Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

By Cikla Shahril - March 03, 2017

Anak-anak cikla, kalau dibagi shower foam sebotol, mau sehari untuk depa boleh duk dalam bilik air nuuu. Budak-budak, biasalah. Sekali menyabun, sampai berbuih satu bilik air. Sampai berlerai.

Sebenarnya, banyak je kot shower foam kanak-kanak kat pasaran sekarang. Johnson & Johnson, Drypers, Carrie Junior dan macam-macamlah.  Lepas tu, kalau dulu sabun badan lain, shampoo lain. Asing-asing. Tapi, sekarang dah makin mudah. Sabun badan sekali dengan shampoo. Head to toe, bak kata orang putih. So, inilah yang cikla nak share, Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.
Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

Sejujurnya, produk brand Pureen ni cikla 'kureng' sikit bau dia, sebab tak wangi. Haha. Bagi cikla, baunya macam 'keras', macam tak sesuai je untuk baby. Tapi, bila terjebak dengan Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash dah macam tersuka pulak sebab baunya best. Bau buah. Kalau korang nak tau, sebenarnya Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni ada dua jenis, satu mango satu lagi apple. Yang mango cikla dah try dah. Memang wangi, macam bau buah mangga yang sudah masak ranum. 

Selalunya, lepas mandikan baby Zara, cikla asyik cium je budak cinonet tu sebab wangi sangat. Rasa nak gigit je. Aummm. Hehe. Yang jenis apple ni cikla baru try, wangi jugak. Macam biasalah, dah namanya apple so bau apple lah. Hmm, wanginya. Kalau jenis mango, botolnya warna kuning. 

Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.
Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash : wangikan si kecil anda.

Seperti yang tertulis pada botolnya, mandian Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni mempunyai 3 fungsi iaitu moisturizing, conditioning and nourishing. Bak kata orang, 3 in 1. Best kan? Lagi satu, kalau kita nak  sabunkan anak kita tu sekali dengan shampoo. Jimat masa, tenaga. Sekali harung je. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Wangi satu badan. Lagi satu, ia sememangnya halal, dan gunakan tanpa was-was. 

Bagi cikla, Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni memang menjimatkan. Kalau kita nak pakai just picit sikit je. Nanti buihnya satu besen tau. Anak-anak cikla kalau bab main buih memang favorite diaorang. Suka sangat. Harga sebotol Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash lebih kurang rm5 lebih macam tu, untuk 150 ml dan ia boleh didapati di semua kedai, pasaraya, shopping mall dan cikla rasa botol besar ada kot. 

So, pada yang belum pernah try Pureen Kids Yogurt Head to Toe Wash ni, you should try. I very very recommended this product. Memang korang tak kan menyesal punyalah, malah si comel korang akan wangi je baunya lepas mandi. Meh sini, nak kiss sikit. Selamat bermain buih ye anak-anak! 

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Sabun ni kalau biar budak-budak pakai sendiri memang seminggu sekali lah kena beli... hehe

    ReplyDelete
  2. ni aida memang standby satu tau, cikla.
    kalu gi holiday, utk izzat. head to toe ler katakan...
    dulu kala utk kakak2 la. but now diorang da besar, pakai aje sabun hotel :)

    ReplyDelete