q5 : Which state cuisine that you like? ( unless your state). Cuisine yang cikla suka? *cuisine tu masakan rupanya, ku fikirkan budaya. Ish ish ish... Baiklah, Selain dari masakan dari negeri sendiri, cikla sukakan masakan dari negeri Pahang, iaitu masakan yang berasaskan ikan patin. Paling suka adalah ikan patin masak tempoyak. Sedap...

Q6 : Do you like your job now? Cikla dari dulu kerja jadi 'suri rumah tangga' and I love my job very much. Memang tak dinafikan sebagai suri rumah ni memang takde cuti pun, tapi kiranya kepuasan membesarkan anak 24 jam dan anak sentiasa berada di depan mata lebih berharga. Memanglah penat, *mana ada kerja yang tak penat kan tapi melayan dan melihat kerenah anak ni lebih kepada terapi diri sendiri. Rasa terhibur je bila tengok gelagat mereka. Itu belum lagi kalau diaorang 'berperang'... Lagilah... Korang rasa? πŸ˜†πŸ˜†

Q7 : The most disappointing in your life? why? Bila kepercayaan kita dikhianati... Sebab? Biarlah rahsia... 

Q8 : Who is the first person you're looking for if your are in emergency? Sudah tentulah suamiku yang tercinta... ❤️❤️❤️

Q9 : What is the first thing, will do when you wake up? Kalau bangunan Subuh tu, sebelum solat, cikla jerang air dulu. Then, barulah bersihkan diri and solat Subuh. Kadang-kadang tu, tengok telefon dulu.πŸ“±

Q10 : If someone give your 10k. what do you do? Sudah tentu settlekan hutang dulu. Tapi, rm10k tu buat bayaran PTPTN pun dah habis. Hihi.

Q11 : What you like about me? why? Pendapat cikla, Unni ni seorang yang peramah, senang ngam dengan orang, dan cikla suka dengan perkongsian yang Unni kongsikan di blog. Cuma lately, cikla macam jarang sikit blogwalking sebab kebizian sikit. Pepaham ajelah ibu 4 anak kan... Hihi.

Alhamdullilah... complete dah jawapannya. Cikla harap Unni berpuas hati ye...

Oh my sunshine.... ❤❤🌸🌸

4 comments:

  1. yea terjawab jua akhirnya (^_^) hehe.

    ReplyDelete
  2. Hihi btul apa CikLa cakap, suma orang suka travel lebih2 ada yang sponsor.. =)

    ReplyDelete
  3. Maaf ciklah. Cuisine tu masakan sebenarnya.

    Nanti ada rezeki boleh pergi Sabah. Cantik2 semuanya di Sabah. Ana kalau ada rezeki nak pergi sana semula juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, Salah ye.. nmpk sgt bi fail.. Hihi... thanks Ana sbb betul kan. Nnti Cikla betul kan yg kt entri tu... 😘

      Delete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.