Belangkas, haiwan rare yang susah ditemui sekarang.

By Cikla Shahril - September 16, 2016

Siapa kenal belangkas dan peminat makanan 'eksotik' ni? Rasanya menu berasaskan haiwan ni boleh jadi salah satu tarikan pelancong kan. Mana taknya, menu rare kan. Jarang-jarang ditemui.

Menurut Wikipedia Bahasa, belangkas adalah haiwan yang mempunyai habitat di laut masin dan ada sesetengahnya boleh hidup di paya air tawar jugak. Biasanya, kita boleh menangkap belangkas ni dengan mudah sebab ia tak mengigit dan boleh didapati terdampar di tepi-tepi pantai. 

Walaupun belangkas datang dari keluarga yang sama iaitu Limulidae, tapi jenisnya berbeza antara yang tinggal di laut masin dan di kawasan paya. Belangkas yang tinggal di laut masin dikenali sebagai Tachypleus Gigas, manakala belangkas yang tinggal di kawasan paya air tawar dikenali dengan Carcinoscorpius Rotundicauda. Amboi, kemain lagi nama diaorang ni ye. Dah macam nama orang Mexico lagi. Hihi.

Belangkas, haiwan rare yang susah ditemui sekarang.
Belangkas, haiwan rare yang susah ditemui sekarang. Sumber Google. 

Cuba korang tengok dalam gambar kat atas tu. Itulah susuk rupa cik belangkas kita. Manalah tau, ada yang tak kenal kan. Maklumlah, haiwan jarang-jarang ditemui sekarang ni. Rupanya yang macam 'ketopong besi' tentera dan merupakan artropod laut. 

Belangkas jugak mempunyai ekor yang panjang dan tajam. Kalau korang nak tau, belangkas ni boleh membesar bagai johan sehingga saiz 51 cm. Besar kan. Lepas tu, kalau ada salah satu anggota badannya terputus ia boleh tumbuh balik, sebab ia mempunyai sistem imun yang sangat bagus. 

Macam mana nak kenal belangkas jantan ke belangkas betina? Senang je. Kalau korang tengok, kedua-dua ekor belangkas jantan dan betina ni selalu ke 'berkepit' berduaan. Belangkas betina lebih besar dari yang jantan. 

Cikla dulu masa kecik-kecik pernah makan jugak. Belangkas bakar. Belangkas masak kari pun sedap. Yang paling sedap adalah telurnya. Ermmm, sedapnya. Tapi sekarang, belangkas pun dah pupus kot.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Akk pnh tgk belangkas.. Tp jumpe sekor jer.. Xde psgn.. Xpernh rs lg.. Xsanggup nk mkn.. Huhu

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman kanak-kanak ayah selalu tangkap belangkas kat sungai klang. Sekarang dah tak de.. Memang susah nak jumpa.

    Telur belangkas bakar memang marvelous..! Masa 1st year teringin betul nak makan.. Alang-alang kat rumah mertua di Johor.. Terus google cari lokasi yang ada masakan belangkas.

    Alhamdulillah jumpa.. Dapat lepas teringin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Cikla ingat belangkas kt laut je duduknya.. Hihi... Tp belangkas mmg sedap. Skng susah dh nk cari masakan berasaskan belangkas ni..

      Delete
  3. Masuk musim kot.. banyak belangkas. tapi tak pernah makan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya mmg belangkas ada musimnya... Ada org mkn, ada org x mkn... Hihi..

      Delete
  4. Yang sedap telurnya. Sebab tu biasanya orang ambil belangkas betina saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah. yg jantan kecik sikit kan... tp skng susah dah kot nk jumpa belangkas ni....

      Delete