Diet terbaik kurangkan lemak dalam badan.

By Cikla Shahril - March 08, 2017

Siapa yang tak nak kurus, cantik dan langsing kan? Tak kiralah kalau anak dah berderet pun, badan tetap mantain kurus langsing je. Tapi, kalau bercerita pasal diet, macam mana nak turunkan berat badan, macam mana nak kurus memang takde noktahnya. Betul tak?

Sebenarnya, banyak je cara yang kita boleh gunakan untuk menurunkan berat badan terutamanya secara sihat dan bebas dari ubat yang mungkin boleh memudaratkan. 

Kalau cikla, cikla lebih mengutamakan diet secara alami. Maknanya diet dengan bahan semulajadi dan tak nak bergantung sangat pada ubat-ubatan untuk kurus.

Bukan nak cakap ubat ni semua tak bagus, sebab memang tak dinafikan ada ubat yang berkesan menurunkan berat badan secara sihat, tapi rasanya secara semulajadi pun tak kurang hebatnya. 

Jom kita amalkan diet ni, bukan semata-mata nak cantik je, semestinya nak sihat jugak kan.

Diet terbaik kurangkan lemak dalam badan.
Diet terbaik kurangkan lemak dalam badan. Sumber Google.

Sesiapa yang suka makan daging merah, elokkan korang kurangkan ye. Bukan tak boleh makan langsung, tapi kurangkan kuantitinya. Kalau korang nak tau, daging lebih-lebih lagi di bahagian tulang rusuk memang mengandungi lemak tepu yang tinggi.

Daging ayam pun sama, lebih-lebih lagi bahagian kepak dan pehanya. Tengok macam gebus je kan, tapi di situlah terdapatnya lemak berbanding dengan daging di bahagian dada. *alamak, cikla dahla suka makan kepak dengan peha ni. Huhu.

Biasanya korang kalau masak mesti guna minyak masak biasa tu kan? Apa kata lepas ni tukar, guna minyak zaitun pulak sebab ia tak mengandungi lemak tepu. Memanglah minyak zaitun mahal sikit kot, tapi apa salahnya demi mendapat kesihatan yang baik. Harga sebuah kesihatan itu lebih mahal. Betul tak?

Selain itu, kalau boleh elakkan atau ambil makanan dengan makanan sejuk beku sebab ia dikatakan mengandungi lemak tepu yang sangat tinggi. Di samping itu, kalau boleh jangan minum minuman sejuk selepas makan sebab ia boleh menyebabkan lemak terkumpul di kawasan tertentu dan menjadi tepu sehingga susah nak disingkirkan.

Pengamalan mengambil suplemen tambahan dalam diet juga bagus. Apakah suplemen yang baik untuk kawal lemak tepu? Jawapannya adalah omega-3, sebab ia merupakan asid lemak yang bagus untuk badan sekaligus menolong lawan lemak tepu dan kolestrol jahat. Omega-3 juga elok mengawal keradangan dalam badan, menguatkan jantung serta mata dan mampu menaikkan mood. Sumber omega-3 adalah ikan sardin, salmon dan kembung. *kembung dah lah mahal kan. Hihi.  

Penggemar produk tenusu kena kurangkan dalam diet harian korang sebab ia mengandungi lemak tepu yang banyak, termasuklah keju dan susu lemak penuh. Sebaiknya, tukarkan kepada susu rendah lemak sebab ia lebih sihat dan semestinya kurang lemak tepu.

Kira jumlah kalori. Agak-agak korang rajin tak kira jumlah kalori makanan yang korang makan? Tak kot. Betul tak?

Tapi, tak salah kalau korang mempraktikkan ini sampai korang jumpa kaedah yang paling sesuai untuk korang turunkan berat badan. Langkah berjaga-jaga kata orang.

Selamat berdiet!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Makanan sedap depan mata tak sempat kira kalori cikLa... hihi...

    ReplyDelete
  2. saya amalkan lemon suam pagi2 sebelum sarapan..kalau mood rajin, saya buat infused water..

    ReplyDelete
  3. hadoi cikla.
    aida ni nak diet.
    tapi tu la hmmmmm ke laut jer.

    ReplyDelete