Apakah dia tanda meroyan?

By Cikla Shahril - January 24, 2017

Pagi tadi, bila cikla jalan-jalan, tengok-tengok kat FB, cikla sangat tertarik dengan perkongsian Dr. Taufiq Razif tentang isu meroyan ni. 

Cikla rasa tanda meroyan ni semua perempuan especially ibu yang baru melahirkan anak termasuklah para suami dan tak terkecuali, semua ahli keluarga pun patut tahu.

At least, ini boleh dijadikan ilmu, dan manalah tau masa akan datang ni kita 'terpaksa' menghadapi situasi ni. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia dari segi ilmu kan. Takdelah nanti kita 'shock' dan tak tau nak buat apa.

Dalam perkongsian beliau, beliau menekankan apa yang si ibu khususnya 'rasa' bila meroyan. 

Walaupun mungkin perempuan itu dah ada tanda meroyan, tapi orang sekelilingnya langsung tak perasan. 

Kalau ada yang perasan pun, mungkin menganggap si ibu mengalami 'kejutan' perubahan dalam hidupnya dek kerana kehadiran orang baru lebih-lebih lagi ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. 

Sebelum tu, cikla nak share apakah jenis-jenis meroyan itu? Sebenarnya, jenis-jenis meroyan ada 3, iaitu;

  1. Baby blues; ia dikatakan tahap meroyan paling rendah, yang mana ia berlaku 2-3 hari selepas bersalin dan kadang kala boleh sampai 2 minggu lamanya. Perkara ni biasanya berlaku pada ibu yang baru mempunyai anak pertama kali. Antara tanda-tanda si ibu kena baby blues ni adalah mood swing, mudah cemas, selalu menangis, kurang selera makan, dan susah tidur.
  2. Pospartum depression; ia dikatakan tahap meroyan yang pertengahan. Simptomnya sama dengan baby blues tapi lagi teruk dan lagi lama, sebab mungkin ia boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Si ibu biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu. Tanda-tandanya adalah; mood swing yang teruk, kalau menangis tu melampau-lampau, susah nak bonding dengan baby sebab kadang-kadang rasa benci pada baby sendiri, rasa macam takde tenaga dan tak boleh nak tidur, rasa nak hempas baby/cederakan baby, dan rasa diri dah tak berguna.
  3. Pospartum Psychosis; Tahap meroyan yang paling teruk. Dia biasanya akan berhalusinasi yang bukan-bukan. Si ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab fikirannya dah tak rasional. Suami kenalah jaga fizikal dan mental isteri sebaiknya, dan sebaiknya elakkan bagi isteri stress walaupun sikit terutama masa berpantang.

Apa yang cikla share lebih lagi adalah tanda meroyan yang sangat teruk atau Postpartum Psychosis. So, apakah tanda itu? Inilah tandanya.

  1. Dia mendengar 'suara halus' yang entah dari mana. Suara itu menyuruhnya membuat sesuatu, yang mana ia mungkin boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik, termasuklah suara yang terngiang-ngiang dalam kepala. Malangnya, suara ni tak boleh dihilangkan walaupun dia dah buat macam-macam sebab nak hilangkannya.
  2. Dia tetiba rasa yang orang sekeliling dia tengah berpakat nak cederakan/sakiti dia. Mungkin tetiba dia curiga dengan orang yang selama ni dia percaya dan mungkin dia jugak rasa yang orang sekelilingnya nak sakiti/bunuh baby nya.
  3. Dia tetiba rasa yang dirinya ada kelebihan/kekuatan lain dari yang lain, malah melebihi orang biasa. Dia rasa dirinya sangat kuat dan tak payah nak tidur walaupun hakikatnya fizikalnya sudah lemah pun malah perlukan rehat tapi malangnya otaknya tak mampu nak berhenti fikir.
  4. Dia rasa ingatan, hafalan dan fokusnya makin tumpul. Maknanya, dia payah nak fokus pada sesuatu perkara. Selain itu, dia rasa masa bergerak pantas sangat atau lambat sangat, sampaikan dia dah tak tahu tarikh, masa dan tempat dia duduk sekarang.
  5. Dia kadang-kadang rasa ada 'benda' yang selalu merayap-rayap di seluruh permukaan kulitnya, padahal takde pun benda tu semua.
  6. Dia sedar yang orang paling rapat dengannya kata dia berperangai pelik tapi dia rasa normal je. Kadang-kadang mungkin dia tak sedar pun apa yang dia buat.
  7. Yang paling teruk adalah, dia rasa dia tak akan sembuh dari 'penyakit' ni dan sebagai 'penyelesaiannya' dia bertindak membunuh diri. Nauzubillah.

Menurut Dr. Taufiq Razif ni, kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ni boleh sembuh secara sempurna. 

So, jangan panic atau risau ok. Lagipun, kebanyakkannya hanya mengalami delusi/halusinasi yang tak memudaratkan dirinya dan baby.

Cuma 5% yang dikaitkan dengan bunuh diri (suicide rate) dan cuma 4% melakukan pembunuhan anak kandung sendiri (infanticide). 

Apa yang penting, sokongan dan perhatian dari orang sekeliling terutama yang rapat dengannya. Kalau ada yang tak kena, cepat-cepat bawak pergi jumpa doktor.

Para suami kena ingat sokongan anda memang sangat diperlukan oleh isteri, terutama masa berpantang. Jangan ingat meroyan ni tak serius, walau ia nampak ringan je. Korang sayang isteri kan, so jangan ambil mudah ok. Kalau korang ada apa-apa kemusykilan, just PM je fb beliau ok.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. pernah berdepan dgn org yang meroyan nie..hohoo..tahap postpartum je la

    ReplyDelete