Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni...

By Cikla Shahril - February 06, 2017

Siapa peminat kasut tumit tinggi angkat tangan. Cikla takdelah minat sangat, sebab memang takde pun koleksi kasut bertumit macam ni dalam simpanan. Paling tinggi pun wedges la. Lagi up dari tu tak boleh kot. Mau terpelecok kang jap lagi. Haha. Honestly, memang cikla tak reti nak menggayakan kasut fesyen macam ni.

Sebenarnya, cikla nak share beberapa tips untuk si peminat kasut tumit tinggi supaya kasut tumit tinggi yang dipakai itu selesa dan tak menyakitkan kaki. Barulah berkeyakinan masa melangkah nanti. Lagipun, sharing is caring lah katakan. Hihi. Jom baca apakah tipnya.

Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni...
Peminat kasut tumit tinggi kena baca ni... Sumber Google.

  1. Kalau korang nak tau, kasut tumit tinggi ni memang banyak ketinggian dan ketebalannya yang tersendiri. So, korang kena pandai pilih mana yang sesuai dengan korang. Kalau nak sangat pakai, tapi tak biasa better pilih kasut jenis wedges je. Selamat sikit. Kang tak pasal-pasal terpelecok nanti.
  2. Lepas korang balik ke rumah selepas memakai kasut tumit tinggi, korang rehatkanlah kaki korang. Urut-urutlah sikit kaki korang tu. Bagilah kaki korang tu 'bernafas' sikit. Lagipun, ia boleh kurangkan kulit kaki kita dari melecet. 
  3. Nak berjalan ketika memakai kasut tumit tinggi ni ada caranya tau. Elakkan melangkah dan meletakkan tumit serta jari kaki korang di atas tanah serentak. Korang just berjalan macam korang pakai kasut tapak flat. Apa yang disyorkan adalah meletakkan tumit dulu, kemudian baru jari kaki. Ok semua. *apa lagi, pergi practice cepat, hehe.
  4. Orang cakap, kualiti yang baik itulah yang elok. Tapi, biarlah dengan harga berpatutan. Elak beli kasut tumit tinggi yang dibuat dari plastik sebab ia boleh menyebabkan kaki melecet, bengkak dan berpeluh.

Lepas ni bolehlah korang pilih kasut tumit tinggi yang sesuai untuk korang. Apa yang penting, pastikan kasut tu selesa dan tak menyakitkan kaki korang masa korang catwalk nanti. Berkasut tumit tinggi memang cantik sebab setiap langkah itu nampak menyakinkan. Tapi, kita lupa di sebalik yang 'cantik' itu akan mengundang kemudaratan. Huhu.

Sumber Ruangan Pentas Fesyen, SINAR.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Dulu ada Cikgu sekolah sakit pinggang sebab selalu pakai tumit tinggi...

    ReplyDelete
  2. elsa tak minat dan takkan minat dengan kasut tinggi haha. trauma tau kaki terpeleot nanti

    elsa isi tabung. elsa ada cerita baru :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/02/shaidatul-aireen-turns-21.html

    ReplyDelete
  3. Nasib baik dah tak pakai dah sebab asyik terpeleot jea bila pakai..

    ReplyDelete