Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...

By Cikla Shahril - March 28, 2017

Cikla rasa salah satu part yang paling diberi perhatian semasa mengenakan makeup adalah bibir kan? Betul tak? Memang tak dinafikan, tak semua orang suka mengenakan lipstick di bibir mereka *sebab ada yang lebih suka mengenakan lips balm tapi ia sebenarnya perlu 'dikisahkan' jugak. Bukan apa, bibir jugak merupakan salah satu daya tarikan seseorang itu dan penambah keyakinan seseorang itu.

Korang rasa selama korang 'berlipstick' ni betul ke warna lipstick yang korang pakai tu? Ke korang main pakai je warna yang berkenan dihati. So, macam mana pulak nak pilih lipstick yang betul-betul match dengan kulit kita? 

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...
Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni... Sumber Google.

Sebenarnya, ada beberapa tip semasa kita memilih warna lipstick yang sesuai dengan kulit kita. Untuk orang yang berkulit cerah, warna lipstick yang berwarna coklat muda dan sedikit warna pink yang fresh sangat sesuai untuk anda. Kalau korang nak nampak lebih natural, oleskan lipstick berwarna honey atau coklat jernih, di samping lipstick berwarna coklat tua untuk menyerlahkan kematangan korang.

Kalau korang berkulit sawo matang, lipstick berwarna coklat tua lebih match. Lagipun, warna ini akan menjadikan warna kulit lebih menonjol. Selain itu, korang oleh jugak nak pilih warna coklat kopi untuk menyerlahkan 'keesotikan' korang dan coklat karamel supaya nampak lebih natural dan fresh.

Orang yang berkulit kuning langsat, lipstick berwarna coklat kemerahan sangat sesuai: denganmu. Warna sebegini akan memberikan mood segar supaya kita sentiasa ceria dan bertenaga. Kalau korang nak nampak lebih matured, guna lipstick berwarna coklat kemerahan, di samping warna plum untuk korang yang ingin tampil 'menggoda'. Ada berani ke pakai?

Bagi orang yang berkulit gelap pulak, guna lipstick berwarna coklat sebab ia nampak lebih sesuai dibibirkan. So, macam mana? Dah dapat yang ssuai untuk dioles di bibir korang? Selamat mengoles ye. 

Sumber Ruangan Ubah Imej.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments