Tips membeli produk kosmetik.

By Cikla Shahril - February 11, 2017

Tak dinafikan sekarang ni lambakan produk kosmetik dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Macam-macam brand dan jenis bersaing sesama sendiri untuk memenangi hati peminat tegar produk sebegini khususnya. Tapi, sebagai pengguna yang bijak, kita kena sentiasa peka dan berhati-hati semasa membeli produk tersebut supaya ia tak memberi kemudaratan kepada kita di kemudian hari. Ada beberapa tips yang mungkin kita boleh gunakan semasa membeli produk kosmetik. ni. 

Tips membeli produk kosmetik.
Tips membeli produk kosmetik. Sumber Google.

  1. Baca info pada label atau sisipan yang terdapat pada produk sebelum membeli. Biasanya, kebanyakan produk kosmetik ada dinyatakan segala info yang berkaitan pada label. Ada sesetengah produk kosmetik pulak ada disertakan 'sisipan' pads bungkusan produk untuk memudahkan pengguna mengetahui maklumat mengenai produk itu. Sebaiknya, kita menggunakan produk tersebut mengikut cara atau saranan yang tertera pada label. So, jangan pandai-pandai guna sendiri tanpa melihat instruction tersebut. 
  2. Beli produk kosmetik dari sumber yang dipercayai. Memang tak dinafikan, produk yang dijual menerusi internet memang banyak. Begitu jugak produk yang dijual di kaki-kaki lima atau di pasar-pasar malam. Seeloknya, elakkan dari membeli menerusi apa yang cikla nyatakan di atas sebab kita mungkin tak tahu kualiti dan tahap kestabilan produk. 
  3. Simpan produk kosmetik di tempat yang sesuai supaya kualitinya dapat dipelihara. Ini kerana ada produk yang tak tahan dengan keadaan suhu yang panas dan ini boleh merosakkan tekstur dan fizikal produk. Kalau dah rosak, jangan gunakan ia sebab dikhuatiri akan memberi kesan yang tak elok pada kulit. 
  4. Seeloknya jangan pindahkan produk kosmetik dari bekas asalnya ke bekas lain kerana ditakuti kestabilan produk akan terjejas kalau disimpan dalam bekas berlainan. 
  5. Sebaiknya, bagi yang mempunyai masalah kulit, mintak nasihat pakar sebelum membeli produk kosmetik. Bukan apa, kalau main beli je takut nanti ia akan beri kesan buruk kepada masalah kulit yang memang korang dan hadapi. Mencegah lebih baik dari mengubati. 
  6. Jangan mudah terpedaya dengan iklan produk kosmetik yang menggoda serta menjanjikan kesan yang tak masuk akal. Contohnya, kulit putih dalam masa sehari semalam, atau ubati parut dalam masa 3 hari. Macam tak logik kan. Dah tentu-tentu produk tu mengandungi bahan yang boleh memudaratkan kulit wajah kita. Biarlah lambat cantik asalkan selamat.

Bagi cikla semua pilihan di tangan kita. Kita yang tentukan, sebab kalau ada apa-apa kesan yang baik mahupun sebaliknya kita jugak yang terpaksa mengahadapinya. Betul tak? Apa yang penting, pastikan produk komestik tu betul-betul sesuai dengan kulit kita. Jangan ingat produk branded, semuanya sesuai.

Lain orang, lain kesensitifan kulitnya. Tak sama tau.

Sumber Metro!

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Aa. Lain kulit lain sensitifnya. Lebih elok klau dh sesuai dgn kulit tu jgn tukar tukar. Sian kulit nk kne adapt dgn produk baru pulak. Lagipon kt tk tahu bleh jd elok ke tk dgn kita. Klau elok alhamdulillah. Klau tk elok - sadaqallahhh --'

    ReplyDelete
  2. Terima kasih CikLa kongsi tips..

    ReplyDelete
  3. Wanita dan kosmetik tak dapat dipisahkan.
    Lelaki sekarang pun dh ramai yang gilakan kosmetik.
    Nak jadi lelaki jambu.

    ReplyDelete