Ketiak hitam tiada lagi.

By Cikla Shahril - March 15, 2017

Bagi cikla, kalau nak cantik mestilah cantik luar dalam. Jangan hanya mementingkan penjagaan luaran saja, tapi yang dalaman? Lebih-lebih lagi yang 'tersembunyi' sepatutnya tak dipandang ringan. 

Tak dinafikan, ada orang mengalami masalah gelap dan kehitaman di bahagian yang tersembunyi seperti di ketiak dan lipatan leher. Betul kan? 

Jangan gusar ye, ni ada beberapa tips yang cikla nak share untuk mengatasi masalah ini. Kini ketiak hitam tiada lagi.

Ketiak hitam tiada lagi.
Ketiak hitam tiada lagi. Sunber Google.

Sebelum cikla share tips untuk mengatasi masalah ketiak hitam ni, apa kata kita tengok dulu apakah penyebab dan punca kepada masalah ni.

Sebenarnya, untuk pengetahuan korang punca utama kepada masalah ni adalah penggunaan deodorant yang tak sesuai lebih-lebih lagi kalau korang mempunyai kulit jenis sensitif. 

Bakteria akan membiak sekaligus menyebabkan jangkitan sehingga warna asal kulit berubah adalah kesan dari penggunaan deodorant yang tak dibersihkan dengan baik.

Selain ia berpunca dari deodorant, masalah ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon lebih-lebih lagi semasa mengandung.

Mungkin ada yang tak tau sebenarnya cara mencukur yang salah boleh menjadi punca kepada masalah ni sebab kulit boleh terluka dan meninggalkan parut. Sudahlah cara mencukur salah, lepas tu guna pulak alat pencukur yang tak bersih lagilah bertambah-tambah masalah.

Keadaan yang tak bersih ni menjadi salah satu faktor kewujudan bakteria dan bahagian bawah lengan korang tu gelap.

Selain itu, pemakaian pakaian yang ketat terutama di bahagian ketiak, leher dan tepi peha pun oleh jadi penyebab masalah ni, di samping kurangnya perhatian kepada bahagian tersebut terutama masa korang mandi. Kurang sental gamaknya.

Antara tip itu adalah, sebaiknya masa korang mandi, jangan lupa bahagian tersebut. Gosoklah dengan sempurna, sebab ia sangat penting. Lepas mandi, sapukan bahagian itu dengan bedak antibakteria untuk mengurangkan peluh.

Selain itu, elakkan memakai pakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan terutamanya dengan memakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Kalau nak mencukur pulak, pastikan alat pencukur yang nak digunakan itu bersih dan tak berkarat.

Untuk pengetahuan korang, penggunaan skrub badan semasa mandi juga digalakkan sebab ia boleh menyahkan sel-sel kulit mati dan daki. Tapi, guna sesekali je. 

Jangan guna hari-hari pulak tau. Selain itu, jangan menyembur minyak wangi pada ketiak secara direct sebab akan menyumbang bakteria membiak dengan jayanya.

Apa yang terpenting, guna deodorant yang sesuai dengan kulit korang dan gunakan kaedah wax sebab ia dikatakan lebih baik dan selamat.

Ada petua tradisional yang boleh membantu mengatasi masalah ketiak hitam dan daki ni. Senang je, just guna limau nipis. Ada dua cara yang boleh dibuat, pertama campurkan air perahan limau nipis, bedak tawas dan sedikit madu, kemudian sapukan pada bahagian bermasalah, biarkan sekejap lepas tu dicuci dengan air bersih.

Cara kedua lagi senang, ambil limau nipis potong dua, kemudian gosokkan limau tersebut secara membulat sebelum mandi. Lakukan secara konsisten, inshaaAllah hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Cikla ingat lagi, masa cikla dalam pantang, mak cikla ada buatkan campuran air limau nipis dengan kapur makan tu, kemudian sapu kat perut untuk menghilangkan daki sekaligus mengempiskan perut.

Petua lama, lebih selamat dan yang penting natural serta bebas dari chemical substance.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

18 Comments

  1. Setuju dengan cikLa. Petua org lama selalunya lebih berkesan dan free-chemical. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu... free chemical yg penting...

      Delete
  2. pabila aku baca post sis nie..Teringat saya apabila makan di restoran dgn cik abg..terpandang meja sebelah sebaik jer dia angkat lengan.fuh..leabt juga.wakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... terus patah selera kalau cikla yg nmpk..😆😆

      Delete
  3. Betul tu..kecantikan luaran dan dalaman kan Cikla..ehehe..

    ReplyDelete
  4. btw, jemput singgah tempat saya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah.. nnti Cikla singgah.. btw, thanks sudi singgah sini. ❤

      Delete
  5. nasib baik e'in takde masalah nie.. hihi

    ReplyDelete
  6. Haaa tu diaa ketiak sapa dia yg itamm niii 🔭

    Nice info cik la 😍

    ReplyDelete
  7. Cikla, petua guna tawas tu berkesan dekat saya :)) memang ketiak putih berseri lepas guna dgn kerap ... muehehe.

    ReplyDelete
  8. bagus petua ni... nice sharing :D

    ReplyDelete