Dahsyatnya akibat meroyan!

By Cikla Shahril - February 05, 2017

Terpempan sekejap cikla bila baca berita muka depan akhbar SINAR hari ni. 'Ibu meroyan kelar anak'. Allahuakhbar. Begitu dahsyatnya akibat meroyan. Rasanya, baru je cikla share tanda meroyan tu (perkongsian dari Facebook Dr. Taufiq Razif) tempoh hari. Hari ni keluar lagi cerita pasal meroyan.

Dashyatnya akibat meroyan!
Dahsyatnya akibat meroyan! Sumber Google.

Kalau korang belum tau pasal cerita ni, meh cikla kongsikan secara ringkas ye.

Kejadian berlaku di perumahan tentera di Kok Lanas, Kota Bharu, Kelantan. Seorang bayi perempuan, Nur Areesa Sofea berusia 2 bulan maut dikelar oleh ibunya yang dipercayai mengalami gangguan emosi. 

Semasa kejadian, suaminya tiada di rumah kerana keluar ke kedai berdekatan. Menurut sumber, suami itu telah dihubungi oleh isterinya sendiri supaya meminta suaminya pulang ke rumah dan menyuruh suaminya membuat laporan polis. 

Suaminya yang bimbang, sebab ingatkan ada orang pecah masuk dalam rumah, tapi bila sampai dia terkejut tengok isterinya meracau dan sedang ditenangkan oleh jirannya, sementara bayi mereka dalam keadaan berlumuran darah di leher.

Ya Allah, macam manalah keadaan baby tu masa ibunya kelar kan. Memang tak boleh nak bayangkan. Apalah baby yang masih kecik tu tau. Budak umur 2 bulan, apa lagi yang dibuat kalau tak tidur je. Apalah dosa anak itu. 

Mujur kakak dengan abangnya sempat 'melarikan' diri. Kalau tak, tak taulah apa yang jadi. Dikatakan isterinya melakukan itu sebab dia terdengar bisikan halus.

Pendapat cikla, meroyan ni memang kita tak boleh pandang ringan walaupun kita tengok tak serius sebab akibatnya memang sangat dahsyat Nauzubillah. 

Orang sekeliling kena peka dengan sebarang 'perubahan' yang berlaku pada pasangan yang mungkin mengalami masalah meroyan. Dan ibu itu sendiri, kalau diri tu rasa macam ada yang tak kena, cepat-cepat bagitau suami atau ahli keluarga terdekat. 

Sekurang-kurangnya kejadian sebegini dapat dielakkan dan si ibu boleh diberi rawatan pemulihan.

Semoga ibu-ibu semua dijauhkan dari meroyan ni. Aamiin.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments