Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi?

Siapa yang selalu dengar Sepahtu Sinar tiap-tiap pagi mesti tau kot pasal Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi. Iye ke? Hmm, usia perkahwinan mereka dah masuk tahun ke-6 dah.

Sebenarnya, kisah Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi ni adalah majlis yang dibuat sempena anniversary perkahwinan mereka yang ke-6 nanti. Kiranya bersanding kali kedualah ni ye. 

Menurut sumber, majlis ni untuk meraikan semua keluarga dan rakan taulan mereka. Persandingan mereka in shaa Allah pada 26 Februari ni. Kepada peminat mereka, korang boleh tengok kemeriahan majlis mereka secara live di Facebook Sinar fm tau.

Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi?
Ni masa mereka sanding kali pertama. Sumber Google.

Memang sweet diaorang ni. Yang cikla kagum sangat statement ni;

"Ketika mencintai seseorang, cintailah apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika mencinta tanpa syarat."

Ouchhh, pada cikla memang betullah tu. Jodoh dan rezeki tak kan salah alamat. Kalau itu yang dah ditetapkan, maka dia akan menjadi milik kita walaupun apa jugak halangan. Cantik dan hensem tu bonus je, fizikal luaran. 

Apa yang penting, hati tu cantik dan hensem. Susah kot nak cari. Kalau dapat, jagalah baik-baik tau.

Kepada Shuib dan Sarah, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ye, dan selamat bersanding. Semoga hubungan korang ni berkekalan selamanya dan diberkati olehNya. Aamiin.

Sumber Facebook SINAR fm.

10 comments:

  1. Alhamdulillah...mesti cute..sebabnya majlis ni akan dirai bersama2 anak2 mereka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. anak2 boleh jd dayang2 kecik. Iringi mak ayah ke pelaminan.. hih

      Delete
  2. Suka dgn pasangan ni....
    Semoga dipermudahkan urusan mereka bersanding...
    Siti Sarah, I love You :)

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar orang bersanding dua kali. Apa2 pun semoga bahagia ke anak cucu :)

    ReplyDelete
  4. Semoga hubungan mereka kekal hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  5. Kalau ada kemampuan, tak salah nak bersanding sekali lagi, kan.. hihi nie rasa macam nak bersanding semula.. =)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.