Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?

by - March 14, 2017

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi? | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa hampir semua wanita suka pakai kasut tumit tinggi kan? Bagi cikla, susah nak pakai kasut tumit tinggi ni, walaupun wanita yang memakai kasut tumit tinggi ni akan nampak lebih feminim dan berkeyakinan. Tapi, tahukah korang memakai kasut tumit tinggi ni akan memberi kesan jangka masa panjang yang kurang baik terutama kepada postur badan dan kesihatan. So, bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi? Nah, inilah tipsnya yang cikla nak share.

Rasanya sebelum ni, cikla ada share pasal kasut tumit tinggi di SINI. So, tips yang berikutnya ni kiranya macam add-on lah... Jom baca jom...

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?


Sebaiknya, elakkan dari membeli kasut tumit tinggi secara atas talian (online), sebab adalah lebih baik kita mencuba dulu kasut tersebut sebelum membelinya. Bukan apa, kita kena tahu apakah saiz yang betul-betul match dengan kaki kita. Kalau korang nak tau, saiz kasut yang paling sesuai dengan kaki kita adalah yang muat bila disarungkan, tapi ia masih ada lagi ruang supaya jari kaki kita 'bergerak bebas' bila kita berjalan. Memakai kasut yang sempit akan menyebabkan kaki melecet dan lama-lama tulang jari kaki boleh berubah atau dikenali sebagai jemari hammer. Hujung kasut yang berbentuk bulat di depannya adalah lebih baik dari hujung kasut yang berbentuk tajam.

Ada yang beranggapan, memakai kasut yang bertapak tebal lebih baik dari memakai kasut bertumit tinggi. Sebenarnya tanggapan tu salah, sebab kasut bertapak tebal adalah tak fleksibel dan kita kena angkat kaki setingginya untuk mengelakkan dari tersadung. Di samping itu, kasut jenis ni lebih berat dan memakainya seperti meletakkan 'beban' di kaki. Apa yang disarankan adalah memilih kasut yang memberi posisi yang baik dan betul pada kaki. Posisi kasut tersebut mestilah selari dengan tapak kaki supaya lebih selesa. Sepatutnya, tumit kasut berada betul-betul di bawah tulang tumit. Kalau sebaliknya berlaku, seseorang akan mudah jatuh bila berjalan.


Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?
Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?
 Sumber Google.


Kalau boleh, elak dari membeli kasut yang terlalu murah sebab mungkin ia diperbuat dari plastik yang akan menyebabkan kaki mudah berpeluh dan sakit terutama di bahagian tumit. Tapi, kalau kasut korang jenis 'keras' dan selalu menyebabkan kaki melecet, korang boleh letakkan 'pelapik' jenis fabrik suede di bahagian belakang kasut. Selain tu, korang boleh meletakkan kusyen tapak kaki yang ada gel pelembut di dalamnya supaya kesan hentakan pada tapak kaki dapat dikurangkan, lebih-lebih lagi kalau kasut korang tu bertapak nipis.

Cikla tau, ada orang terpaksa memakai kasut tumit tinggi disebabkan oleh kerjaya yang memerlukan mereka berpenampilan begitu. So, untuk 'menyegarkan' semula kaki korang yang sakit sebab memakai kasut tumit tinggi tu dalam tempoh yang lama korang boleh cuba petua ni. Just rendam kaki korang dalam air sejuk yang dipenuhi ais untuk memberi kelegaan pada kaki dan mengurangkan rasa sakit itu. Selain itu, sebelum tidur pulak korang sapukan kaki korang dengan krim kaki sebab ia boleh melembutkan kulit kaki dan mencegah dari melecet serta pecah.

Sayangi kaki kita ketat-ketat...


Sumber Metro!

You May Also Like

7 Orang yang komen.

  1. Nak cuba juga pakai kasut tumit tinggi lah.. hihi...

    ReplyDelete
  2. Ana memang fail pakai high heel ni. Sebab tu prefer wedges dr high heel. Tu pun selalu terseliuh. Huhu

    ReplyDelete
  3. hehe susah nak pakai kasut tinggi tapi nak kena blajar pakai juga huhu
    Sis ditag http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/03/sunshine-blogger-award-ucing-kadayan.html

    ReplyDelete
  4. Unni x reti pakai tumit tinggi ni. Rasa mcm nk tumbang je bila pakai.. Hihi

    ReplyDelete
  5. jeles tengok pakai heel cantik2 tapi saya malas nak sakitkan kaki sendiri so pakai je la kasut flat..hehe

    ReplyDelete
  6. Hi Cikla ... siapa yang suka high heel, sila sayang kaki korang EXTRA sikit ...zaman kasut bertumit tinggi mrs pip ni dah berlalu ... sekarang kita pakai yang flat flat saja ...

    ReplyDelete
  7. Mek kalau balik keje slalu urut tapak kaki 😪 Letihh kau pkai tumit tinggi 😞

    Tp bab beli kasut online tu ye, baik try dlu bru thu ok ke idok dgn kaki kita 👍

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.