Didik anak menjadi 'hamba'?

By Cikla Shahril - January 12, 2017

Orang cakap melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sebaiknya sejak dari kecik lagi, kita dah ajar dan asuh anak kita buat kerja rumah, tak kiralah anak lelaki atau perempuan. 

Mulakan dengan kerja-kerja yang ringan dahulu, seperti basuh pinggan sendiri lepas makan, basuh kasut sekolah sendiri dan kemas tempat tidur sebaik sahaja bangun tidur.

Macam anak cikla, memang cikla dah start ajar mereka buat kerja, tapi biasalah budak-budakkan. Kadang buat, kadang tidak. 

Tapi bagi cikla, didik anak menjadi 'hamba', bukan bermakna kita menghambakan mereka, tapi untuk menjadikan mereka lebih berdikari dan pandai bawak diri bila dah dewasa nanti.

Tapi, apa yang kita tengok kebanyakkan yang berlaku sekarang si ibu pulak yang bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan macam-macam kerja lagilah.

Sedangkan anak daranya pulak bersenang-lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain telefon. Selamba je, walhal ibunya bertungkus-lumus menyiapkan semua kerja seorang diri.

Bukan ibunya tak pernah bising dan membebel menyuruh si anak dara membantu apa yang patut. Tapi, bila dia disuruh, mulutnya tak henti merungut-rungut, cakap tak reti pulak, malaslah dan kalau ada pun yang tolong, buat pun cincai-cincai je sebab terpaksa.

Asal nama buat je, siap! Bayangkan pulak kalau ada anak lelaki semuanya? Disuruh tolong buat kerja, tak nak. 'Apa barang buat kerja orang perempuan, katanya.'

Nampaknya budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa agaknya ye? 

Sebab mereka tak dididik menjadi "hamba" sejak dari kecil lagi. Sebab, mereka tak diajar supaya faham dan mengerti akan kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. 

Sebab mereka tak diajar untuk memahami macam mana keadaannya bila mereka berada di tempat ibu bapa mereka.

Bila ditanya pada ibu atau bapa mereka, apa alasan mereka? Alasan mereka adalah;

'Kesian anak tu kecik lagi.'
'Tengok si Timah tu, nak dera anak ke apa?
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gajilah pulak gayanya.' 

Didik anak menjadi 'hamba'?
Didik anak menjadi 'hamba'? Kredit Google. 

Tapi, pendapat cikla kalau inilah alasannya, maka ibu-ibu bapak-bapak sekalian, bersiap-sedialah untuk menjadi 'hamba' anak sampai ke tua. *makan dalam statement ni. 

Nanti, bila dah kahwin malah dah beranak-pinak pun kalau balik kampung masih lagi nak menyusahkan ibu dan ayah. 

Dan cikla rasa, inilah yang terjadi pada zaman sekarang ni. Ada yang lagi teruk, baju laki bini anak-beranak, semua mak yang basuh dan makan laki bini anak beranak dia mak jugak yang masak. Korang jangan marah cikla, sebab perkara macam ni memang ada dan dah terjadi pun. *insaf.

Ironinya, anak yang tak dididik dengan kesusahan kerja sejak dari kecil, akan menjadikan mereka kekok untuk melakukannya bila dewasa nanti. 

Kalau pun mereka buat pun, mereka akan buat secara terpaksa dan mereka akan buat bila disuruh sebab takde kesedaran dalam diri mereka. Yang jadi hambanya ialah ibu ayah mereka, sedangkan si anak syok-syok goyang kaki tengok Running Man! Huhu.

Seeloknya sejak anak berumur 2 tahun, ajarlah mereka perlahan-lahan dan sesuai dengan umurnya. Bukan apa, kesannya adalah bila mereka besar nanti, mereka mampu berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain. 

Jangan terlalu kasihankan anak dan terlalu manjakan anak. Ajarlah mereka erti susah sejak kecil lagi, tentang kerja rumah dan tanggugngjawab serta makna kehidupan supaya mereka terbiasa.

Anak perempuan pulak dididik dengan melakukan kerja-kerja seperti mengemas, memasak, mencuci rumah dan lain-lain. Jangan lupa didik mereka tentang betapa pentingnya kebersihan. 

Manakala, anak lelaki pulak, ajar mereka kerja seperti mencuci kereta dan mengangkat barang. Sesuai dengan kudrat mereka sebagai seorang 'lelaki'.

Tapi, bagi cikla boleh jugak ajar anak lelaki kerja-kerja orang perempuan, takde salahnya pun. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA, supaya bila besar kelak mereka tak menjadi RAJA.

Sumber :  Sini.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments